13

gaya bertudung dari negara lain

ramai sebenarnya umat Muhammad SAW di muka bumi ini. bermacam gaya fesyen yg ada walaupon bertudung. Orang Arab kalau korang selalu nampak kat KLCC, memang gayanya jubah hitam..tapi kat dalam tu pakai baju yg fancy colour.

walaupon bertutup litup tapi mmg nampak cantik deorang ni. Mata Hitam , Alis tebal….ishh pendek kata walaupon pakai purdah tapi mmg cantik  lah! sebab tu depa tutup muka gamaknya…kalau tunjuk kat orang, mahu kena tenung kot.

Aku kira gaya omputeh/arab/lain-lain bangsa lebih daring in sense of BERANI mempelbagaikan gaya dari malaysian. apa pon kita layan ajelah gambar2 fesyen bertudung deorang ni….. yg baik boleh ikut ya, yg sexy tu tgk aja…

cantik kan? baju labuh + tudung 2 kaler? menutup aurat tapi bergaya sungguh

cantik kan Kakak Baju Oren ni? baju labuh  yg tutup leher+ tudung ikat blkg= menutup aurat tapi bergaya sungguh~~

cardigan+dress labuh lebih lutut+seluar+tudung dgn kaler yg extraordinary. kalau kita mesti nak pakai tudung purple kan??

cardigan+dress labuh lebih lutut+seluar+tudung dgn kaler yg extraordinary. kalau kita mesti nak pakai tudung purple kan??

tudung+dress+inner lengan panjang=sweet

tudung+dress+inner lengan panjang+ rantai panjang=sweet

pakai sari dgn tudung. wah ada style lah!

pakai sari dgn tudung. wah ada style lah! boleh pakai utk dinner/function

semua gambar ni credit dari HijabsHigh.

Related Posts with Thumbnails
  1. Belle says:

    aku suka yg top pic…cantik siot…stylo tu….

  2. Belle says:

    nak try camtu lah tp dia pakai apa? selendang ke apa kat kepala?…kalo selendang panjang mau terjerut…

  3. zaza says:

    i suka the tudung yg turban style. :) macam alicia keys. heheh. i think sue anna joe wore it in her latest photo.

  4. nafnaf says:

    cantikkan turban style tu….
    Belle, ko lilit aja..cari selendang yg nipis….
    zaza..i dah tgk..cantik lah!
    i nak kena google gambar alicia keys pastu letak kat blog, pastu carik cara2 ikat turban ni…

    hehhehe

  5. Belle says:

    a ah ler…umur2 kita ni funky tu kena ubah sikit, kita kena ker arah stylo…look fresh and elegant in a sense of fashion…contohnyer kat atas tu…isk…google mek, jgn tak google…aku tumpang sekaki ler try…ekekekke…once a while ubah angin takler asben bosan ngadap kita…kalo tau cara pakai turban tu, konpom aku try punya….

  6. zaza says:

    ya lah cik nap. you buat la turban tu. sure beh.

  7. kakidaR says:

    sebenarnya…ikut syariat sebenar tudung tu kena labuh tutup dada…kalau tutup semua pun tapi nampak dua gunung tu bentuknyer…kira-kira…buang karen je…baik tak yah pakai tudung…pakai tudung tujuan utk tutup aurat bukan utk tak bagi nampak urat…hehhehe..maaf…menyatakan yang sebenar. Jadi nakbergaya cam ne pun pastikan..tudung tu labuh la ye…tutup dada tu barulah tak bergetar iman di dada yang melihat.

  8. nafnaf says:

    Kak Idar, terima kasih mengingatkan. betul saya setuju….sebolehnya saya juga sering ingatkan diri sendiri tentang bertudung cara betul.
    tulah, mungkin gambar2 ni mengelirukan….saya harap reader amik contoh yg baik (ada saya tulis dalam post)..
    mungkin boleh tiru cara matching warna/baju..tapi melabuhkan tudung ikut syariat…

  9. Akukah Itu says:

    Betul tu.. berfesyen itu tidak salah tetapi yang utama tu syariat..

    Jangan sebab keghairahan berfesyen sampai mendedahkan aurat.. Pakaian tujuan utama adalah menutup aurat.. fesyen no 2..

  10. Farah says:

    I like the top one most, but I agree with kakidaR, bertudung, ataupun pakai proper jihab includes covering the chest area too. Dalam Quran pun tuliskan “And say to the faithful women to…. extend their headcoverings (khimars) to cover their bosoms (jaybs)(Surah An-Nur:31.

    But what I don’t agree with kakidaR and kebanyakan mentaliti muslim dan muslimah lain ialah this saying: “kalau mcm tu baik takyah pakai tudung” or something along the line. Ni mentaliti yang kita kena buang. Kalau kita nampak orang pakai tudung tak betul, kita tegur or doakan dia akan berubah jadi betul, bukan discourage dia cakap takyah pakai tudung langsung la kan? Cynicism and being sarcastic are sooo not the right way to teach Islam.

    Allah knows best :)

  11. nafnaf says:

    tq Farah. I totally agree, cthnya macam saya. mungkin pada masanya kadang2 tudung tak labuh menutup dada, tapi setiap kali jadi begitu, saya berazam utk berubah kepada yg lebih baik.

    kalau tiap kali bila kita bertudung dgn tidak sempurna, kemudian org lain akan komen ‘baik xyah pakai tudung’, masyaallah ramailah yg akan jadi tidak bertudung.

    bertudung itu menghalang kita dari berbuat perkara lain yg jahat, mungkin hari ini gaya tudung kita masih kurang mengikut syariat, tapi insyaallah semakin lama gaya tudung itu akan semakin baik, kerana akan lahir dari hati yg ihklas bertudung setiap hari.

  12. Farah says:

    Hi naf,

    Saya pun sama, most days saya pakai tudung memang akan labuh kan tapi ada hari2 tu ‘ter’pakai (terrr.. hehe) selendang lilit pendek, takat 45cm je panjangnya so memang tak sampai tutup dada. Tapi next time cari tudung mesti berazam nak cari yang panjang.

    I agree naf bertudung ni mmg prevent us dari buat benda tak elok. Masa I study kat oversea dulu (3-4 years back) memang tak pakai tudung, so tak terasa apa2 yang menghalang pun dari pegi clubbing join mat saleh2 ni berparti u know? Dressing pun pendek2 aje. But now alhamdulillah I dah pakai tudung (tak sampai setahun) and I’m much better dah tak buat benda2 tak elok sbb selalu teringat pasal agama bila dressing pun ikut Islam. :)

  13. nafnaf says:

    tu lah kan…

    insyallah lama2 we getting better! wink

CommentLuv badge

Switch to our mobile site

WP SlimStat

Featuring Recent Posts WordPress Widget development by YD