Over the Rainbow
Adakah 3rd trimester ini hormon berubah-ubah? My mood agak crancky lately, adakah sebab hormon atau mmg macam biasalah bulan 12 mmg stress~~
Pada masa-masa ini, mmg sangat sesuai dengar lagu-lagu motivasi (selain baca Quran lah no need to mention nnt org kata poyo plak kan)
Somewhere over the rainbow way up high,
There’s a land that I dreamed of once in a lullaby
Somewhere over the rainbow skies are blue
And the dreams that you dare to dream really do come true
oooh someday I’ll wish upon a star
And wake up where the clouds are far behind me
Where troubles melt like lemon drops
High above the chimney tops
That’s where you’ll find me.
Oh somewhere over the rainbow
Bluebirds fly
Birds fly over the rainbow.
Why then, oh why can’t I?
oh makcik kerepek
korang pernah tak didatangi makcik jual kerepek masa tgh makan kat kedai?
alahai makcik, kau buat aku rasa bersalah la kalau tak beli.
mula2 makcik kerepek akan tanya
“Dik, nak beli kerepek?”
Takperlah makcik…
“ni ada macam-macam dik, ada kerepek pedas, ada ubi ada macam-macam”
takpe cik…terima kasih ya.
pastu lepas aku dah berpaling lain pon, makcik kerepek tu tenung je muka aku……
Alahai Makcik , selepas 12 jam , aku masih teringat2!
lain kali beli ajolah walaupun tak teringin, kira sedekah ajo lah kan. hati aku pon sonang~~
kadang-kadang
pabila hati mahu
pabila hati mahu kan sesuatu, maka otak akan bekerja , berfikir pasal benda itu siang malam.
maka fizikal kita pula rasa terkerah membuat perkara yg boleh membawa kenapa ‘benda’ itu.
selagi tak tercapai ‘benda’ itu, fizikal kita takkan berhenti melakukan sesuatu agar ‘benda’ itu tercapai.
namanya simptom ini – desire.
Desire For Success
The first ingredient of success is desire.
Do you know what you want? Your desire is the planting of your seed.
Your desire for success must be so strong within you that it’s the very breath of your life.
It must be your first thought when you wake in the morning,
and your last thought when you go to bed at night.
Apakah desire anda sekarang?
Fikirkan tentangnya tiap saat, ia akan jadi doa yg insya-allah akan dimakbulkan Allah.
~desire saya sekarang ini ialah penghabisan yang terbaik utk tahun ini, I just have to push myself a bit more~
penat!
saya penat. nak tidor. nak tidor. nak gi holiday. nak duduk tepi pantai sambi air gigit-gigit kaki. duduk tepi pantai atas pasir sambil makan kepok lekor pastu tgk sunset. saya nak orang picit-picit badan massage pastu scrub yg berbau harum takpon guna scrub kopi. pastu rendam kaki dalam air ada bunga-bunga. pastu org mulus-muluskan muka, tlg cuci sampai muka berseri-seri.
sabar naf sabar, bulan 1 cuti sebulan. sikit jee lagi..huhuuhu
asal baca blog dia ni mesti aku jadi sentimental
haish, serius, bila baca blog dia ni je aku sure jadi super-sentimental pastu start carik lagu jiwang Oda Kazumasa kat youtube. dahlah aku slalu layan blog dia ni malam-malam….laki aku dah tidor pulak tu, tambahlah jiwang karat!
blog siapakah & mengapakah ?
aku rasa evrytime aku tgk gambar-gambar dalam blog Dartdadada ni ..sejibik macam diri aku sendri masa kat jepon! huwaaa…. lebih kurang lah. dengan gaya nya, dengan cerita kat daigaku lah (universiti) , cerita Kenkyu lah..(research). dgn gambar2 gaya student dgn background jepon..
huwawahh~~~
kalau boleh ku putarkan masa. i will cherish all time i had masa kat jepun. 1st year aku tak suka jepun, tahun ke 4 & 5 aku sayang lebih-lebih pulak kat jepon..lebih2 lagi lepas MrHubby datang stay ngan aku kat sana, tetiba je suasana keliling jadi indah :p
masa kat jepon aku ada blog, tapi aku dah delete. menyesal ada gak, sbb kalau ada aku blh baca balik sambil layan hati aku yang tgh meronta-ronta nak book tiket gi jepon tapi sayangnya tak cukup limit kredit kad! haha
huhuhu dah lah aku takleh tulis banyak2 sbb tgh layan lagu jiwang pastu nak gi tulis email kat member jepon yg aku rindui pastu nak masuk tido sambil nangis bawah bantal~~
4 tahun dah.
hari ni anniversary kami, 4 tahun dah. 2005-2009.
semalam aku tanya satu soalan, apa achievement kita dah 4 tahun kawin? hahaha, encik suami gelak aje – macam kerjaya pulak ada achievement. hmmm
.
bukan semuanya indah kalau dah kawin, tapi semuanya mendewasakan kita. 4 tahun bukanlah satu ukuran,4 tahun ni adalah tahun-tahun struggle buat kami, tapi alhamdulillah dah menampakkan sedikit perubahan.
malam tadi, ada lalu kat satu pump station kat SS14 Subang – terus aku teringat kisah dulu-dulu masa baru kerja kat Panasonic.
“Yang, u ingat tak dulu kita selalu takde duit nak isi duit minyak kereta..” – aku cakap.
” hehehe…tu lah, sesak betul dulu kan” – encik suami.
yup, masa baru mula keja kat panasonic dulu, mrhubby cuma kerja kat GSC. gila satu jam rm3 aje tau GSC bayar. gilalah memerah keringat orang. so baru mula keja gaji aku plak around rm2000 aje. puas lah aku nangis sebab slalu rasa takde duit. sedih, stress semua ada…
sampailah encik suamiku join insurans ni, aku rasa memang banyak berubah. rasa ada masa depan dengan kerjaya ni. kalau tak, bayangkan kalau dia terus keje kat tempat yang kasik rm3-7 sejam. mungkin aku akan rasa tinggi diri ngan suami sendiri sebab gaji aku lagi byk dari dia. mungkin hari-hari bertekak sebab tak cukup duit. walaupon sekarang ni memang kami masih belum super-berjaya-super-berduit dalam bidang insurans ni, tapi kalau nak dibuatkan graf , memang graf tu mendadak naik.
alhamdulillah aku syukur sangat. insya allah, kita tak semestinya kena ada ijazah untuk bergaji banyak, ada banyak cara yang membolehkan kita berdiri sebaris dengan orang lain. yang penting kita kena cekal, tabah dan tak putus asa. dah banyak cubaan yg aku dan encik suamiku lalu, aku tak tulis aje kat blog, nampak aje hidup macam senang lenang….tapi susah payah nak naik tu hanya aku dan encik suami yang tahu….mak bapak aku pon taktahu.
alhamdulillah sangat…aku berharap tahun ke-5 yang mendatang ni, adalah tahun untuk kami jadi benar-benar stabil & jadi berdua, seterusnya ber3, 4 ,5 dan 6. hehehe![]()
anata, kore kara mo wagamama no watashi o, yoroshiku ne~!
dugaan & cabaran
Cabaran mendewasakan kita.
dalam hidup perlu dugaan dan cabaran, barulah rasa macam ‘hidup’.
aku rasa, lama betul aku tak terima cabaran, selalu aja pada takuk lama. selalu set appointment ngan orang sebaya aku, orang yang aku kenal…orang yg aku comfortable with.
i have to move forward. to feel alive.
semalam , nizam ajak aku buat kerja gila, direct approach dekat satu sekolah elit kat damansara. sekolah elit yg mana masa pukul 1 budak2 keluar, mercs, bmw , harrier, akan berderet-deret beratur sampai buat 2 lane, pastu akan turun mak datin/datuk/tan sri atau at least mak-mak yang vogue rambut kaler blond ngan spek Dior.
memang keje gila. tegur mak-mak datin (direct approach) menonong macam tu.
talking about getting out of the comfort zone.
dan hari ini membuktikan, memang mencabar betul jumpa orang yang lebih tinggi duduknya dari kita.
as the result, aku rasa sedikit down sebab aku rasa aku belum tip-top menjawab soalan2 pasal insurans. semua soalan tu aku boleh jawab, tapi tak tau kenapa jawapan yang keluar dari mulut tak sama macam apa yg terngiang-ngiang dalam kepala aku. mungkin kerna aku rasa respect pada orang tu, menyebabkan aku membataskan diri untuk menegakkan pendapat daku. tapi……itulah cabaran, itulah kelemahan diri yang aku baru sedar.
i have to keep challenging myself. i have t0 get out of my comfort zone, set appoinment dengan orang yang aku takut nak jumpa.
kalau aku boleh langkau ketakutan ini, aku pasti boleh berjaya, insya allah.
mountain falls & sea divides
before the one who in his stride
takes a hard road day by day
sweeping obstacles away…






