5
bangkok oh bangkok
dalam byk2 tempat, bangkok jugak aku teringin nak gi. bulan 1 ni insyaallah. ada kena mengena ngan Butik Nara. tapi macam takut kan nak pegi bangkok, sbb dalam cerita Bridget Jones tu kan dia kena masuk lokap sbb ada drugs dlm beg dia. pastu dalam cerita Bangkok Dangerous pulak, kena copet masa kat market.
aiseh, ramai dgt org jahat ke kat Bangkok?
anyway, aku nak gi gak lah, macam bes pulak. time ni je nak pegi..kalau nnt family vacation kenalah pegi tempat yg family friendly pulak….definately Bangkok is not a family friendly place to go lah kan…
hmmm…
sesapa penah gi bangkok pls advise tempat mana saya patut pegi ok. eh tempat mana best shopping juga ya..

wahhh.. nak gi bangkok ka? best! i love bangkok! biasalah mmg banyak cerita horror pasal bangkok, but as long as you stay safe, you’ll be fine. suggestions:
makan:
go to Nana area, tempat tu something like “arab street” laa. byk tourist arab duduk situ. so banyak kedai halal especially arab food. ada satu kedai halal thai food (tak ingat nama) dekat lorong belakang main road, don’t worry it’s safe coz lorong tu sgt terang dan ramai orang lalu lalang. tauke dia arab negro, pekerja2 org thai. food dia best sangat dan harga berpatutan. best tomyam i’ve ever tasted!
makan lagi:
aku jumpa blog ni byk cerita pasal halal thai food: http://zlynn17.blogspot.com/
massage:
kat area Nana tu pun ada beberapa kedai massage yg separate ladies from men. buat traditional thai massage tau, toksah buat oil massage coz kat mesia pun banyak. or kalu takde masa buat foot massage jek lepas penat jalan2, sgt best!
shopping:
go to Platinum mall. org thai sebut Plati-naaam so kalu naik cab ke tuk-tuk ko sebut camtulah. banyak sgt kedai baju n kasut cantik2 dan murah2 (ala2 sungai wang), mmg rambang mata. tapi malangnya tak accept credit card. kena bawa cash seguni.
tailor-made suit:
yg ni bangkok mmg famous for. aku buat 2 pasang suit (satu tweed, satu cashmere), 3 work pants, 3 work shirts (1 silk, 2 high grade cotton). total RM 2 ribu. sangat murah ok, kalau kat zara tweed skirt sahaja rm400 lebih. sangat puas hati. well fitted, kain boleh pilih sendiri nak yg mana, design ikut suka. ko print laa gambo latest design prada ke chanel ke max azaria then suruh tailor tu tiru. on the cuff, ko suruh dia sulam initial ko, mmg bergaya! kalu nak aku bleh recommend tailor yg aku pegi dulu. i think i still hv the card tp kena korek2 dlm lemari.
apa lagi hah.. tak ingat dah. aku dok sana 4 hari (termasuk pergi kerja tu) jek tapi hasilnya lumayaaaan! in addition to baju2 di atas, juga beli 3 handbags, 5 shoes, tak kira berapa t-shirts & shirts. cuma sayang most kedai takleh pakai credit card (except the tailor nasib baik dia accept card) dan aku pulak tak bawak byk cash. kalu nak tahu by the time naik flight balik kl aku cuma ada 21 bhat (lebih kurang 2 ringgit) dalam poket! so bawalah thai bhat banyak2.
oh yaa.. kalau pegi Chatuchak @ JJ Market tengah2 hari buta bawalah air mineral. panas ya ampun dlm tu. dan kebarangkalian sesat adalah amat tinggi. ada 20,000 kedai tak silap aku dlm tu. so sebelum ko split dari group ko, janji ngan diorg nak jumpa balik kat Kamphaeng Phet train station pukul berapa, then pegilah menyesatkan diri masing2 dlm market tu. then bila sampai time nak jumpa balik, tanya org2 kat kedai tu mana Kamphaeng Phet train station. that’s the easiest way, kalu tak mmg susah nak jumpa balik sesama sendiri.
wah, tips yg sgt best!! wohoooo thank you very much dieya! aku better print out ur comment ni hehehe.
thanks…excited dgt dah ni baca tips kau ni. tak terpikir plak nak bawak byk2 , but since tailor made tu mcm bes, kena pikir siap2 about that…
Do visit this blog.. http://ladyverde.blogspot.com/ .. Verde nih baru balik Bangkok..
nak jalan2 better naik train…cuma busuk sikit aja dlm train dia…kalau naik teksi selalu jam….kalau nak lagi cepat naik la….teksi motosikal…boleh suruh orang yg bawa tu merempit di tengah2 bangkok..hehe.Ada restoran islam..siap boleh cakap kelate lagi…pemilik dia nama Osman…semua makanan dekat situ sedap2..kedai dia sebelah Imperial Queen Park Hotel…kalau dekat Nana banyak makanan pakistan dengan arab aja.
dkt airport dah boleh ambik bangkok map…dkt situ dah tulis tempat2 yg menarik and cara nak pegi by train.