Anak Tudung Nara bakal cetus fenomena
Posted on April 16, 2010 by nafnaf
Utusan, hari ini~ silalah beli ya.
eh, agak tembam muka aku dlm paper lah huhuhuh
updated: tekan utk tengok jelas&nyata hidungku kembangkempis tahan nafas utk kuruskan perut hehehe

atau klik ‘baca lagi’ kat bawah ni utk baca artikel yg ditulis dgn cantiknya oleh KakRina Utusan Malaysia tq tq !!
p/s: wahahahhaha , anak sedara aku airil rayyan kata ‘ tu bukan alang’ huhu.
MAKEUP by Najwa from RedGlow
Najwa my saviour, FB kat dia sehari sebelum shooting, dia terus OK!! tq Redglow. mmg pro~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Utusan Malaysia segmen Mode~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
SELEPAS fesyen tudung awning yang mencipta ‘gelombang’ fenomenanya di kalangan wanita muslim di negara ini, pernah terdetik di hati penulis apakah pereka tudung akan mampu mengubah perhatian penggemar fesyen bertudung selepas rekaan tudung awning yang begitu praktikal pemakaiannya, selepas ini.
Nyata, trend tersebut sudah kelihatan sedikit berubah sejak penghasilan tudung yang berinspirasikan dari tudung Syria mula mendapat tempat di hati pemakai tudung di negara ini.
Trend memakai anak tudung yang diperbuat dari kain jersee, lycra atau kain kapas yang dipadankan dengan tudung luar pasang siap atau selendang nampaknya bakal mencetuskan fenomenanya yang tersendiri.
Walau ada segelintir yang menyifatkan pemakaiannya agak leceh berbanding tudung awning, namun istilah itu tidak wujud bagi individu yang gemar bergaya apa saja asal mereka tampil bergaya dan cantik. Lagipun tiada salahnya bergaya selagi mengikut syariah yang telah ditetapkan agama Islam.
Pemilik Butik Nara, Nafisah Amran berkata, mengambil inspirasi dari tudung Syria, dia mengubah suai anak tudung tersebut menggunakan fabrik yang lebih selesa, tidak panas dan mudah digunakan oleh wanita Malaysia.
“Kelebihan anak tudung Nara ialah ia nya panjang, dan kalau sesiapa yang memakainya dengan selendang yang agak jarang, anak tudung itu berfungsi sepenuhnya untuk menutup rambut, jadi tidak perlu risau aurat terdedah,” katanya yang ditemui pada sesi fotografi yang berlangsung di Studio Utusan, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Nafisah berkata, terdapat lebih 18 warna menarik boleh dipilih dan ia boleh dipadankan dengan selendang yang beraneka warna.
“Jika tidak mahu memilih selendang, kami juga menyediakan tudung sarung yang lebih mudah pemakaiannya. Pengguna boleh memilih kombinasi warna mengikut cita rasa mereka sendiri,” tambahnya.
Jelas Nafisah, Butik Nara yang beroperasi secara dalam talian kini ternyata mendapat maklum balas positif dari kebanyakan pengguna yang mahukan anak tudung keluaran mereka. Dia yang mengusahakan butik tersebut bersama kakak iparnya, Affizan Mahat, turut mempunyai kumpulan tukang jahit khas yang berpengalaman dalam menghasilkan anak tudung yang berkualiti jahitannya.
“Boleh dikatakan sejak kami memperkenalkan anak tudung Nara di pasaran Disember tahun lalu, permintaan terhadapnya meningkat sehingga 1,000 tempahan anak tudung sebulan.
“Kami juga menyediakan maklum balas pengguna dan dapati kebanyakan pelanggan kami adalah di kalangan wanita bekerjaya seperti setiausaha, pegawai dan pelajar universiti. Malah ada di kalangan mereka yang mengirimkan gambar cara mereka memakai anak tudung Nara dan dari situ kami juga mendapat ilham untuk mempelbagaikan lagi cara pemakaiannya,” jelas Nafisah lagi.
Lebih istimewa pemakaian anak tudung Nara ini boleh dilapisi sehingga tiga lapisan bergantung kepada warna pakaian yang anda pakai.
Nafisah turut memberi lima ilham cara pemakaian anak tudung Nara yang boleh disesuaikan untuk apa jua majlis dari santai, pejabat hinggalah ke majlis formal.
Untuk melihat lebih pilihan tentang cara pemakaian anak tudung Nara sila layari laman web butiknara.com atau butik.beautifulnara.com.
Site Design by: Press75.com | Powered by: WordPress

Cantiknyer akak dalam paper tue…:) Alhamdulillah dan tahniah…:D
*Terpegun kejap tengok akak*
phewittttttttt….segak aih…
congrats nuff..dan dan teruih pi carik utusan, nasib dept sy ni mmg langgan utusan..bangga okeh bila tgk dalam paper tu org yg kita kenal (kenal tru blog je lah) huhuhuh~ jauh tp dekat di hati gitu
congrats again!
tq Izyan, Kancilbiru & Jue,
kenal melalui blog rasa rapat jugak…
Great Congratulationssss to d gojes kak Naf… support u all the way insya Allah…. May Butik Nara be blessed by Allah wit success..ameen~~~
p/s:kak naf..x sia2 tahan napas time shooting aritu ek..
WAHHHHH..
sebagai rakyat okayama, saya sungguh berbangga!
tahniah! korekaramo gokatsuyaku wo oinorishimasu.
macam ni balik nanti saya mintak kerja dengan NAFF SYACHOU jer la..boleh ke??
huhu..chaiyok2 kami akan beri full support 4 butik nara
….huhu kalu kita masuk paper or tv mmg akan mengembang 10 inch tekstur badan sbb tue kalu kite jumpa artis2 kat luar slim gler sbb die nak maintain bila masuk tb..hehe…apapun tetap gorgeous la sis!!! walla..caya la sis…
azie…haa..tak nampak perut kan?
mmg tak sia2 sbb satu je gambar nampak whole body! hehehe
Sid, bolehh!! mau position apa? skang ni ada kosong tukang jahit heheh
haah la muka u nampak lain pulak kat suratkabo..kekeke omedeto Naf! macam ni beribu2 ler anak tudung hang dijual. hot hot hot!
i saw it…hehe..
good luck.all the best for ur biz
Aaa cantik!! Alhamdulillah! Bangga sangat tengok Kak Naf. Semoga bisnes bertambah success dan maju, inshaAllah.
seriuos..u look so beautiful la naf..smoga bisnes btmbh maju..
tahniah naf..bangga akak tgk anak muda success dlm business
pagi ni bl smpi ofis akak tgk je utusan, terus akak buka website naf..
inilah anak tudung yg akak cari2..
insyallah akak akan order nanti..
well done Naf..tumpang bangga dgn kejayaan u..i’m so…. happy dpt jumpa u masa roadshow smlm..ingat lg x? I la yg sibuk2 nak amik gambar dgn u..hehe..anyway congrats. Semoga makin maju dlm bisnes tudung & insurans…;))
enhorabuena! i’m so proud of you!
takyah ler ko susah payah benor menahan nafas.. you are not that fat.. imaginasi je tu
salam dik, bilalah agaknya nk anta order ank tudung tu ke PD1..huhuhu..
cantiklah model tu..anak sape tu weh..hehehehe
Naf…congrats Naf..
Cun gilerrr…..
Semoga bisnes makin maju…
Hidup Butik Nara!
Hidup anak tudung nara!
Kak, nak yg pink tu….syria Lycra pink…ada x kak?
phewit!! glemer glemer.

Lega nizam sebab dah kawin, kalo tak sure dpt byk call tuh.
Semoga murah rezeki butik nara!!
banyaknyer version tudung/anak tudung eh.. nasib aku laki… hehe
naf, congrats!
aku tompang bangge aa
terima kasih semua…
Dieya, aku kena tahan napas sbb bhgn perut agak ter’keluar’ hehehe.
wahhh knaf omedetooo~~~!!! all the best and nanti dah byk rezeki jgn lupe gengs okayama yeee…. teeheeee
wah, kuar paper..(lambat pulak nak notice)
cayalah sempai. semoga maju dan terus maju.
ni yang rasa nak order satu utk wife ni..(sbb da femes) hehe