palazo, palazzo, oh palazzo!
amboi sejak RedMummy dok tayang dia pakai Seluar Palazzo tuh, ramaiya orang komen kat ButikNara.com pasal seluar Palazzo yg ButikNara jual!
hebat sungguh. Mmg dari sebelum puasa lagi ButikNara.com ada jual Seluar Palazzo, dari jenama ID Perempuan (klik kat sini tgk entry lama), tapi dah habis masa dekat2 raya pastu tak sempat nak restock.
So now dah restock lah ni, gagahkan diri pegi amik kat ID Perempuan , sangat busy dgn core biz insurans saya (PruBSNTakaful.com) tapi nasib baik suamiku juga full time ejen so mmg dia support all. Now partner Butik Nara ku, Kak Affizan pon dah beranak, semuanya aku kena buat sementara ni. hehehe. eh tapi takpe, my mum pon selalu membantu ButikNara, dia adalah Tokey Besar ButikNara. Duit semua dia pegang. Kalau tak mmg dah lama aku boleh beli Chanel Beg sebijik! heheheh~~~~~
Oklah, kalau korang berminat, cuma RM85 termasuk pos, cutting Palazzo ni mmg besarr, berangin-angin gitu. Kain Chiffon, double layer sbb tak nak kasi see thru apa yg tak patut.
Ada warna Hitam, Purple, Merah, Oren, Dark Brown & Maroon (2 kaler ni belum ada gambarnya)
gambar2 time raya
hari raya di kelate paling meriah, sbb ramai sangat, kena tidur kat 3 buah rumah. Mmg rumah sedara mara dekat-dekat je ngan umah nenek.


Selalunya kitaorang akan amik gambar semua orang, gambar ramai-ramai. Tapi tahun ni, orang2 tua malas, so yg muda2 je lah amik gambar.
gambar bawah ni takde kaitan raya. tapi sbb terjumpa time raya, meh la nak kasik korang tgk…
bila rasa diri tak cantik….
betullah kata adikku Nonoe ni….
cuba korang baca
Haish tau tak perempuan suka tengok perempuan cantik? Tanyalah mana mana perempuan pun, kalau tengah shopping berebut baju cantik tetiba perempuan cantik datang join berebut sekali pun boleh give up berebut and kasik je minah cantik tu baju tu.
Internet lagi gila. korang browse blog2 atau tgk FB, wahhh semuanya gambar cantik-cantik korang letak! naper takde orang letak gambar buruk dia?
hahahha
kadang2 kita rasa down jugak bila pakai baju yg kurang cantik, baju yg dah lama skit, kalau ada orang kata kita gemuk skit lepas raya ni.. , bila tgk orang cantik tapi kita ni selebet.
so bila rasa camni….
1) jangan keluar rumah
2) jangan pandang keliling
3) jangan baca blog pompuan cantik/ bukak fb
peh, gila tu!
rasanya kalau jadi down camni (rasa self-demotivated kerana compare diri dengan orang lain), kena buat apa?
kalau aku….balik rumah tido! hehehhe

cantik!
Selamat Hari Raya!
Salam Semua.
Selamat Hari Raya, maaf jika ada kekasaran bahasa saya di blog ini. Jika ada yg tak setuju dgn kata-kata saya, harap abaikan kerana ini mmg blog peribadi, so pandangan-pandangan yg ada semuanya dari rasa hati.
Lama tak update blog, sorry juga. Sampai adikku BangNara pon sound, alamak kena update lah nampak gayanya hehehe.
Ada juga yg merindui I ke? aaaa~~ terharunya
hehehe
Oklah, ni gambar yg di snap semalam, fresh lagi ni. bukan gambar perapan.
Apa? Posing tepi utk tunjuk perut??
Ok lah Oklah….
.
.
Suram ajo gambar ni. Kena tunggu gambar raya baru cantiklah sbb guna camera mahaal adiikku Nonoe.
Oh itu background adalah rumah apartment baru, masih lagi sempoi tak sempat nak mengCUN kan lagi. Nantilah boleh citer lagi pasal rumah2 ni….insyaallah now dah OCHITSEKU skit kata org Jepun – (dah settle down) , bolehlah aku rajin update blog plak.
eh, tapi ayat2 sebelum ni pon sama gak…….kekekkeke
berapa lama tak update blog nih!?
Salam!
wah, pecah rekod ya.
Maaf lah. Mmg angin pregnancy saya ni – malas online. hehhee. nak bukak blog sendiri pon takut, sbb tahu blog LS8 ni bersarang tak ingat. hehehe.
Nampak tak muka yg agak tembam itu? bila tanya Encik SUami, dia kata “biasalah orang pregnant”. Oh at least please lah bagi kata2 comfort macam ” Ala~ sikit je naik muka tu ” . hahaha
Actually aku suka perubahan2 yg jadi sejak pregnant ni. Badan naik, muka tembam, perut bulat, semuanya I like~~
Cuma agak jadi MALAS nak stylo mylo dan ber make-up. Aku berubah jadi orang yg simple aje, malas nak tengok cermin. Haa…baby boy ke baby girl??
Adios…insyaallah pasni saya berblogging lagi, rumah pon dah ada internet.







