alkisah lori sampah
korang sure pernah tgk lori sampah kan. kalau kat jepun, sapa2 yg tertengok lori sampah di pagi hari, deorang percaya tu bad luck utk sepanjang hari itu…eh ke tertengok lori najis. hmm…tak sure yg mana, hehe.
.
alkisah, ada suatu hari tu…tah berapa kali aku ter-follow lori sampah. ada satu kali ni, kat traffic light, no choice, berenti belakang lori sampah.
bau tu tak usah cakap la kan… tapi sebenarnya aku terkejut tgk satu senario. pekerja2 lori sampah ni rupanya akan robek plastik2 sampah yg kita dok isi ikan lah, isi perut ayam lah, nasi basi, sayur semalam…semua benda yg berbau tu, deorang akan carik plastik tu….cari tin2 /botol/ anything yg boleh di recycle.
kesian sgt!
bayangkan lah…bukan depa guna glove pon. bare hand tu. sanggup tak korang pegang balik sampah yg dah busuk, tah2 dah berulat pon….ish ish…aku jadi kesian dan insaf tgk deorang ni. walhal jual tin kosong /botol tu bukanlah byk pon hasilnya…..
.
start dari hari tu, kat rumah ni aku sediakan satu bakul khas utk isi botol/tin dan isytiharkan satu rumah ; marilah kita asingkan tin2 air dan botol2 kicap, boleh jual sendiri, atau pon sedekah aja kat tukang kutip sampah tu. sekurang2nya senang sket kerja deorang mengutip sampah kitaorang….
.
kalau kat jepun dulu, mmg kena asingkan sampah yg mmg betul sampah, tin/botol buang hari lain, combustible macam papers kena buang hari lain. dgn cara ni, senang aja sampah2 ni di-recycle ….
kalau sampah campur2, deorang tak kan angkat sampah kita tu, dan akan ada note kat sampah tu “sila asingkan sampah yg boleh recycle”. kalau deorang tahu sampah sapa tu, siap kena hantar sampai depan pintu lagi. haha. bayangkan~~!
.
i wish we malaysian, lebih rajin dan prihatin tentang hal ni. kalau nak tunggu kerajaan buat mcam jepun – ada hari kutipan berbeza utk jenis sampah yg berbeza – mungkin akan amik masa 10tahun nak educate masyarakat. so, kita kena start sendiri, asingkan sampah & letak kat tempat recycle.


wah, terasa insaf lak baca post naf ni..ok, jum wakeru sampah before buang
kak naf, suka gila post kalini. thanks for reminding us . dulu kat nihon kalau buang botol dlm tong sampah basah rasa berdosa jek. dah balik mesia masa awal2 tu kekok jugak nak buang sampah campur tapi now dah terbiasa. ish insaff insaff. marilah kita mengasingkan sampah
tu la..bila tgk pekerja sampah buat camtu, kesian betul! dulu kat nihon nape kita blh buat..kat sini tak buat, kan kan??
mari lah mari kita jadi bagus sebagus kita masa kat nihon~~~
yer betol.kat sini kalau termiss hari buang tin/botol..siaplah kena tgu lg 2mgu br boleh buang.hari tu siap lari2 kejar lori he he