5

beli dress @Ammara Hijabi

sangat cantik baju-baju di Ammara Hijabi kan. Trendy, fashionable & murah.

aku try order 4, 30 min selepas deorg upload msg kata April Collection dah diupload kat blog. Ingatkan still available lah, mak aih…..dapat 2 helai aje…mcm goreng pisang panas betul :lol:

Salah satu yg aku beli ialah dress ni…

Cantik kan….

Nampak loose je. tapi sekali aku pakai…nampak macam ni daa.

boing boing here & there

HAHAHA.

Kes sangat perasan yg aku macam saiz zaman anak dara dulu . heheheh.

So, dress ini telah disedekahkan dgn hati yg berat kepada adiku Nonoe..

Boleh je nak pakai dalam umah/layering, tapi hmmm…takpelah, sekali sekala belikan adik baju, kan kan kan?

 

1

Shopping Online

Shopping online sangat addictive kan, bahaya ..lagi-lagi kalau website UK/US; branded stuff yg kat malaysia ni harga RM300+.

Kat sana 1/2 price aje…pastu ada pulak orang yg boleh tolong belikan. Oh yes! hehehe.

Satu brand UK yg aku rasa sangat overpriced kat M’sia ni ialah Warehouse. Cantik-cantik bajunya, sesuai utk wanita kerjaya gitu…

So, telah lah terbeli beberapa helai…….. beli Saiz lepas beranak tau, motivasi pulling factor untuk kurus! hehe

harga kat Msia Rm360 camtu

pakai ngan blazer/jaket ok kot

ada lagi a few, gambar dah tak jumpa kat website. Ada satu ni cantik sangat, Mai Hanis order, menyesal sungguh tak beli!


nice kan....cantik sngat2, macam blazer skit, tapi materialnya light&nipis

Oklah……………never ending ok website online nih.  *_*

nak jugak pakai walaupon agak sendat :p

1

random awesome

tiru lagu yuna hehe.

azam tahun baru kononnya nak update blog sokmo,tetapi….why no update? hihi

oklah pasni dah ada Iphone maybe lagi senang. ehem. eh bukan saya punya, saya hadiahkan utk suami tercinta, sebab saya sayangkan dia. tiada alasan specific macam anniversary ke apa…cuma bagi hadiah sbb Encik Suami selalu sacrifice utk saya.

hehehe. cewah pagi-pagi terjiwang plak.

anyway, gambar2 random ajelah….nak clearkan gambar tak berkualiti kat BB ni….

beli kek sampai 5 ketul kat bangsar village

sodap menjilat kotak

dah dapat hadiah utk baby...

borong kat warehouse online melalui adikku yg kat UK tu..murah sgt!

jumpa kawan-kawan Okayama kat wedding nipah

2

Tukar Size …

Semalam pi shopping skit sbb byk sangat baju yg dah tak muat. Masuklah Topshop Forever21 lah…konon perasan gila ada size perut aku ni. huhuhu. tgk2 ajelah….layan mata “)

Beli M ada satu baju labuh ni, malas nak try, balik rumah …alamak sendatlah!

ini kompem boleh pakai now–>7bln jer. Rasa macam perut ni lepas cross 26weeks haritu, terus membesar bagai johan  hehe :p

Rasanya skang ni paling selesa pakai Maxi Dress. tak delah nampak sendat sgt…

Cth gambar2 bila aku google ‘Maxi Dress while Pregnant”. Cantik&Comel kan…. Of course, kita ni sesuaikanlah dgn Cardigan/Jaket dan Tudung  & Pakai yg Longgar…..

semua ni, bila pakai ngan hijab/tudung, jadi cantik&sopan camni…(gambar last yg berhijab tu)

aaaa, nnt kena buat satu kategori khas utk Maxi Dress je kan..senang me myself diri sendri nak refer balik……..

7

cantiknya gaya dress ni!

dress

dress

Cantik kan! korang boleh beli kat http://www.normode.com/.  tapi aku rasa dia takmo kot deliver ke Malaysia ni . takpe2 , kita layan mata aje pon dah cukup, betul tak?

:)

0

palazo, palazzo, oh palazzo!

amboi sejak RedMummy dok tayang dia pakai Seluar Palazzo tuh, ramaiya orang komen kat ButikNara.com pasal seluar Palazzo yg ButikNara jual!

Palazzo RM beli kat Robinson eh? RM140 u~

Palazzo RM beli kat Robinson eh? RM140 u~

hebat sungguh. Mmg dari sebelum puasa lagi ButikNara.com ada jual Seluar Palazzo, dari jenama ID Perempuan (klik kat sini tgk entry lama), tapi dah habis masa dekat2 raya pastu tak sempat nak restock.

So now dah restock lah ni, gagahkan diri pegi amik kat ID Perempuan , sangat busy dgn core biz insurans saya (PruBSNTakaful.com) tapi nasib baik suamiku juga full time ejen so mmg dia support all. Now partner Butik Nara ku, Kak Affizan pon dah beranak, semuanya aku kena buat sementara ni. hehehe. eh tapi takpe, my mum pon selalu membantu ButikNara, dia adalah Tokey Besar ButikNara. Duit semua dia pegang. Kalau tak mmg dah lama aku boleh beli Chanel Beg sebijik! heheheh~~~~~

Oklah, kalau korang berminat, cuma RM85 termasuk pos, cutting Palazzo ni mmg besarr, berangin-angin gitu. Kain Chiffon, double layer sbb tak nak kasi see thru apa yg tak patut.

palazzo merah2palazzo purple2

palazzo

Ada warna Hitam, Purple, Merah, Oren, Dark Brown & Maroon (2 kaler ni belum ada gambarnya)

3

Seluar Palazzo oh sukanya!

Alhamdulillah perubahan sejak pregnant ni tak teruk sgt. Ada org yg muntah-muntah, morning sickness pagi petang siang malam. alhamdulillah aku just loya & pening waktu kol 5 ke atas. pandai ya, lepas abis waktu kerja baru loya2, mmg kena balik berehat. tiada lagi appoinment jumpa client malam-malam….

Tapi aku masih belum boleh menarik nafas lega , kerana kalau ikut kiraan doktor ( by baby’s development) , aku baru je masuk 10weeks. Still awal nak kata takde muntah-muntah kan?

takpe aku redha je apa yg jadi…hehehhe. for now, perubahan paling ketara ialah hidung aku ni jadi sangatlah sensitip! bau2 yg org takleh bau , semuanya aku dpt sense. PErfume semua dah takleh pakai , sbb pening!

eh, bukankah entry ni pasal cerita Palazzo?

Sebenarnya, aku dok mencari2 seluar Palazzo ni dah lama, tapi macam susahnya nak jumpa. Oh ok aku mengaku aku tak cari pon. Hehehe. tapi mmg susah nak jumpa!

Sehinggalah dok tgk jenama ID PErempuan yg sangatlah makin femes tahun ini….

seluar berangin yg guna getah, so sesuai utk wanita mengandung macam saya ni! hehe

boleh pakai ngan blouse/blouse kurung

boleh pakai ngan blouse/blouse kurung

siap aku terpikir, boleh pakai ngan kebaya pendek tu (daring skit lah tapi), sbb ala-ala nampak mcm skirt/kain gak seluar ni.

palazzo seluar

seluar palazzo2

Ada byk warna gak la, pink oren darkbrown hitam putih purple pekat, merah….

sangat sesuai utk raya.!ada dijual oleh ButikNAra.com (aceh tetiba jadi iklan hehehhe).

gambar aku pakai ni kena snap2 dulu lah yer….

7

ceriakan hari anda

pelbagai cara nak menceriakan hari kita. hei, hari yg ceria penting utk kesihatan jiwa raga tau! hehe

rasanya, semua org ada cara masing2 kan. Macam Izyan ni, combination ATNara + Selendang Kuning ni OH! sangatlah membungakan hati pada setiap mata yg melihatnya.

anaktudungnara

macam rebecca bloomwood dalam Shopaholics, mmg ceria sungguh baju-baju di. OH! mcm Cikgu Kaunselor dlm Glee tu jugak , cantik2nya baju dia ~~

Jangan takut nak pakai warna yg ceria (ramai org macam settle for colour yg dull kan), orang akan mengata ke? kalau deorg cakap apa pon apa salahnya kan?kan?

Yg penting, bila kita pakai baju warna2 ceria /tudung/innerware sekali pon, percayalah, bahawasanya walau sekelumit pon, hari kita pasti lebih berwarna warni!

apa yg lebih penting dari hati kita sendiri , kan kan kan?

hehehe

OH, gaya DalzButtonCraft [klik] ni pon super-ceria tau!

kalau pakai baju hitam+seluar hitam, ceriakan dengan Anak Tudung/Inner yg berwaarna skit. atau guna selendang & ikat macam gaya kat post bawah ni….

… Continue Reading

Related Posts with Thumbnails
Pages ... 1 2 3 4 5 6 7

Switch to our mobile site

WP SlimStat

Featuring Recent Posts WordPress Widget development by YD