mari berhati-hati dgn email berantai
mesti pernah kan terima email yg suruh korang forward email tu pada orang lain, kalau hantar kat 9 orang, nanti ditambah rezeki.
kadang-kadang malas nak layan email camni, tapi sebab deorang ni guna nama Allah s.w.t dan Rasul s.a.w, kalau tak fwd rasa berdosa pulak.
tapi alhamdulillah, author Satu Hala telah jelaskan sebaik mungkin hal ni. Sila baca full article yer kawan-kawan.
Kesimpulannya ada kat bawah ni. harap lepas ni dah takde dah email berantai yang guna nama Islam.
“Kesimpulannya di sini ialah, janganlah membuang masa melayan email sebegini kerana ianya memudaratkan serta merosakkan ummah.Adalah lebih baik menghantar email yang mengandungi cerita-cerita, peringatan-peringatan serta nasihat yang boleh memberi manfaat kepada sesama manusia dan mendekatkan manusia kepada Allah s.w.t. tanpa menjanjikan sesuatu yang tak pasti seperti email dibawah. Mungkin niat si pengirim asal email itu baik, tapi cara pelaksanaannya agak membawa banyak kemudaratan dari kebaikan. Harapan saya jangan lagi terpedaya dengan emai-email dalam bentuk sebegini. Letakkan pengharapan tunggal hanya kepada Allah s.w.t. dan berusaha serta bersabar untuk berjaya. Jika tiada kesabaran dan tawakkal, kejayaan itu tak akan boleh dimiliki hatta menghidunya sekalipun. Berusahalah, kerana bantuan Allah hanya datang apabila kita berusaha dan bersabar dalam usaha kita.”
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Al Asr ayat 1- 3)

nafnaf! about our morei tuhkan… tonite cannot lah… as touchaku … eh ke tsuichaku? eh apa chaku ntah… pon pukol 10.30 …
so apa kate kita morei tomorrow nite?? kita mailing2 je lah nnt yer??