15

Hutang untuk Kahwin?

sebenarnya aku agak terkejut masa mula-mula balik malaysia dulu, bila tahu org buat personal loan sampai 20ribu utk kahwin!

betullah tu kan, mana nak cekau duit, nak kahwin zaman sekarang ni mahal bebenorr.

semuanya nak cantik, baju nikah & baju sanding nak buat pon dah 2 3 ribu…pelamin lagi. fresh flower lagi. makan lagi. bla bla bla.

sebenarnya kita ni malu, malu kalau orang tengok wedding kita tu ‘tak grand’. malu kalau bagi bunga telur yang harga rm1. malu kalau orang mengata.

aku pon malu gak. malu org mengata wedding aku dulu ‘harek’. which someone did! haha. this particular lady (member lama), tiap kali jumpa aku, mesti dia nak remind kan aku pasal wedding aku yg tak perfect tu. ” macam tergesa-gesa je nak kawin’. Waahh, memang sentap ayat dia.

yes, to be truth, memang preparation tak cukup pon, ala kadar,aku pon kawin masa balik cuti belajar je. lagipon agak huru hara sebab rumah sebelah tgh buat construction.

Tapi aku tak jemput kau supaya kau boleh nak menyakitkan hati aku. Uishh dah dekat 5 tahun aku kawin ni, aku masih ingat lagi ayat2 dia yang menikam tu.

So apa salahnya kalau wedding tu tak perfect, perkahwinan itu bukan untuk orang menilai majilisnya, cantik ke tak, warna tema kena ke x..perkahwinan itu untuk tetamu datang, dan meraikan pengantin. perkahwinan itu utk menyatukan 2 insan secara halal.

alhamdulillah kitaorang kahwin guna duit sendri, duit penat lelah kerja kat Gap, 8 jam sehari berdirian.

ada pro & cons, nak berhutang ke tak utk kahwin, sendiri kena pikir lah kan….apakah jalan terbaik. apa pon, tak perlulah sesuatu perkahwinan tu nak dibuat cantik2 sebab takut org mengata…

& kita yg pergi majlis kahwin pon, tak perlulah nak judge, kalau weddingnya ala kadar…diam2 ajalah. Tapi kalau wedding nya tu cantik, kenalah puji , kasik dia rasa bahagia pada hari bahagia dia….

apa pendapat korang…

Related Posts with Thumbnails
  1. jue says:

    euwwww..sangat lah biadap kawan lama k.nara tu..dia igt perkahwinan yg grand mrand tu boleh jamin kekal bahagia ker? kita pun tak tau masa depan kita mcm mana, tp at least, walaupun wedding kita bukan wedding of the year, tp kehidupan kita selepas kahwin bahagia itu yg lebih penting!

  2. Miza says:

    thanks for bringing this matter up kak naf. ;-)

    ekceli benda ni pun selalu bermain2 kat kepala kita.
    camne la kalo time nak kawen nanti, duit tak cukup? cam kak naf, alhamdulillah boleh simpan duit & pakai duit simpanan sendiri utk kawen. tapi, tak semua org terer simpan duit cam akak. contohnye kita. simpan2, abis. *sob sob* :sad: :sad: :sad: gaji pun bukannye banyak.

    honestly, kita mmg ade terfikir nak buat personal loan kalau betul2 tak cukup duit. tapi, tak penah terniat nak menunjuk2 grand ke ape. just utk puaskan hati sendiri. tapi, masih berpijak dibumi yg nyata. haa camne tu? kekeke.

    haih ntah la. kawen susah, tak kawen pun susah. :sad:

  3. Miss Q says:

    Tujuan utama pinjaman perkahwinan dibuat adalah supaya memberi pinjam wang kepada orang yang dah jatuh hukum wajib utk kawen tapi duit tak dak. kira nak elak orang buat maksiat la kan… “Apa kata kita bagi depa pinjam duit”.. gitu2 laa..

    I have two stories here:

    1). My own story: Selepas setahun berkahwin, haku dan duda bercerai. Dan haku tahu, sampai la ni dia masih bayar loan pinjaman perkahwinan kitorang dulu. Sapa suroh hang buat “ta-i” pada haku?? ngeh3. bayar kat haku RM10K saje tapi pinjam banyak2 sebab nak bayar muka beli kereta cap Honda. Padan muka kat hang

    2). Ini dengar kisah orang. Sangat sedih okay! This girl ada hubungan dengan someone’s hubby tapi dia tatau. Memang serious bercinta tahap nak kahwin. Masa tu pulak baru pecah tembelang. This girl siap buat loan sampai RM50K untuk wedding solemnization nantinya. One week before wedding date, kitorang dpt sms, majlis kahwin bertukar jadi majlis doa selamat sahaja. Tak jadi kawen. And, she found out, kad ATM hilang, semua duit dalam bank suda lesap. Apa jadi selepas itu, idak le kami tahu

    Sekian. Sekadar renungan~

  4. yemma says:

    i loike this topic..hehe. Tambahan lg br je lps kawen..hehe..

    Firstly, to me hutang utk kawen sgt tak appropriate but it depends on org jugak. If betul tak bkemampuan,then its ok utk pjm tp jgn lah pjm byk2. Pinjam setakat yg perlu utk majlis je.

    Alhamdulillah, husband xsuka pinjam meminjam ni. Oleh sebab itu, terpakso den tgu sampai duit dia cukup.hahaha. Alhamdulillah..cukup..majlis kami tidak lah sempurna tp cukup sempurna pd kami kerana tetamu smua happy dgn mkn n the majlis itself.

    Kata2 suamiku yg dipegang smp skang..”kalau takde duit buat cara takde duit”..haha..dia ckp bile si isteri ni(saya lah tu) teringin kan baju nikah yg mantop..hahaha..

  5. nafnaf says:

    betul, pada org yg dah jatuh hukum wajib kawin, it’s ok to PINJAM/loan utk berkahwin.

    tapi pinjam pada kadar yg perlu lah. jgnler pinjam sampai 50k, walhal mungkin 20k dah cukup…

    Miza, akak rasa tak salah pinjam…tapi jgn over pinjam. tu je

    hehhee, cepat2 kawin ok…

  6. mysara says:

    alhamdulillah, kami pon selamat berkahwin(dah masuk thn ke-5) dgn majlis semua hasil titik peluh sendiri,suami & isteri.untung duduk nihon boleh baito,simpan duit sket2.parents pon xperlu keluar duit.sgt puas hati walaupon majlis mcm k.naf jugak,balik cuti 2minggu urus semua hal n kawen.tp kena tutup telinga jugak kadang2.yg wajib kita dahulukan yg lain kalau berkemampuan baru go on.kalau nk menunjuk pon tp berhutang..hmmm.. chotto da ne.

  7. syima says:

    itu lumrah… mulut manusia tak boleh nak tutup… kang kalau baju cantik, mesti ada jgk yg mengata makanan tak sedap ke.. mesti ada punya…

    aku pun takut nak kawin ala kadar sbb nanti orang mengata..

    nak jaga hati mak ayah… pening woo…

    just go with the flow la… :oops:

  8. shu says:

    masa shu dulu byr 1/5 je sbb yang lain2 parents tanggung, tu pun berusaha giler and sep giler sbb tak baito sgt, so harapkan duit scholar je.. mkn pun catu, guna heater pun catu sampai naik chillblain kat kaki…lagipun sbb majlis tu mama yang uruskan so mostly apa yang dia nak je.. walaupun tgk kawan2 lain wedding nye grand tapi i’m happy sbb at least dah bersatu ngan hubby.. dan tak kisah lah, lagipun sedar tahap kemampuan kat mane..

    in my personal opinion, pinjam tu boleh lah tapi biarlah utk tampung sikit2 bukan tuk cover seluruh majlis.. sbb nanti dah kawen nak beli umah lah,beli kete lah, beli peti sejuk, beli mesin basuh..nak beli tu suma nak kena loan lagi… lagipun, kadang2 orang ni tak paham money management… gaji okay tapi nak sewa umah kat area damansara (i mean area yang mahal2), pakai kete grand2, baju ade branded, kasut nina west, henbeg coach etc etc.. mau nye nak cukup???bila dah tau nak kawen or lagi bagus start keje je terus potong duit bulan2 utk simpanan.. dan mesti jgn guna duit tu..

    yang penting motivated untuk simpan duit bukan utk kawen je, utk personal jugak esp kita ni pompuan anything happen ade something untuk kita & anak2..

  9. nafnaf says:

    terima kasih semua atas pandangan.

    masing2 ada cara masing2, apa yg paling baik bergantung pada situasi sendri.

    kena pikir mendalam sebelum buat apa2 keputusan.

    yg penting, kalau nak kawin boleh la war2kan hehehe

  10. rina says:

    sape2 bleh bgtaw x bank mane yg senang nk approve loan 2… :roll:

  11. dieya says:

    saya bertambah fobia nak kahwin bila membaca entry puan naf ini :shock:

  12. zaza says:

    LOL my wedding was more ‘harek’. kekekke dah ler pengantin basi. i only paid about RM 500 kot, just for renting the outfits and mekap. Lain2 semua mak hias, beli fresh flowers je and letak kerusi lawo sket dua ketul. Finish.

    Come on la. 20 ribu pinjam just for a day’s wedding??? Melampau!

  13. Mas Ai says:

    Kak, Mas pernah alami masalah ni, Mas baru habis belajar, baru 4 bulan kerja, nak kawen belum lagi rasanya, memang tumpu nak stabilkan life dulu, tapi bila balik kampung, Mak Tiri Mas ada cakap(sengaja berbual), one day if Mas nak kawen, buat pinjaman 15K untuk kenduri SAHAJA kat umah ayah(Mas ada mak kandung lagi yang dah berkahwin).

    Sedey rasa hati, bukan tak nak kawen grand2, impian semua orang mesti nak sehebat mungkin, tapi pikir2 balik kalau nak wat loan banyak2, biarlah untuk beli rumah, puas hati,..nak wat kenduri, Mas cakap biarlah tengok berapa yang Mas mampu simpan.

    Zaman sekarang masih ada yang nak beza-bezakan kenduri kawen orang, macam takder kerja,..Mak Mas kata, kalau nak ikut mulut orang, kita tak boley idup lar~ :grin:

  14. ena says:

    pe yg sy tau la…dgr2 ceramah..persandingan dlm islam haram…ramai lelaki skg dayus di awal alam pernikahan lg krn bersanding..mempamerkan kcantikan isteri pd org ramai d kire dayus…dayus xbau syurga..apatah lg utk masuk syurga…fikir2 kan laaa

  15. yaya~nana says:

    hmm..tu la..bile baca entry ni…takut gak saya nak kawen…dah la baru keje..kawan2 semua dah kawen…keje gaji stakat 1k sebulan..bayar bil, umah, semua2..tak cukup…gaji bf pun lebih kurang cam tu jek…nak pinjam parents…dowang pun tak mampu…huhu..cam ne tu…huhuhu..zaman skang ni..nak wat kenduri kawen paling sket pun mesti ada 8000..kalo setakat simpan 200 sebulan..bile la nak cukup nye…huhu

CommentLuv badge

Switch to our mobile site

WP SlimStat

Featuring Recent Posts WordPress Widget development by YD