2

e-filing last minute

Salam Semua! wah, lama betul tak update ya, pecah rekod ni! maaf ya hehhe.

Anyway, selepas 2 tahun aku tak buat income tax ni,  mula-mula masa keje dulu mmg tak perlu sbb tak eligible, pastu buat tatau je, now tahun ni aku menjadi rakyat yg bertanggungjwb utk declare income tax.

last min tu! kekekekke. tapi mudah jer, dgn pertolongan Officer Income Tax, 10min ajo! Kitaorg pegi kat bangunan LHDN yg baru kat Damansara Perdana tu, cantik betul bangunan tu!

Lobby LHDN

Lobby LHDN

bangunan ni kat area Damansara Perdana, dari LDP dah nampak...

bangunan ni kat area Damansara Perdana, dari LDP dah nampak...

Ops, pada anda yg kata ‘Weh, income tax tutup bulan 4 lah!” . haa, utk org2 bisnes, komisyen earner macam insurans agent (saya lah tu), bukak kedai sendiri, kami ni isi Borang B, tarikh tutup 30 Jun.

Banyak kelebihan nya, duit minyak, tol, loan kereta , parking semuanya boleh tolak sebagai modal income tax.

Tapi kalau byk benar untung biz nya, jenuh gak nak lari income tax.

ada tempat khas utk buat E-Filing

ada tempat khas utk buat E-Filing

laptop, printer semua tersedia. free of charge.

laptop, printer semua tersedia. free of charge.

Pesanan terakhir dari Tax Officer yg kitaorg jumpa dlm lift, TAHUN DEPAN DTG AWAL !

hehehhehehe. sorry encik tax…tahun dpn bulan 1 saya dtg insyaallah~~~

… Continue Reading

9

kasut bata pon mau ka?

wah wah, encik pencuri ni, mesti pompuan ni. sbb kasut lain semua dia tak pandang, selipar bata aku juga dia nak! hampes

dahlah skang ni dah takde FLATS lain,  suka gak BATA tu, boleh tahan lah bagus bata skarang ni.

Korang pakai ke high heels masa pregnant? setinggi mana? of course lah masa mula-mula ni aku tak berani nak pakai, maunya krem kaki. Tapi aku tahu ada orang yg pakai, ada doktor mahu komen?

last-last aku mengubat hati beli Clarks, mmg dari dulu dah berazam bila preggy nak pakai kasut yg PALING selesa dalam dunia.  Dah lah kaki aku ni jenis melebar ke tepi – kaki platipus, so kebanyakan pumps yg bergaya mmg agak sakit bila pakai.

Tapi agak tak ceria juga lah bila pandang bawah, sbb kasut tu kaler hitam :(

saya suka kaler2 yg ceria . Maybe dah masuk 2nd trimester boleh beli kasut bertumit 2 inchi plak?

clarks

5

susah nak percaya maid

rasanya ramai orang ada pengalaman buruk mengenaid bibik indon kan. ada yg mengerikan sampai trauma, ada yg ok lah, biasa jer…maid lari dari rumah. terbang duit beribu.tapi kalau dpt maid yg gila otaknya, adalah lebih sanggup utk hilang duit beribu dari tgk anak sendiri didera maid.

tapi ada maid yg baik! or at least depan kita dia baik, sopan, hormat, dan lembut jer bahasanya.

tapi dinasihatkan janganlah! janganlah! (dua kali dah ni aku ulang), percaya 100% pada bibik kita. Kalau ada berduit, cuba letak CCTV dalam rumah. aish, melampau eh sampai nak letak CCTV?? wah wah.

tapi kalau kes macam ni jadi pada anak anda umur 3 bulan, korang akan rasa LEGAAA sangat sbb ada cctv !

video.php?v=406595571099&ref=mf

video.php?v=406595571099

sorry, tak reti plak nak attach video dari FB ni. cuba klik kat situ je ek….

my mum pernah juga dapat maid yg gila, mmg pshyco habis. tiap-tiap hari meraung, bukan menangis tau, meraung melolong nak balik. pastu cakap sorang-sorang. hanya Allah tau apa yg dia buat pada anak my brother masa org takde kat rumah. pernah la tinggal 2 3 jam tanpa ada org lain kat rumah. Bila tanya balik pada Aiman, dia kata bibik pernah tampar dia. Wallahualam.

Nasib baik dia mmg dah tahap sampai meraung, so terus hantar dia balik lepas 2 mggu. kalau dia tu bermuka dua depan kita ni baik? belakang tatau apa dia buat pada anak-anak? masya alllah…sedih sungguh.

Tapi ada juga bibik yg baik, yg ikhlas bekerja. Kami ada sorang, yg baik sangat, sayang budak-budak macam anak sendiri, kerja pon 6 thn tak pernah ada masalah apa. Cuma ya lah, masa kita amik bibik manalah kita tahhu perangainya macam mana kan……

Moral of the story, kena intip-intip juga perangai bibik ni. Masa kita takde rumah, mungkin jiran2 boleh tlg2 tgk & perhati. Ada sapa2 ada cara utk siasat perangai bibik kalau kita takde cctv kat umah?

… Continue Reading

13

why lah komen mengarut??

lately, makin ramai yg baca blog mengarut aku ni. eh, mengarut ke? kadang2 byk ilmu gak kan? hehhe. tapi ada gak komen-komen yg tahpape, dan aku tak teragak-agak nak delete je ok!

my blog, suka hati aku lah :p ngeee~~. betul tak? korang delete tak komen yg negatif?

yg negatif tu mmg sorry lah, there’s no room for u in here! please keep note that, bila kita baca blog seseorang, semuanya/kebanyakan isi kandungannya adalah PENDAPAT penulis!

takyah lah suruh aku buat kajian teliti, hanya kerana aku tulis pendapat yg orang melayu macam ni or macam tu!

baik aku buat kajian pasal keperluan clients aku (perlu ke upgrade medical card atau tambah sum assured utk ditinggalkan pada anak bini)

ada pulak hantar komen nak berkenalan! adoilaaaaaah! boleh tak baca dulu isi kandungan yg latest dulu, baru lah komen pada blog post 2009 ?

issh emo nyer aku..hehhehee.

adios, sehingga mood blogging saya datang balik :)

… Continue Reading

2

AnakTudungNara+Selendang

ingat lagi tak post pasal LAYERING SELENDANG NIPIS dgn ATNara? [klik]

ini lagi koleksi gambar kawan2 saya yg pakai gaya cam ni….sangatlah ceria tau bila kita layerkan dgn selendang yg lawa2 ni…

kiri - gaya layering ; kanan - gaya tanpa layering

kiri - gaya layering ; kanan - gaya tanpa layering

naiza layerkan dgn selendang + AtNara + tudung syria outer. tembamnya aku wohoho badan sudah naik

naiza layerkan dgn selendang + AtNara + tudung syria outer. tembamnya aku wohoho badan sudah naik

senang aja  nak layering kan nya!

1- pakai ATNara

2- Pakai selendang, lilit ke belakang. bawak ekornya ke depan

3- Sarung tudung syria / pakai selendang cam biasa

Tadaa~~ siap !!

p/s: Tudung SYria Outer yg labuh sudah ada~~~~ tgk di ButikNara.com

DSC_0309

… Continue Reading

22

gambar pertunangan AbangNara

yer, adik saya yg agak femes dgn nama gelemer BangNara itu sudah bertunang ahad lepas …

sila ler tgk gambar family kami yg muka sepesen ni hehehe.

tunangan nyer...

Tekan utk gambar2 lagi…. … Continue Reading

18

petua/tips dapatkan anak

terima kasih semua dgn ucapan & doa yg tak putus! dan juga nasihat mcm Nisa bagi, jgn makan laksa benda2 berserai, mcm2 yg aku taktau.

apa yg pasti, selera makan masya allah, kalah suami aku skang ni. haha. malam2 pon sanggup bangun sbb lapar sangat. ni pon baru permulaan kan? pasni sure lagi lapaaaaarr

dii FB, saya ada ceritakan tentang usaha2 saya nak dapatkan baby. Dgn besar hatinya saya mahu share, mungkin berguna pada ramai orang kan?

Sejauh mana keberkesanan nya wallahualam~~ kita cuma berusaha ya!

~Saya cuba jamu-jamu/ubat suppliment macam Bidadari, Jamu Kampung (tak ingat beli mana)…

~Saya ada gak try urut, tapi urut biasa2 je…tak berjumpa bidan kampung yg pandai urut utk peranakan. Ingatkan balik raya ni baru nak gi cari di Kelate..

~try refleksolgy, ada org yg rekomen buat urutan kaki utk betulkan urat.

~Saya & Suami minum air rebusan Buah Zuriat yg dibawa balik dari Mekah. Yg ni mmg betul2 sebulan-2 sebelum saya mengandung ni. Wallahualam mungkin kerana Buah Zuriat ini kami berjaya pregnant.

CARA GUNA BUAH ZURIAT

Buah Zuriat ni, kami ketuk2, hiris-hiris, potong-potong. memang sangat mencabar nak dapatkan biji didalamnya tu. Eh, bukan kami, suami aku jer yg buat kerja2 tu hehehhe.

Bila dah dapat biji buah Zuriat ni,  aku rebus (amik turn la pulak kan buat kerja) dengan air, pastu tambah gula sebelum minum. Baca lah selawat sebelum minum….

gambar buah zuriat, googled

gambar buah zuriat, googled

~Doa di depan Kaabah. Ini kalau boleh buat insyaallah akan dimakbulkan Allah. Doa kami disampaikan oleh KakNa my cousin, masa dia buat umrah..

~ yg ni tips daripada Ustaz pagi2 yg bagi ceramah kat Tanyalah Ustaz tv9.

Amik segenggam kurma, blend dengan susu kambing. Minum air blend nya . Buat ni sekali , pastu amalkan minum susu kambing selalu

Sapa2 lagi yg ada tips/petua/cara yg mungkin dah pernah dia sendiri amalkan, bolehlah share ya~~!

… Continue Reading

22

syukur padaMu Ya Allah

alhamdulillah sangat-sangat.

dengan berita gembira ini~~~

korang dapat teka tak? :) )

.

.

saya sudah pregnant!!!

baru lagi…dlm 5~6 minggu. masa aku sangat emosi tulis ini,  tah tah dah ada ek? hehehe.

sebenarnya kitaorang mmg dah ada appoinment jumpa Doktor Pakar, baru 1st appointment, cek-cek dah pregnant! syukurr sangat.

bersambung lagi lah cerita ni ya, dilanda sindrom malas lah. Nak MakeUp pon malas! Aku yg gila online tiap hari, kalau tak online rasa tak lengkap hidup, sejak pregnant ni, satu hari tak ON laptop pon aku tak heran. haha.

pelik sungguh perubahan dalam badan ni. sapa ada cerita/nasihat pasal pregnancy, share lah ya~~

*dan saya mintak rakan2 semua doakan agar pregnany kali ini selamat hingga ke akhirnya. amiin*

doa hamil

… Continue Reading

Related Posts with Thumbnails
Pages ... 1 2

Switch to our mobile site

WP SlimStat

Featuring Recent Posts WordPress Widget development by YD