privacy zaman moden ;ada ke?
Macam dah takde kan.
Setiap jam pon kita boleh tahu seseorang tu kat mana, thru update FB status atau Twitter. Kalau yg letak GPS detection tu lagi lah…takleh tipu woo. kata takde kat kl tapi Check In kat KLCC.
Apa barang /kereta/ income pon orang tahu. salah siapa? kita sendiri lah gatal nak bagitau satu dunia.
Ada Pro n COns nyer. for biz maybe tu cara tarik orang join..
Tapi aku cuba pegang pada kata2 nasihat Dr Muhaya
TAK PERLU PENGHARGAAN MANUSIA. jika kita bebas dari seeking penghargaaan manusia… hati kita akan bebas!
Ya, susah kan nak realisasikan. Sedikit sebanyak bila ber biz macam aku – insurans, lagi2 tengah nak cuba jadi Unit Manager ni (build team)…
orang tengok kejayaan kita dulu, baru orang nak follow.
Tapi adakah cara kita tunjuk ‘material’ yg kita ada tu..satu cara yg betul ?
entahlah.
takpelah.
mari kita cuba tak letak kat FB/online tentang perkara yg sangat privacy,
cthnya hari ni dapat bonus so nak gi withdraw duit kat klcc.
Hoo!! bahaya! takut ! macam2 boleh jadi sekarang ni.
Pls protect at least 50% of our privacy ya kawan-kawan…..
pecutan akhir tahun..
sudah bulan 11 kan. pantasnya masa.
maka pecutan utk merealisasikan segala ‘must achieve list’ harus dimulakan.
masih belum terlambat lagi.
tapi aku pon mcm terlupa must achieve list aku. bab sales tu ingat…tapi takkan lah hidup aku ni nak achieve target sales je kan?
sampailah aku dgr kat ikim slot prof Muhaya tiap rabu 10pagi…. rupanya aku ni mmg alpa dgn target hidup aku.
sepatutnya aku selitkan target hidup ini utk:
1- masuk syurga allah
2- mudah dihisabkan di padang masyar
barulah nampak jalan di dunia ini. barulah nampak target sebenar sebagai hamba allah.
insyaallah… mari kita betulkan ultimate goal kita.
Hongkong & San Francisco!!
sometimes rasa nak tutup je blog aku yg makin kurang entry nya ini. hehe. tapi takpelah sbb dah bayar renew domain pon maka marilah kita teruskan aja ya.
silalah datang terjah blog saya ini ; walaupon kurang entrynya. insyaallah akan tetap ada entry weekly.
Sebenarnya tahun ni agak busy. oklah tipu. tiap tiap tahun hidup manusia mmg dia akan kata busy. Tapi tahun ni lain macam sebab tengah berusaha nak promoted to Unit Manager (UM) tahun depan..
Sepatutnya aku dah boleh jadi UM tahun ini , tapi tahun lepas masa mengandungkan Zaeem..aku dok pikir pikir..kalaulah aku naik jadi UM… husband aku kiranya jadi ejen insurans je. sebab tak kan lah both nak naik jadi UM..tu kira dah bersaing pulak.
Suami isteri harus seiiring perjalanannya… hala tuju yang sama. Jadi memikirkan aku takut jika aku naik UM nanti, manalah tahu aku boleh jadi lebih tinggi hidungnya dari suami ku……… maka aku buat keputusan, biarlah suami aku yang naik UM.
Insyaallah..aku rasa itu keputusan terbaik pernah aku buat, demi kebahagian kami.
Tertinggal setahun kebelakang dek keputusan itu, tidak mengurangkan rezeki kami .
Allah lebih tahu & telah mendorong aku buat keputusan yang tepat.
Maka nya…………. tahun ini kami tengah berusaha keras, utk recruit ejen baru , sambil pastikan sales pon jalan jugak.
alhamdulillah….. tahun depan insyaallah akan ke HongKong & San Francisco!! Trip under prudential lah kan..
Sesapa minat nak jadi ejen insurans takaful part time, sangat dialu-alukan!

golden gate bridge...
maafkan…
maaf kadang2 tak terucap rasa sayang pada ibu..ayah…adikberadik dan keluarga.
maaf aku cuma ambil lewa dgn pertemuan kita. aku kira berbicara seharian itu sudah cukup menunjukkan kasih sayang ku…
maaf kadang2 tak terucap nasihat buat adik adikku…walhal dalam hati berbuku pengalaman lama yg aku mahu mereka tahu agar tidak mengikut jejak lama..
maaf…kadang2 lupa memeluk ibu ayah tanda kasih anakmu…
maaf…kadang2 terlupa pulang ke rumah mertua kerna sibuk kerjaya…
tapi dalam hati sentiasa ada keluargaku…
cuma kadang2 tidak terluah di bibirku….
takde perasaan …
aku perasan sejak setahun dua lepas , aku mula start tak kuasa nak ‘impress’ orang lain. impress dalam blog lah maksud aku secara terperincinya.
cth. dulu kalau rasa baju cun lebih skit je, baju jenama lebih skit je, mulalah nak letak kat blog. eh ni contoh diri sendri tiada kena maksud mengumpat orang lain hokey…
now, malassss lah , takkan tiap hari nak update pasal baju apa aku pakai?
ok, itu sebenarnya tanda tanda sudah akil baligh. eh silap, tanda sudah tua . betul ke?
ada je org lain yg sangat fashionista letak gambar depa dlm blog………which is good, nothing wrong abt it… aku pon suka tgk. ter inspirasi jugak.
but it just not me anymore.
so tandanya aku dah mula matang skit ke?
tapi aku rasa lebih pada serabut. hidup aku serabut so ambil gambar bila pakai tudung baru tak masuk dah dalam prioriti harian aku.
oh ya lah..segalanya berubah semenjak ada Zaeem.
oklah. it just me ok. dan aku mulai suka dengan keadaan ni – dress up for own satisfaction, not to impress anyone.
bercakap pasal dress up, baju raya aku tahun ni ilek, tiada yg baru sehelai pon. Tapi aku beli berhelai-helai baju kerja… dari UK jenama H&M. sampai sehari sebelum raya…boleh kira baju raya lah kan??

actually ada banyaakkkk aku beli, all for SALE under BUTIKNARA! baju cantik-cantik kena share ngan korang so that semua orang cantik juga! (ayat menggoda korang hahaha)
among the dresses for sale…


insyaallah akan di upload selewatnya hari sabtu ni…
stay tune!
dapat dari blog DIEYA, my dear friend kat mrsm dulu….
Serius, sekarang ni kita memang kena SUPER_DUPER kiasu dalam berhati-hati. Malang tak berbau, orang yg hatinya penuh muslihat itu ada dimana-mana. Kadang-kadang kita amik biasa je bab keselamatan ni… masuk kete biar pintu terbukak, bila suami singgah kedai 7-11 aku dok dalam kereta bersenang lenang tweets, lupa pintu kereta tak kunci…
aduhai…
seriau ok baca news kat atas tu!
JOM! kita lebih berhati-hati………….. biarlah orang kata kiasu terlebih, moga-moga sikap kiasu dalam jaga keselamatan tu boleh membantu kita…insyaallah
ERT #2 : Rambut itu mahkota wanita
Aku selalu berpendapat, tambat hati suami melalui ‘appearance’ adalah sangat crucial.
Crucial maksud aku, kita sebagai isteri kena PUT EFFORT masa kat rumah.
Bukan sekadar cantik, ber make up sakan untuk keluar (eh, aku macam tu…hukhuk) , tapi bila ada kat rumah mak aih serabai tahap maks.
Sekarang ni, aku tengah cuba BEING PRESENTABLE ; dengan maksud at least pakai foundation nipis , blusher & eyebrow.
eh tapi malam buat jangan lah pulak meroyan tidur dgn make up.malam cukup dgn err…ehem… sexy wear?? *hihi*
Ok back to cerita rambut, aku kira, jika rambut kita tiptop comel lote siap diBLOW after mandi , make up yg nipis pon tak perlu sangat dah.CUkup comel dah seorang isteri itu dengan rambut ada volume

potong rambut cam ni
Nak blow rambut setiap kali lepas mandi? Terpulang…. wanita jepun yg jadi surirumah sepenuh masa, sentiasa jaga penampilan deorang masa kat rumah, so kenapa kita tak boleh?
My way – pegi salon dekat rumah ni, rm8 je utk wash & blow…at least seminggu sekali aku try pegi utk comelkan diri …hehhee :p
