Cara Atasi Mulut Berbau~~
Ini dari blog adik saya yg belajar Dental. I LIKE LIKE LIKE x 100 kali.
Meh kita baca…..amik ilmu penting skit.
Kira ilmu lah ni kan…. ilmu penjagaan diri.
………………………………..
halitosis ?
korang pernah tak,
tengah tengok wayang,
tengah duduk dalam train,
tengah tunggu nombor giliran dekat hospital,
tengah bersesak dalam bas,
korang duduk sebelah orang mulut busuk?
busuk yang busuk?
haha okay busuk memang la busuk. maksud saya, busuk yang sampai pening?
okay harini kawan kawan, saya mahu bercakap tentang halitosis. mulut berbau. sebab sangatlah penting untuk tidak mulut busuk, sebab bila mulut busuk macam mana nak cakap dengan orang? T___T
ramai yang- tak tahu lah sama ada dia tak sedar mulut dia berbau, atau dia buat buat tak sedar, atau dia sedar tapi dia rasa tak apalah busuk pun busuk lah janji rock, meh sini gua nak cakap – kalau dah bau longkang tu takde maknanya rock lagi T_______T
okay sorry sorry tak baik cakap camtu. tapi pleaseee sayang, bau sikit sikit boleh kot nak tolerate, ni kalau dah I yang duduk sebelah punya sebelah punya sebelah ni tak boleh focus nak tengok robot berperang, I terpaksa bangkitkan hal ini. kerana ini hal sejagat (okay sejagat tu cam over hahaha) ini hal yang semua orang pon patut tahu, patut ambil tahu, patut buat sesuatu, okay?
OKAY KITA MULAKAN.

ANDA PERLU LEBIH PRIHATIN SEKIRANYA ANDA :
1. MEMAKAI BRACES.
yes. if you’re wearing braces, or any other appliances inside your mouth; be it fix or removable, be sure to pay extra attention, because candida grows on those appliances. you don’t wanna smell like yeast every time you open your mouth, do you?
2. ADA MASALAH GUSI.
gusi berdarah jangan abaikan please. it needs attention because it can get severe! once dah severe nanah bagai mula lah dia bagi bau tak sedap. anaerobes.
3. SMOKING
smokers have greater tendency to be having gum problems. relate.
4. MOUTH BREATHING
are you mouth-breathing? if you practically use your mouth more than nose to breathe, then you are a mouth breather. ha sekarang cuba try bernafas guna mulut 10 minit? kering kan? so kalau kering jadi apa?
LANGKAH MUDAH UTK ELAKKAN MULUT BERBAU.
1. BERUS LIDAH (WAJIB)
okay serious ni wajib. lidah adalah area paling banyak bacteria berkumpul. dah tapi janganlah pulak berus lidah tapi tak berus gigi. apa lah maksudnya tuuuu T_T
2. KUNYAH CHEWING GUM
kalau anda dekat luar tengah dating baru lepas makan garlic bread ke cheese burger ke minum coffee ke tolong lah singgah 7-11 beli gula gula getah. dan pilih gula gula getah yang ada gambar gigi kecil sebab tu maksudnya sugar free. ya, gula berlebihan tak bagus untuk gigi. lagi bagus kalau simpan siap siap dalam handbag, senang. agak agak dapat boifren mulut busuk boleh ler hulur satu dua ;p
3. SEEK HELP
if both the above do not work on you, you probably need professional help. so go get help! treat your gum problem, or get every holes filled.
okay dah takde idea. haha hope this helps anyway!
MAJULAH MULUT HARUM UNTUK KESEJAHTERAAN UMUM. TAK LALU LA SETIAP KALI TENGOK MOVIE MINAH/MAMAT RANDOM SEAT SEBELAH MULUT BUSUK.
ITU BELUM CAMPUR BAU KETIAK LAGI. ADOI
_________________________________________________________
Sekian, khidmat pesanan masyarakat kali ini….
review Samsung SII (1)
seminggu lepas…

Memegang fliers Samsung SII from Maxis.
Dah booking, tapi lambatnya dapat! fon BB ku sudah asik off manjang, lepas 20min ter off, lepas buat call terus OFF. Gimana sih??
Terus pegi Samsung Dealer kat One Utama (dekat FOS Outlet One Utama Bridge) .
Harga Samsung S2 kat dealer- RM2099.
Terus dapat, syukur.
Review lepas guna 2hari – mmg best, better than Iphone. Sorry Iphoner :p
- Keypad lagi jitu, less typo error compared to Iphone, HomeScreen yg boleh customize sampai 7 pages (so far default setting 7pages)
Maksudnya blh customize tu…Korang boleh buat ;
1st page – Memo, gambar anak, calendar ke
2nd page – Google Search
3rd – anything lah
Ada WIDGETS lah senang cerita…
- BIG SCREEN! Gambar cantik – Amoled Screen
- FONT boleh adjust
- AngryBird Full Version Free walaweh~~
- LikeLikeLIke Android!!
…nnt sambung lagi review ni ok….
random awesome
tiru lagu yuna hehe.
azam tahun baru kononnya nak update blog sokmo,tetapi….why no update? hihi
oklah pasni dah ada Iphone maybe lagi senang. ehem. eh bukan saya punya, saya hadiahkan utk suami tercinta, sebab saya sayangkan dia. tiada alasan specific macam anniversary ke apa…cuma bagi hadiah sbb Encik Suami selalu sacrifice utk saya.
hehehe. cewah pagi-pagi terjiwang plak.
anyway, gambar2 random ajelah….nak clearkan gambar tak berkualiti kat BB ni….

beli kek sampai 5 ketul kat bangsar village


dah dapat hadiah utk baby...

borong kat warehouse online melalui adikku yg kat UK tu..murah sgt!

jumpa kawan-kawan Okayama kat wedding nipah
Cara Pilih Berus Gigi terbaik…
1. Berus dia mesti lembut! MESTI! Supaya gusi awak tak senang luka. Dekat market biasanya ada 4 options- Hard, Medium, Soft dan Extra Soft. Jadi pilihlah yg soft/extra soft okay?
2. Kepala dia kecik. err. Small-headed toothbrush. okay better. supaya senang sampai gigi belakang2 awak, okay?
Eh….baca lebih lanjut kat Blog Bakal Dentist lah…—-> Klik Sini <—–
Cloth Diaper & BreastFeed
CD & BF.
BF adalah perkara biasa dah kat Msia ni, cuma sama ada nak FULLY BF atau campur-campur dgn Susu Formula. As for me, insyaallah akan cuba yg terbaik, tak tahu lagi macam mana (after abis pantang nnt).
Anyway, pasal Cloth Diaper ni, macam menarik kan? Rupa-rupanya banyak betul option/jenama yg ada, sama ada sanggup nak CD ke tak.
Oh, tak pernah tgk apa itu Cloth Diaper?
Haa…ini dia~~

comelnya, sangat ceria !

Ala, actually macam lampin zaman dulu yg kain putih sehelai tu, tapi nih dah super advanced ok! Senang , basuh masuk mesin je , tahan lama (4 jam) , takdelah cam lampin dulu-dulu kencing je kena tukar terus.
Sangat teruja nak try! Tapi nak CD ni pon perlukan ketahanan mental tau, ye lah, nak kena basuh, sidai… kalau pampers tu terus je buang dah kan, takyah pikir-pikir dah.
Tapi CD ni bagus sebab;
- Eco Green. Diaper tu buang mmg senang, tapi effect to earth (chewah). eh no offense to anyone ok.
- Takde rash katanya….
- Murah , RM40 purata sehelai CD X 15 helai diperlukan = RM600 or at most RM1000
- boleh pakai kat anak ke-2,3,4,5,6 juga
- ada juga insert (bhgn dalam) yg boleh buang terus (mcm diaper biasa) ; for travel/babysitter
- comel sangat-sangat , pelbagai warna & corak, geramm tengok!
If Diaper pampers tu, secara purata kita kena spend RM3000 utk 3 thn. For one baby.
Well, info2 tu semua from internet ok, nnt dah ada pengalaman sendiri aku ku kongsi di sini.
Nak juga try….at least masa kat rumah time jaga sendiri , baik guna ni kan?

alahaii comelnyaaa




