Pashmina
Jatuh cinta kembali dengan Pashmina….

pashmina
Pashmina = Lebar + Panjang – coverage
Dulu masa pegi Jepun cuti tahun lepas, mmg syok pakai sbb cuacanya sejuk, now byk Pashmina yg dah nipis, panas skit tahan aje.

Selongkar balik almari cari pashmina lama-lama….ada la jugak rupanya 3 helai…selama ni simpan buat pekasam hehe :p
Saya ingin berubah…
Dulu aku memang rakus nak berfesyen sana sini sinun, macam2 lah, dan ada episod dalam kehidupan aku , yg bila dikenangkan balik, rasa menyesal tu timbul. Tapi yelah, mungkin itulah pengalaman yg mengajar kita dewasa.
Mungkin dek kerana episod itu , aku lebih terbuka bila ditegur hal berpakaian.
Ditegur oleh siapa? Oleh link ini di FB..
Wanita Melayu Akhir Zaman —> klik
Pakaian mempermainkan aurat semakin teruk di sekeliling kita. Fesyen sendat, ketat, singkat dan jarang semakin dianggap biasa, malah berani dipadankan dengan busana Muslimah dan tudung. Adakah kita harus membiarkan penyakit ini di dalam realiti masyarakat kita ? Masyarakat Islam seharusnya ada rasa benci dan jijik terhadap fesyen-fesyen wanita yang mempermainkan aurat, bukannya bertolak-ansur dan buat-buat tidak kisah. Mahu menegur pun tidak berani. Kita hanya mampu membiarkan sahaja pemandangan yang menyeksakan mata itu. Sebenarnya, semakin ramai wanita Islam yang berpakaian sedemikian di luar sana, kerana mereka tahu masyarakat tidak akan mampu berbuat apa-apa ke atas mereka. Apabila ada pihak yang membongkar dan mengkritik keras fesyen keji mereka, pihak itu dianggap cuba memalukan,sedangkan ianya satu alternatif untuk membantah dan menegur.
Semakin masyarakat berlembut di dalam isu aurat ini dan semakin masyarakat terlalu memberi peluang kepada mereka, mesej berkenaan keburukan fesyen mempermainkan aurat ini akan pudar dan hilang nada ketegasannya. Ramai di antara wanita sebegini akan memandang ringan teguran yang diberikan dan cuba melengah-lengahkan diri untuk mematuhinya akibat nada penyampaian yang terlalu baik-baik dan lembut. Mereka tidak akan mengambil serius dan masih kekal mengamalkan fesyen maksiat mereka dalam tempoh yang mereka sukai. Dalam tempoh masa itu, aurat mereka akan terus dipertontonkan dan terus memberi peluang kepada lelaki-lelaki yang melihat aurat mereka menambah dosa.
Kita tahu, uztaz dan ulama telah berbuih mulut membicarakan isu aurat di ceramah-ceramah dan forum Islam, namun golongan yang lazimnya menghadiri majlis sebegini adalah golongan wanita yang sudah sedia memelihara aurat. Padahal, golongan sasaran iaitu wanita-wanita yang mempermainkan aurat jarang-jarang menghadiri majlis agama sebegitu. Dakwah yang tidak kena sasaran.
Oleh itu, sepertimana pentingnya peranan parti pembangkang dalam politik, begitulah juga pentingnya blog ini untuk membangkang trend fesyen mencemarkan ini. Ia diwujudkan sebagai kempen ‘direct psikologi’ untuk membetulkan tanggapan dan idea anak-anak gadis, makcik-makcik, para suami dan para ayah di Malaysia mengenai konsep aurat wanita Islam yang sebenar-benarnya. Diharapkan supaya teguran dan gambar -gambar contoh di sini dapat dijadikan pengajaran dan sempadan agar wanita-wanita Islam yang ada menjauhkan diri diri memakai pakaian-pakaian yang melanggar adab wanita Islam terutama sekali jarang, ketat dan sendat. Diharapkan blog ini mampu membawa perubahan walaupun sedikit. Amin.
.
.
Yelah, bila baca artikel ini, kita harusnya paham-paham sendiri kita dimana. Macam aku, mmg byk yg masih belum sempurna. Tapi adanya usaha utk berubah ke arah yg lebih baik, adalah satu permulaan . Aku perlu kuatkan hati , pejamkan mata melihat fesyen baju yang cantik di kedai-kedai (hehehe).
Berfesyen itu tidak salah, asalkan sederhana dan mengikut syariat.
Itu yg aku cuba ingin ubah…
Insyaallah.
Operation DeClutter – tudung,shawls
Saya dah 36minggu! Tapi masih kerja macam biasa , even busier. hehhee.
Macam tak boleh la nak dok umah……org jepun kata Ira-Ira Suru. Duduk serba tak kena mengenangkan claims insurans yg pending, diary tak pos lagi….email tak reply lagi.
entah apa kerja banyak benor ni….ishh .
tapi bagus gak eh, orang kata jangan melemaukan badan nannti susah beranak? entahlah iyer ke tidak, ikut rezeki masing-masing kot kan..
Oklah, ada satu benda yg nak sangat settlekan sblm beranak ni.
Operasi Kemas RUmah – Closet & Home Office. Now macam tongkang pecah sbb tak cukup almari nak masukkan barang-barang.
Gambar-gambar inspirasi…..

utk gantung belt
Masalah paling besar sebenarnya ialah cara nak sangkut/simpan tudung….
Kalau sangkut sekali semua kat satu rod, bila tarik sehelai di pagi hari yang rushing, kompem akan srappp jatuh 2 3 helai kat lantai.

gambar googled: hanger bulat2 camni bagus, tapi kompem perlukan banyak kan? kena susun kemas2....(akan dijual di ButikNara.com)

cantik! takde jual ni kena DIY

DIY juga; http://tiananana.blogspot.com/2010/12/diy-scarf-hanger.html
Tudung, selendang, anak2 tudung adalah perkara pertama dlm Operasi DeClutter ku…..
Baju2 senang je, sumbat je dlm almari hehehe.













