counting down to japan
tinggal harini dan esok aja! WOHOO
visa dah selamat siap, 3 kali aku kena gi Japan Embassy. haish. OMIYAGE (=souvenir) dah beli.
yg belum ialah packing. eh, ada lagi benda belum beli…utk pakai ngan dress tu. hhuuuu, mmg suka last min . kekeke
anyway, kepada semua orang yg mahu order Anak Tudung Nara, silalah buat payment selewatnya hari esok, selasa pada pukul 5 ptg ya. Utk di pos selewatnya hari Rabu. Siapa byr harini sebelum kol 1, akan dipos hari ni jugak.
Kalau bayar pada hari Selasa malam – Khamis, akan dipos pada hari Jumaat. Akan ku mintak tolong partner ku utk pos kat korang ya.
Pastu meh aku nak jwb soalan2 berkenaan pos ya;
1. Semua anak tudung akan dipos secepat mungkin. Biasanya sehari lepas korang bayar.
2. Lepas dah pos, akan diberitahu (ada gak aku terlupa), so korang boleh cek kat website Pos Malaysia utk track postage korang tu. Biasanya 2 hari dah sampai, kalau dekat. Tapi kalau jadi macam kes raya cina tu, mmg delay lah. Sebab depa cuti lama.
3. Kalau korang order, tapi aku tak reply dlm masa sehari, cuba EMAIL balik tanpa menggunakan order form. Ada email yg tak sampai langsung, ada yg masuk spam box.
4. If lepas order, korang nak tukar kaler, pls highlight (guna font warna merah ke….) atau better bukak satu email lain dgn tajuk – tukar warna. Sebab kadang2 tersilap gak…yelah, sekali sehari yg email adalah dalam 10 org..time pick sampai 20 org. Pengsan weh….
So harap semua org bekerjasama & bertimbang rasa jugak ek….jgnlah marah2 kalau lambat sampai, marah abang posmen ek. hehehe
belonnya terlepas..
semalam aku ada appoinment kat Mont Kiara. biasalah area situ ramai sangat GAIJIN ( = org asing).
ada seorang budak comel ni…alahaiiii comelnyaaaa. rambut blonde, mata biru laut! indahnyaaa ciptaan tuhan. 
tetiba masa dia berjalan2 tu…angin tiup kencang, belon yg dia pegang tu terlepas! pastu adalah sorang pakcik Korean ni, tolong kejarkan belon tu.
jauh gak tu belon tu terbang…nasiblah ko comel, mmg org sanggup buat apa saja. hehehee
Tapi lepas dapat balik belon tu…dia tak mau dah belon tu….
huhuhu…
… Continue Reading
gambar macam-macam
selamat dah aida kahwin. cantik sungguh cik mek ni…tahniah aida, hadiah dari kitaorg ni bila nak dibagi ek??
semalam, aku, Naiza & Cz gi buat direct approach kat HKL. berpeluh panas tapi syok….entah apa yg syok tatau. hehe
cantik Cz pakai warna striking pink. Sorry ya semua, buat masa ni warna ni unavailable. no stock at all….
pastu, utk trip ke jepun tu, aku dah bawak kuar balik Coat winter/spring. pastu bebudak ni saja pakai…tenggelam terus…
2 warna baru utk anak tudung nara…
Ijou ( =bermaksud itu sahaja...)
Tahun Baru, Azam baru~
Selamat Tahun Baru. Happy New Year. kalau dalam bahasa jepun, AKEMASHITE OMEDETO Gozaimasu~~
sudah ready ke azam2 baru? BUkan apa, alang2 ada start point, marilah kita lupakan yg tahun lepas , start fresh brand new! Vision Board, kena start buat scrap book nih. Baca story dari Dieya pasal cita-cita yg tercapai, sangat inspiring~. Tahun ni aku nak buat Vision Board guna board, tampal kat dinding . tengok hari-hari.
entry pasal vision board —> http://lorongsetia8.com/courage-to-succeed
belajar bahasa jepun (4)
eh dah 4 ke?
kali mari kita belajar anggota badan manusia dlm bahasa jepun, yg KOMPEMM korang senang nak ingat, sebabnya…sama perkataan melayu.
rambut – kami
lengan – Ude ( cuba sebut udang dlm bhsa kelate…)
dahi – deko (deko deko deko!)
bhgn perempuan ( sensored) – mangkuk
bhgn lelaki (sensored)- cincin
HAA~~ kompem korang senang ingat yg 2 bawah tu kan!! hahhaa. selamat menghafal~~
belajar bahasa jepun (2)
hari tu dah ada sekali, mari belajar lagi! —> Mottainai
perkataan pertama yg aku ajar kat kazen2, dan deorg dok guna sampai hari ni ialah
HAYAKU
- cepat/faster/hurry.
contoh ayat:
1- Hayaku ! (time nak bayar tol masa T&Go abis, terkedek2 carik duit walhal kakak tol dah hulur tgn mintak duit)
2- oii hayaku (time dah terlambat kuar rumah nak gi ofis)
3- Hayaku, hayaku isi borang ni . (isi borang ni cepat2 skit kaunter submission dah nak tutup niii)
kesimpulannya, hayaku maksudnya CEPAT. cepat. buat cepat2. cepat2…. senang je nak guna!!
Belajar Bahasa Jepun
Makin lama makin jarang guna Nihongo (bhs Jepun) ni, kecuali time kami laki bini nak gaduh perang mulut kat ofis/rumah depan orang. hahaha. memang guna bhs rahsia kalau tak nnt semua orang tahu rahsia dalam kelambu. hehhehe.
hari isnin lepas aku tgk kat The Star, ada gambar ni..
apa? tak jelas sangat…oklah..ni gambar original
mottainai dah jadi worldwide word tau, so korang kena tau~~
Mottainai (??????, ????) is a Japanese term meaning “a sense of regret concerning waste when the intrinsic value of an object or resource is not properly utilized.”[1] The expression “Mottainai!” can be uttered alone as an exclamation when something useful, such as food or time, is wasted.










