little chef at home
kanak-kanak ada infiniti keupayaan, yg kita dewasa boleh bantu mereka discover. mereka walaupun cilik, berhak nak bercita-cita tinggi, dan punyai imaginasi. semua tu penting nak kasik otak mereka berkembang.
tapi mungkin sesetengah dlm masyarakat kita, agak suka nak mengongkong kanak-kanak. bising skit marah. kalau nak menconteng kertas marah. nak main tengah laman marah, malas nak jaga.tengok tv marah. kalau tanya banyak2 skit pon kena marah.
mungkin memang dari dulu kita pon dapat didikan yg sama, tapi tak salah kita berubah kalau cara tu tak membantu otak kanak-kanak berkembang. tapi alhamdulillah, aku rasa ibu bapa zaman skang lebih moden bab mendidik anak, sapa yg ada duit siap hantar anak ke klas piano lah violin lah. memang bagus sungguh.
kalau aku jadi mak nanti, aku rasa aku akan jadi mak yg positif, I want to use positive words & sentences. aku suka gaya kakak ipar aku yg kahwin mat salleh tu didik anak dia, byk guna positive words, encouraging words & Q&A session. anak dia tanya soalan, dia jawab. tanya lagi jawab gak. penuh kesabaran betul. dan dia banyak guna psikologi mendidik anak…..bukan main belasah & marah tak tentu hala.
oklah, aku belum ada anak sendri , mungkin aku belum tahu susah payahnya nak besarkan anak, mungkin fikiran aku ni tak relevan pon…. tapi aku rasa kadang2 org Melayu perlukan perubahan dlm mendidik anak. lagi-lagi bila budak2 bertanya, kita ni malas betul nak jawab soalan deorang. Pastu nak kasik deorg senyap, kita marah. Itu yg bila kita kat sekolah, kalau cikgu tanya...”ada soalan tak? / ada sapa2 ada pendapat?” …semua org akan senyap. yelah, dari kecik kita dah dididik jangan bertanya…..dah camna??
anyway, sebenarnya cerita UTAMAnya……aku dah lama beli kek instant dalam kotak, dah lama nak ajak Aiman baking kek tu. Saja kasik dia new adventure & imagination. tetapi kerana aku busyyyy benorrr lah bulan 12 ni, aku suruh Nonoe ajar Aiman buat kek…
comell betul lah! chef kecik memasak kat umah…………….
boleh baca kisah Aiman memasak kat blog Nonoe.

