Cuti- Cuti CHerating
Sudahlah lama kitaorang tak cuti. Setakat cuti pastu lepak dok umah seharian, itu pon dah hmm 2 mggu lepas?
mengapakah busy sgt kehidupan ini oh?
Cuba ku pikirkan, bilakah & dimanakah destinasi CUTI terakhir ku?
Hmmmmmmmmmmmmm…
hmmm
hmmm lagi
& lagi.
OMG! last CUTI pegi VACATION —> Jepun 2010?? tu pon aku gi sorang, aiseh!
Tidak Sihat ok…haruslah pegi bercuti-cuti bersama keluarga utk menghiburkan diri….
Pergi Cherating dgn semua adik beradik, saja je suka-suka, cari keropok lekor!



errkkk tu jer gmbr yg ada…..
…bongek..
rasanya perkataan ni sangat famous masa aku sekolah menengah, kadang2 skang ni terkeluar gak.
wujud lagi ke perkataan ni ek?
eh. tapi aku tau mana asal usul perkataan ni…
.
sangat terhibur lepas tgk papan tanda ni, walaupon sgtlah penat semalam kerna kerja 7 hari seminggu 14jam sehari…hiuhuhu. korang percaya ke?
eh serius tau. buktinya.
hari ni MC sbb penat sangat & hampir2 nak demam…huhuhu
Nihon Tabi 8: kawan-kawan
Nihon Tabi 7: Rumah Orang Jepun
haa, tak habis lagi tau kisah Jepun aku ni. hehe. Kali ni nak tunjuk kat korang gambar rumah orang jepun… lain gak lah rumah depa ngan kita. Bear in mind, rumah ini ialah rumah typical orang jepun. Cuma maybe dalam rumah (interior) orang Jepun biasa tak macam ni – yg ni banyak pengaruh barat skit..
Masuk rumah je, mesti ada Genkan. Tempat letak kasut. depa tak letak kasut luar rumah..Dalam cerita Nobita pon ada.
ruang2 dalam rumah mmg akan ada pintu macam ni, atau pintu sorong. Senang nak tutup masa musim sejuk
Wash Basin camni, mmg kompem ada, siap kat rumah yg aku homestay ni, ada kat tingkat atas & bawah. Tapi deorang cuma akan ada Bilik Air untuk mandi satu je utk satu rumah. Dalam bathroom akan ada tub kecik skali. Bathroom akan berasingan ngan toilet. Toilet depa jenis kering…tak basah cam kita.
Rutin deorang ni, memang mandi sekali aja – malam, sebelum tidur. Deorang akan masuk Ofuro – Tub. Masuk anak beranak sekali. Mak & Anak, atau bapak ngan anak.
Deorang mandi sebelum tidur tau, bukan malam lepas balik rumah. Biasanya depa akan dinner dulu, tgk tv…buat homework…dengan pakai baju kerja. pastu dah siap sumer barulah mandi, pastu dry kan rambut, then baru tidor~~
Kita mmg takleh buat camtu ek? hehe
And then, pagi esoknya, deorang akan cuci muka, gosok gigi & etc kat Wash Basin tu. Tukar baju & off to go~~ Cepat aa nak siap.
well, aku dulu buat gak camtu, masa musim2 sejuk. tak kuasa nak mandi pagi-pagi weh. hihihi
Nihon Tabi 6: The Wedding
Aku bertolak dari Okayama naik Shinkansen-bullet train, sampai Osaka just on time for the wedding! tukar baju rushing gila…tak sempat nak touch up make up pon. sedih..and being with Japanese, u sure understand how punctual they are….deorang rileks aa sebab depa dah pakai baju lawa2 dari rumah. aku tak berdaya nak bawak luggage 25kg sambil pakai dress yg over-labuh.
ingatkan boleh lah berhempas pulas depan cermin dulu, hehehe.
camera pon agak tidak mahu bekerjasama, banyak gambar yg tak jadi sebab camera highly sensitive, gerak skit je (tangan org amik gambar), gambar pon jadi macam Shinrei Shashin (gambar hantu).
anyway… tengah mintak gambar aku dari member2 jepun … as for now, ini jelah gambar yg jadi, out of 30 keping gambar yg ada aku,(termasuk amik gambar sendri dlm bilik, satu gambar pon xjadi! ) haha.
nnt aku paksa kawan2 jepun aku kasik gambar ek…
Nihon Tabi 5: Makan, makan, makan
aku tau, mesti ramai yg geli geleman tekak nak makan sushi/sashimi ek. mesti tak masuk lah ngan selera korang.
tapi, kalau korang try Sushi/Sashimi yg kat Jepun punya, laaaaiiin sangat rasanya dgn yg kat malaysia tau. Sedap! Tak de bau hanyir ikan ke hapa…senang je telan. Cair di dalam mulut. Seriusss~~~
ikan2 ni bukan dimakan macamni je. Masa makan, masing2 amik Nori (seaweed) + daun herb + Sashimi ni, pastu gulung2 jadi macam Sushi, cicah kicap Syoyu, pastu NGAAPPP. hmmm, oishiii oishii~!~~~
kalau korang gi jepun, KENA WAJIB must eat Sushi ok! try aja…jangan takut. Gerenti 100% korang akan suka punya…
Udon ni pulak mi yg warna putih. macam mi sup lah, tapi supnya base ikan. yolah kalau kuah ayam mana boleh makan weh.
rakyat malaysia kebanyakan hidup sampai umur 70-80 tahun, betul tak? masa aku cakap pasal umur tu, deorg terkejut. ‘cepatnya mati’ kata deorang. hahaha. yelah…deorang hidup sampai umur 100+. sihat walafiat.
rahsianya? memanglah pada makanan deorang. Mana ada depa makan benda2 berminyak . Kalau kita, minyak masak satu botol besar 5liter tu habis dalam masa sebulan, betul tak?
Depa guna minyak 5 liter tu dalam masa setahun!!
hooo~~memang sihat habis.
cerita pasal makan tak abis…sambung lain kali lagi lah yer. … Continue Reading
Nihon Tabi 4 : HomeStay
aha, utk trip ni, aku pegi balik ke Okayama, tempat kerahan otak belajar dulu. haha. ramai orang malaysia kat sini, dengarnya dalam 50 orang, sampai masing2 tak kenal each other. sedih lah, macam mana kita boleh kat tempat belajar yang sama, tapi tak berbaik2 sesama melayu kan?
zaman aku dulu, semua orang kenal & rapat. Yelah, family kan jauh, jadi kawan2 lah tempat kita mengadu & tempat hilangkan bosan. Dulu ada dalam 20-30 org Melayu, memang baik. Boleh kata tiap hujung minggu ada jumpa, dan makan2.
anyway, aku stay kat rumah Japanese, kira macam family angkat lah. Kebetulan pulak husband dia ni outstation sepanjang aku kat situ, so takdelah aku perlu bertudung dalam umah.
baik betul depa ni, macam princess pulak aku kat rumah tu. dulu masa belajar, memang selalu gi umah deorang, tapi tak pernah tido kat situ…deorang pun pernah dtg malaysia, aku bawak gi jalan2.
Rasa sangat romantik, malam2 dengar bunyi piano, bangun pagi pon ada bunyi piano. hooo, macam syok je kalau boleh main piano…
macam2 lagi aku nak cerita pasal homestay ni, gambar rumah deorang semua, hadiah yg deorg bagi…
iro-iro osewa ni narimashita~~ (terima kasih …..) tak reti cane nak translate..hehehe






















