adikku yg berbakat
aku kira adikku yg seorang ini, Nonoe mewarisi bakat bapak aku . bakat menulis dgn ayat sastera. kalau setakat menulis, aku ngan BangNara mmg boleh menulis pon, tapi cara suka hati kitaorg lah.
Tapi Nonoe mmg serius berbakat, suka baca blog dia. puitis habis. kadang2 jeles gak, napa aku takde idea nak tulis ayat-ayat bes camtu! why why why. penat ku perah otak, ayat yg keluar kaku gak. ayat caca merba macam ni gak. langsung tak puitis. langsung takde unsur2 sastera form5 macam ayat-ayat Nonoe.
cuba korang baca ayat2 Nonoe ni….
hidup.
Orang kata hidup ini macam roda. Kejap kita kat atas, kejap kat bawah.
Orang lah kata.
Dan sebab aku degil kepala batu, mestilah aku tak setuju. Sebab bagi aku, kalau macam tu, sampai bila ianya akan berakhir? Sampai roda tersekat celah batu, lalu kaku di situ, tapi masa tu belum tentu yg di atas itu aku.
Haha okay ah aku memang tamak. Nak dekat atas je selalu:D
Maka sebab aku kan haloba, jadi aku fikir hidup ni macam roller coaster.
Yes you hear it right.
roller coaster.
Mula-mula kau nak naik, kau teruja sangat (ceh padahal tgh cover cuak) sambil tahan gigil lutut, kau sengih panjang-panjang. Perasaan bercampur baur, bila kau duduk dan tunggu ianya bergerak.
Sepanjang ride yang panjang dan berlingkar-lingkar, kadang kau jerit, tapi ada masa kau diam (sebab takut nak mampos:P).
Kadang kau tutup mata, ada masa kau celik. Ada masa kau in denial, ada masa kau telan kenyataan.
Kadang kau menangis, ada masa kau ketawa dan sengih.
Kadang kau panggil mak, dan kau ingat Tuhan. Tapi ada masa kau (dan aku) lupa (-.-”), sebab kita manusia biasa.
Kadang kau genggam tangan kuat-kuat, ada masa kau angkat tangan; seolah ingin terbang.
Kadang kau rasa mual, kau menyesal, kau mahu putar atau cepatkan masa, ah tapi ada masa kau rasa bebas, kau rasa ini yg kau mahukan.
Dan kadang kau bertanya bila berakhirnya semua ini? tapi ada masa kau tak mahu ianya berakhir, tidak selagi kau belum betul-betul puas.
Macam life kita, kan?
Dan bila kau nampak dari satu sudut, ah hujung sana, kau dah nampak garis penamat rollercoaster ni, maka hati kau senyum. Lega.
Kau turun, ketawa dan masih teruja.
.
.
.
Jadinya diam-diam aku berharap, kalau-kalau nanti suatu masa pengakhiran kita, juga dengan senyuman dan lega. Dan yg menanti kita di dunia selepasnya juga satu kelegaan dan kenikmatan.
Moga-moga.
Amin.
yaa, puitis kan ?? hmmm….blog Nonoe kat sini klik ya


ha tu dia, adikNara dah keluar dah..BangNara pun dah, KakNara pun dah…bila nak AuntieNara & UncleNara pulak..hehehe..