7

shopping dgn vsHub

nak gak lah pos pasal vsHub ni kat sini….

original artikel ada di BeautifulNara

Korang ni memang suka online kan? Seharian berapa kali korang bukak Beautiful Nara, huhu. Actually  selain layan BN, aku  amat ler suka window shopping kat Gap.com. Sebab dulunya i kan  kerja kat Gap , glemer you jadi orang Melayu sorang-sorang kat dalam kedai Gap tu.

Sejak dah berenti kerja Gap (kat Jepun), hari-hari aku dok usya kat online, menghilangkan rindu kat baju-baju Gap nih. Memang murah beb, especially bila Gap buat sales. Masalahnya…camne nak beli kan, mahukah diorang tolong shipping ke Malaysia?

Jeans Gap sgt selesa, lebih-lebih lagi untuk wanita pregnant. Kat Malaysia ada   jual kaa?? Beli sekali, boleh pakai untuk mengandungkan semua anak! :p

# Jeans Gap sgt selesa, lebih-lebih lagi untuk wanita pregnant. Kat Malaysia ada jual kaa?? Beli sekali, boleh pakai untuk mengandungkan semua anak! :p



Itu ler masalah besar nye, dok beria usya Victoria Secret lah, Coach lar, Amazon.com lah, time beria nak beli, bila klik akan diberitahu “only ship to US’.

Haaaa~~~hampaa hatiku.

.

Tetiba, barulah tahu kewujudan vsHub ni, wah gumbira hatiku tak terkata. vsHub nie adalah singkatan untuk Virtual Shopping Hub. Tak payah kahwin ngan pilot kapalterbang untuk dapatkan handbags dari US yang lagi murah kalau banding beli kat Malaysia ni.

.

vsHub ni Malaysia punya tau~~ bukannya omputeh yg buat bisnes kat negara kita..

# vsHub ni Malaysia punya tau~~ bukannya omputeh yg buat bisnes kat negara kita.



Camna vsHub boleh kasik kita shopping online barang daripada US pulak kan? Actually bila korang register dengan vsHub secara PERCUMA, korang akan dapat ‘US Shipping Address’ sendiri.

Kononnya macam korang dah ada rumah kat US. Tapi yang nie secara maya lah kan. Jangan korang gi melawat plak adress tue nanti.

Jadi segala apa barang yang korang beli kat US nie, bila disuruh isi alamat, korang boleh tulis alamat rumah US yang korang dapat tadi tue. Penghantaran daripada US ke Malaysia pulak akan diuruskan oleh vsHub. Selalu dalam masa 2 hingga ke 4 minggu akan sampailah barang yang korang order tue. Sempat lagi nie nak shopping untuk raya.

So, lepas nih biler anda nak beli baju budak-budak yang cute kat Gap / baju ‘kecik’ kat Victoria’s Secret, atau beli barang-barang kat Drugstore ni (juling mata Kak Nara tengok pelbagai barangan kesukaan pompuan), korang masukkan aje US Shipping Address tersebut.

vsHub pulak akan forward barang yang sampai di US Shipping Address tu ke alamat anda di Malaysia.

Murah, Mudah, Terjamin!!!

Tapi ada jugak website yang tak terima kad kredit internatiol, depa nak kredit kad US gak. Contohnya macam website RalphLauren & Overstock. So ni yang bagus pasal vsHub ni, vsHub akan tolong belikan barang itu dengan bayarkan on behalf korang. Tapi of course lah, korang kenalah buat payment bank transfer kat vsHub dulu, pastu vsHub akan settlekan dengan website yang korang order tuh! Ala-ala personal shopper lah ni. Tau-tau nanti barang tu akan sampai depan pintu rumah korang, lagi best kalau husband buat surprise belikan bini . (ATTENTION TO laki aku….hadiah anniversarry yang oi~~)

cantiknya jam Anne Klein yang kanan sekali tu, Kak Nara sukalah. Dalam RM200 aja tu!! Cuba korang jamu mata kat Overstock.com

# Cantiknya jam Anne Klein yang kanan sekali tu, serius aku suka. Dalam RM200 aja tu!! Plus shipping utk US + shipping utk ke Msia pulak around RM100. total RM300-350, masih murah kan?


.

Lagipon sekarang ni ada Hari Raya SALES~! Tolak lagi 10% shipping cost. Ship now and enjoy 10% DISCOUNT off your shipping charges during this Hari Raya. Offer valid till 30th September 2009.

Sempat lagi ni nak shopping raya dengan vsHub. Mari mari mari!!!

serius aku nak beli  jam tu! hooooshiii~~~

Related Posts with Thumbnails
  1. mysara says:

    k.naf..awat gambar tak kuar? nk tgk gmbr jam tu… menarik la vsHub nih.. byk baju baby boy yg comey2 kat online shopping tp xbeli psl mslh shipping.. lps nih boleh la try vsHub.. k.naf,kalau ada link2 yg jual baju pompuan comey2(utk kita2 yg comey nih), shoukai shite ne ;)

  2. nafnaf says:

    mysara tak dpt tgk ke?

    knaf try ngan computer lain ok je..

    cuba try reload ek,..

    vsHub ni bagus kalau dpt baju murah2 yg takde kat msia..
    mcm baju baby Gap, kalau beli time sale mmg berbaloi~~

    nnt knaf try dulu beli ok…

  3. mysara says:

    ok2..try dulu.kalau berjaya boleh sy pulak try ;)

  4. Nisa Amet says:

    naf…klo nak register, kena guna nama betul ke?buh nama ringkas2 jer takleh ke cam Nisa Amet ke????hehe

  5. yumyum says:

    btw, ada lagi satu VPOST . boleh shipping europe, us and japan. lagi cooooll.. ingat nak carik clarks satuuupp.. hehe

    https://www.vpostasia.com/malaysia/

  6. shifaa says:

    waa…mekasih banyak pasl info ni..membantu sangat-sangat ;-)

  7. Fakh says:

    nak tanya..vhub kan requires members to use iPay88. nak register iPay88 tu mahal sangat lah..any other options? thanks

CommentLuv badge

Switch to our mobile site

WP SlimStat

Featuring Recent Posts WordPress Widget development by YD