1

takde perasaan …

aku perasan sejak setahun dua lepas , aku mula start tak kuasa nak ‘impress’ orang lain. impress dalam blog lah maksud aku secara terperincinya.

cth. dulu kalau rasa baju cun lebih skit je, baju jenama lebih skit je, mulalah nak letak kat blog. eh ni contoh diri sendri tiada kena maksud mengumpat orang lain hokey…

now, malassss lah , takkan tiap hari nak update pasal baju apa aku pakai?

ok, itu sebenarnya tanda tanda sudah akil baligh. eh silap, tanda sudah tua . betul ke?

ada je org lain yg sangat fashionista letak gambar depa dlm blog………which is good, nothing wrong abt it… aku pon suka tgk. ter inspirasi jugak.

but it just not me anymore.

so tandanya aku dah mula matang skit ke?

tapi aku rasa lebih pada serabut. hidup aku serabut so ambil gambar bila pakai tudung baru tak masuk dah dalam prioriti harian aku.

oh ya lah..segalanya berubah semenjak ada Zaeem.

oklah. it just me ok. dan aku mulai suka dengan keadaan ni – dress up for own satisfaction, not to impress anyone.

bercakap pasal dress up, baju raya aku tahun ni ilek, tiada yg baru sehelai pon. Tapi aku beli berhelai-helai baju kerja… dari UK jenama H&M. sampai sehari sebelum raya…boleh kira baju raya lah kan??

actually ada banyaakkkk aku beli, all for SALE under BUTIKNARA! baju cantik-cantik kena share ngan korang so that semua orang cantik juga! (ayat menggoda korang hahaha)

among the dresses for sale…

insyaallah akan di upload selewatnya hari sabtu ni…

stay tune!

2

order baju UK

go go goi goiing crazy lagi tgk baju2 UK yg cantik & affordable! dulu warehouse & DP .now…

 

Aku telah memujuk (paksa) ButikNAra utk start jualan jenama H&M direct from UK..hmm, maybe akan sampai brg & start jualan 1/9

maybe..mungkin…90% confirm..

cer cer tgk…

harga dlm RM40

[caption id="" align="aligncenter" width="384" caption="blazer"][/caption]

blazer lagi ..around rm100, murah la kan?

pening! semuanya nak beli….auwewewewe….

 

 

1

WW – Satin Shawl

Ada jual kat butiknara

20110706-090616.jpg

20110706-090646.jpg

20110706-090727.jpg

20110706-090750.jpg

3

WW

Baju from UK dah sampai weeee!
yg ni from Dorothy Perkins 15pound aje

20110629-104452.jpg

20110629-104507.jpg

20110629-104518.jpg

20110629-104528.jpg

0

Pashmina

Jatuh cinta kembali dengan Pashmina….

pashmina

Pashmina = Lebar + Panjang – coverage

Dulu masa pegi Jepun cuti tahun lepas, mmg syok pakai sbb cuacanya sejuk, now byk Pashmina yg dah nipis, panas skit tahan aje.

Selongkar balik almari cari pashmina lama-lama….ada la jugak rupanya 3 helai…selama ni simpan buat pekasam hehe :p

0

baju hijau,maroon,biru,pink (1)

Masa kenduri Wan&Lin #Beautifulnara kahwin, kitaorg se-family saje je buat tema kaler baju yg nak dipakai utk pegi kenduri.

Hijau – masa pegi akad nikah

Biru – masa kenduri belah lelaki – baju kain sama, beli 3kayu

Maroon – masa aqiqah Zaeem  & Aina (ni cuma makpak Zaeem & Aina je)

Pink – masa ke rumah pengantin perempuan

Saja suka-suka, if ada pakai..if not gaya bebas aja..

So…1st day; Tema Hijau.

 

Aku pakai Tudung Hijau aje…ngelat hehehe.Baju tu beli kat Jln Tar RM65 aje, palazo putih by ButikNara. Tudung Hijau Chiffon kat Giant Shah Alam, kedai tu je jual kot?


Aina, Mak AIna & Nonoe

http://lamanqaseh.blogspot.com/ & Blog Nonoe yg Puitis

 

Mak Pengantin Pompuan & Mak Pengantin Lelaki

Hora , hijau + warna bebas asalkan pakai baju hehe

*Hora = Bahasa Jepun = “Lihatlah”

Nota Kaki : Keluarga Belah Lin , sangatlah stylo baju depa! jahit sendiri ok…baju Lin yg nikah ni  : refer sini –> Nikah, + baju mak dia yg putih tu jahit sendiri… semngat utk belajar jahit berkobar-kobar tgk baju deorg. Tapi hmm..mampukah? hehehe

….

bersambung lah nanti utk baju warna lain plak. Saja suka2 layan mata kan… idea for baju raya korang. Kitaorg dah tak buat baju raya dah…ini ajo lah.. hehe.

 

 

3

Saya ingin berubah…

Dulu aku memang rakus nak berfesyen sana sini sinun, macam2 lah, dan ada episod dalam kehidupan aku , yg bila dikenangkan balik, rasa menyesal tu timbul. Tapi yelah, mungkin itulah pengalaman yg mengajar kita dewasa.

Mungkin dek kerana episod itu , aku lebih terbuka bila ditegur hal berpakaian.

Ditegur oleh siapa? Oleh link ini di FB..

Wanita Melayu Akhir Zaman  —> klik

Pakaian mempermainkan aurat semakin teruk di sekeliling kita. Fesyen sendat, ketat, singkat dan jarang semakin dianggap biasa, malah berani dipadankan dengan busana Muslimah dan tudung. Adakah kita harus membiarkan penyakit ini di dalam realiti masyarakat kita ? Masyarakat Islam seharusnya ada rasa benci dan jijik terhadap fesyen-fesyen wanita yang mempermainkan aurat, bukannya bertolak-ansur dan buat-buat tidak kisah. Mahu menegur pun tidak berani. Kita hanya mampu membiarkan sahaja pemandangan yang menyeksakan mata itu. Sebenarnya, semakin ramai wanita Islam yang berpakaian sedemikian di luar sana, kerana mereka tahu masyarakat tidak akan mampu berbuat apa-apa ke atas mereka. Apabila ada pihak yang membongkar dan mengkritik keras fesyen keji mereka, pihak itu dianggap cuba memalukan,sedangkan ianya satu alternatif untuk membantah dan menegur.

Semakin masyarakat berlembut di dalam isu aurat ini dan semakin masyarakat terlalu memberi peluang kepada mereka, mesej berkenaan keburukan fesyen mempermainkan aurat ini akan pudar dan hilang nada ketegasannya. Ramai di antara wanita sebegini akan memandang ringan teguran yang diberikan dan cuba melengah-lengahkan diri untuk mematuhinya akibat nada penyampaian yang terlalu baik-baik dan lembut. Mereka tidak akan mengambil serius dan masih kekal mengamalkan fesyen maksiat mereka dalam tempoh yang mereka sukai. Dalam tempoh masa itu, aurat mereka akan terus dipertontonkan dan terus memberi peluang kepada lelaki-lelaki yang melihat aurat mereka menambah dosa.

Kita tahu, uztaz dan ulama telah berbuih mulut membicarakan isu aurat di ceramah-ceramah dan forum Islam, namun golongan yang lazimnya menghadiri majlis sebegini adalah golongan wanita yang sudah sedia memelihara aurat. Padahal, golongan sasaran iaitu wanita-wanita yang mempermainkan aurat jarang-jarang menghadiri majlis agama sebegitu. Dakwah yang tidak kena sasaran.

Oleh itu, sepertimana pentingnya peranan parti pembangkang dalam politik, begitulah juga pentingnya blog ini untuk membangkang trend fesyen mencemarkan ini. Ia diwujudkan sebagai kempen ‘direct psikologi’ untuk membetulkan tanggapan dan idea anak-anak gadis, makcik-makcik, para suami dan para ayah di Malaysia mengenai konsep aurat wanita Islam yang sebenar-benarnya. Diharapkan supaya teguran dan gambar -gambar contoh di sini dapat dijadikan pengajaran dan sempadan agar wanita-wanita Islam yang ada menjauhkan diri diri memakai pakaian-pakaian yang melanggar adab wanita Islam terutama sekali jarang, ketat dan sendat. Diharapkan blog ini mampu membawa perubahan walaupun sedikit. Amin.

.

.

Yelah, bila baca artikel ini, kita harusnya paham-paham sendiri kita dimana. Macam aku, mmg byk yg masih belum sempurna. Tapi adanya usaha utk berubah ke arah yg lebih baik, adalah satu permulaan . Aku perlu kuatkan hati , pejamkan mata melihat fesyen baju yang cantik di kedai-kedai (hehehe).

Berfesyen itu tidak salah, asalkan sederhana dan mengikut syariat.

Itu yg aku cuba ingin ubah…

Insyaallah.

 

1

ouh so pretty!

semalam tido kol 1 usya baju-baju kat website UK.  Kat Warehouse.co.uk. almaklumlah kat msia ni cekik darah weh harga baju kat Warehouse, sampai 400 selai baju. adoilah… kenapa mahal sgt ek?

 

 

20 pound

kat m'sia ni rm350+ ok... 20pound only (sales item) tapi sbb pikir lama sgt, saiz aku dah takde :(

 

anyway, kalau ada korang2 yg teringin nak order , boleh juga ya! cuma tambah shipping + Service Charge ajolah!

pls  email me lorongsetia8@gmail.com ~~ baju WAREHOUSE sgt cantik pakai gi keje, yg Long Sleeve & labuh tutup bontot ada byk.  cantikkkkkkk

 

ok dah nak pi keje now..excited sgt pagi2 terus share ngan korang.

Related Posts with Thumbnails
Pages ... 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

Switch to our mobile site

WP SlimStat

Featuring Recent Posts WordPress Widget development by YD