0

fasa malas melanda lagi

mekna PA kat ofis ni bagi komen ‘tak update blog ke hari ini?”

huhuhu.

sekarang ni fasa malas. ada byk faktor menyebabkan termasuknya ke Fasa Malas ini.  entahlah, mood swing je kot.

___________________________________________________

Selalu, yg kita mahu itu tak mudah. atau barangkalinya, tak mungkin pernah mudah.

Sehingga sampai satu masa, kita hanya mahu mengalah.

Lalu,
mengalah itu mungkinkah satu opsyen yg lebih mudah?

dari nonoe, tapi refleks pada mood aku skarang.

4

cantiknya!

stylecovered3

ada kawan suruh buat anak tudung camni. hmmm…..

… Continue Reading

5

Inspirasi Hijab#8; Designer Style

Ramai yg dah kenal designer cun comel lote – StyleCovered ni kan. tgk gambar2 dia di blog dia, wahh mmg designer habis dia ni. Now dia dah ada website sendiri yg jual dress/skirt/trousers yg longgar2 & long sleeve, sesuai utk kita.

Maysaa —-> by Hana StyleCovered.

mari kita tgk gaya2 dia ni…..

inspirasi bertudung3

stylecovered1

stylecovered2

stylecovered4

stylecovered5

Gaya-Gaya Hana StyleCovered ni, longgar2 kan. Sedap aje mata memandang. Kita di Malaysia rasanya terlalu banyak disogokkan dengan gaya-gaya baju yg ketat, tgklah majalah keluaran local kita. baju kurung pun ketat, pastu pakai bra push up sampai terjojol.  kadang-kadang bila tgk budak2 muda pakai jeans, sampai nampak CamelToe! [bentuk itu laa]

Aku pon dulu baju ketat-ketat gak, skang ni segan dengan diri sendiri bila tgk reflection kat cermin. Bertudung, tapi nampak bentuk tubuh. *Malu*

Masih belum terlambat untuk kita semua berubah, slow-slow lah kan. kalau drastik lagi bagus. Insyaallah, kita mulakan dengan baju yg lebih longgar tak melekap, dan melabuhkan tudung.

marilah mari kawan-kawan. [saya mengingatkan diri sendiri juga]

… Continue Reading

5

jawapan kepada persoalan sanggul

Terima kasih pada Cik Tim [klik], yg telah komen, dan beri link blog Ustaz Nor Amin, yg menjawab soalan tentang Berapa Tinggi Sanggul Yg Dibolehkan??

Klik utk full artikel daripada Ustaz

ringkasan dari apa yg Ustaz Nor Amin ulas;

Sanggul tinggi adalah harus apabila tidak menarik perhatian orang lain dan tidak mempunyai niat-niat yang tidak baik sepertimana dinyatakan di atas. Awas!!! Jika sanggul tersebut dapat menarik perhatian orang bukan mahram dan boleh membangkitkan syahwat orang lelaki lain, maka ia menjadi haram dan perlu menukar teknik sanggulnya dari tinggi menjadi rendah. Harus bersanggul tinggi dihadapan suaminya atau berpakaian cantik dihadapan suaminya, kerana ini adalah suruhan agama berhias untuk keselesaan suaminya.

Jika dilihat dari tren orang sekarang ini berfesion seperti sanggul tinggi dan fesion tudung yang semakin hari semakin menjadi-jadi fesion tersebut. Pendapat saya, jika fesion tersebut tidak melanggar hukum Islam atau syariat Islam tidak menjadi masalah. Kalau ia melanggar syariat Islam walaupun bertudung, tetapi berpakaian ketat seolahnya bertelanjang sepertimana yang ada sekarang, maka itu menjadi haram.

… Continue Reading

23

setinggi mana sanggul yg dibolehkan?

2 hari lepas, pagi2 kat tv3 , wardina memakai inner+selendang macam biasa. tapi sanggulnya mak aiiiii. terlalu besar ke belakang, macam err ermm agak tidak cantik, sbb terlalu besar & nampak berat ke belakang.

Sanggul yg tinggi berupa bonggol unta itu mmg dah diketahui (ramai yg tak tahu), haram, mmg tak boleh. Apatah lagi, siap pakai pulak sanggul palsu, semata-mata nak bonjolkan rambut , sampai dah nampak macam kepala alien pulak dah.

pada aku, sanggul macam ni over.

pada aku, sanggul macam ni over. {gambar cuma contoh}

pada mata korang lah (put aside hukum), cantik ke pakai tudung dgn sanggul tingi2 macam alien ni?

errrk~~

errrk~~

sampaikan sanggup pakai sanggul palsu kat dalam tu…

TETAPI,

aku sediri tak pasti, tahap mana yg dibolehkan bila bersanggul & bertudung. mungkin sepatutnya kita semua sekadar bersanggul mengikut rambut yg ada. mungkin cara sanggul guna Anak Tudung Nara pon tak sepatutnya….

sapa2 yg tahu, ada pendapat, boleh share ya

pada kita semua yg suka bersanggul, belum terlambat utk un-sanggul kan rambut kita :)

hadis ttg bersanggul ni haram ;

Daripada Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda :

2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga.Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.

* Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim,Imam Ahmad,Imam Malik dan selain mereka.Hadith ini adalah hadith sahih.

SILA BACA KOMEN-KOMEN, banyak info yg berguna untuk kita sama2 membaiki diri~~

… Continue Reading

7

ceriakan hari anda

pelbagai cara nak menceriakan hari kita. hei, hari yg ceria penting utk kesihatan jiwa raga tau! hehe

rasanya, semua org ada cara masing2 kan. Macam Izyan ni, combination ATNara + Selendang Kuning ni OH! sangatlah membungakan hati pada setiap mata yg melihatnya.

anaktudungnara

macam rebecca bloomwood dalam Shopaholics, mmg ceria sungguh baju-baju di. OH! mcm Cikgu Kaunselor dlm Glee tu jugak , cantik2nya baju dia ~~

Jangan takut nak pakai warna yg ceria (ramai org macam settle for colour yg dull kan), orang akan mengata ke? kalau deorg cakap apa pon apa salahnya kan?kan?

Yg penting, bila kita pakai baju warna2 ceria /tudung/innerware sekali pon, percayalah, bahawasanya walau sekelumit pon, hari kita pasti lebih berwarna warni!

apa yg lebih penting dari hati kita sendiri , kan kan kan?

hehehe

OH, gaya DalzButtonCraft [klik] ni pon super-ceria tau!

kalau pakai baju hitam+seluar hitam, ceriakan dengan Anak Tudung/Inner yg berwaarna skit. atau guna selendang & ikat macam gaya kat post bawah ni….

… Continue Reading

6

Layering; Selendang Nipis + Anak Tudung

Kadang2 kesian tengok Selendang yg coraknya cantik2, tapi jarang dipakai , sebab malas nak melilit.

Selendang/Shawl panjang yg nipis, tapi corak shawl selalunya mmg cantik2 betul kan. susah nak dapat yg corak cantik camni kat Kain Jersey/Tudung Bawal etc…

So haritu ada member dia buat Layering Selendang + Anak Tudung Nara + Selendang yg pakai as tudung. So kiranya dia pakai 2 helai selendang lah.

tapi gaya tetap sama macam kat bawah ni…[yg ni pakai ngan Tudung Syria Kosong]

Selendang ni digayakan macam pakai Scarf (org putih kan suka lilit scarf kat leher)

Selendang ni digayakan macam pakai Scarf (org putih kan suka lilit scarf kat leher)

ATNara + SElendang

ATNara + SElendang

gaya macam ni pon boleh, pink kan kat bahu

gaya macam ni pon boleh, pin kan kat bahuyg bertentangan

Cara pakai senang aje  5 saat shj!

1- pakai ATNara

2-Pakai Selendang kat kepala cam biasa, Ikat Kat bhgn Belakang Tengkuk. [macam pakai Key]

3- Masa ikat, sebelah selendang kasi panjang, sebelah lagi pendek aja, sorok bawah tudung .

4- Juraikan aja Selendang yg kat depan tu –> Gaya Macam Scarf

5. Atau; Pinkan kat bahu yg bertentangan .

yg Tudung HItam dalam gambar tu ialah Tudung Syria Kosong.

Sapa nak boleh Pre-Order kat Butiknara, email to me ya lorongsetia8@gmail.com Warna2 boleh pilih mengikut warna AtNara

~~rasa macam Spring Time pulak, bila angin bertiup-tiup & Selendang Melayang-layang. hehe~~

… Continue Reading

1

Double N

mungkin ada yg dah baca entry ini dalam RedMummy.com

KakRed called us Double N, Nizam & Naf, hahaha, aku pon baru perasan.

+note, saya juga manusia biasa, kadang2 birthday kad tu mmg lupa nak hantar, nak wish pon mungkin lupa/lambat.

+tapi kalau claim,  insyaallah itu mmg kami akan cuba sedaya upaya settlekan tanpa perlu client susah2 naik turun sendiri.

+cecah 5 angka? eheeee betui ka? jawapannya , mmg possible nak dpt 5 angka kalau usaha , mana2 kerja pon sama, masih sedang berusaha keras~~

…well. sila lah baca ya Tulisan RedMummy ni…tekan baca lagi kalau berminat nak tau pasal Double N …..

Hey readers, salam and kabarin semua?

Untuk pertama kalinya aku nak buat promo yang very the direct, tak payah nak pusing2 cakap coz 2 points penting je aku  nak share:

1.Korang mencari insurance untuk peribadi, keluarga, anak2, ibubapa, or ada kawan2 yang dok galau carik insurance?
2.Korang nak buat part time/full time menjadi insurance agent?

… Continue Reading

Related Posts with Thumbnails
Pages ... 1 2

Switch to our mobile site

WP SlimStat

Featuring Recent Posts WordPress Widget development by YD