2

Pengumuman penting ButikNara~~

**UPDATED: Senarai harga baru KLIK SINI~~ kat bawah gmbr2 ada senarai harga


Ada beberapa  pengumuman ya daripada saya;

~~~~Mulai 2hb April~~~~

1.  Semua urusan ORDER butiknara akan dipindahkan ke —> http://butiknara.com & http://butik.beautifulnara.com sahaja. no more order guna lorongsetia8, page order form [kat atas tu] akan di-link ke ButikNara.com~~

dah tak letak order form kat sini ya~ . Korang cuma kena register kat situ & buat order. Lagi senang nak view all products.

2.  Kenaikan Harga Anak Tudung Nara @_@ [anak tudung nara sahaja ya, klik sini utk pilihan warna]

yes, setelah admin (me & Kak Izan) berbincang panjang, kami terpaksa buat kenaikan harga ni.  Kenapa?

masa mula2 produce anak tudung nara, kami langsung tak terpikir yg anak tudung nara ni akan famous/laku/ramai beli. kami tak amik kira beberapa kos, yg patutnya kitaorg kira. So, utk win-win situation antara korang [pembeli] & kami yg menjual…. harga baru ialah

RM12

TAPI

TERMASUK KOS PENGHANTARAN yg akan guna pos ekspres + pos laju sahaja. no more pos biasa kerana kami tak boleh nak amik risiko postage hilang tengah jalan anymore.

Tapi kalau korang beli banyak (4 helai ke atas) akan ada diskaun, sebab kami bukanlah tamak benorr nak byk untung, kami cuma nak tampungkan kos2 ekstra yg wujud , yg dulu kami tak terpikir pon akan wujud,.Yelah, dulu kecil-kecilan, senang nak manage, skang ni ..alhamdullilah , makin byk order…. cuma tu lah….

… Continue Reading

5

Contest Anak Tudung Nara~afundi mereka

Hai, masa yg dinanti-nanti sudah tiba, untuk Mengundi

~~~~~~~Gaya Kreatif Anak Tudung Nara. ~~~~(klik utk baca syarat2 contest)

Ok,kami baru je compile gambar yg dihantar oleh korang…so inilah dia peserta2 kita yg telah hantar gambar posing depa, memakai anak tudung nara~~~ yey, [tepuk tangan skit]

**~Korang boleh undi 2 peserta sekali undi, tekan lah byk2 kali suka hati korang lah. Sapa yg ada blog, boleh copy & mintak pembaca2 blog utk undi korang**

oklah…inilah dia peserta2nya..jengjengjeng

Photobucket

Canana

Photobucket

Naiza

Photobucket

Yanie Melaka

Photobucket

Marlia

Photobucket

Norita

Photobucket

Kak Mashita

Photobucket

Cikgu Ili ->http://ilizuki.blogspot.com/

Photobucket

CZ

Photobucket

Peanut

Photobucket

As ---> http://mrsnoelkhairulniza.blogspot.com/

boleh pilih warna2 anak tudung nara yg ada kat sini—> KLIK

… Continue Reading

3

hampir ku ….

sesungguhnya saya ini mmg bukan manusia yg penyabar.

hampirku hilang sabar (dah hilang dah pon ni) bila streamyx kat umah ni rosak, tak dibaiki udah 3 minggu.

hei, bagaimanakan Family Nara yg gila internet ini hidup dgn hanya satu broadband ini?

nasib baik ada satu broadband..kalau tak, aku bisa saman TM sebab menurunkan produktiviti ButikNara/BeautifulNara/Amazing Nara …dan blog2 yg lain yg IP add nyer sama semuanya.

**Oh harap maklum kepada org2 yg salah faham, saya bukanlah penulis BeautifulNara ya, saya cuma kakak kepada Bangnara (empunya tuan badan) , tapi mmg kadang2 aku incharge bab adverts utk BeautifulNara. skang ni pon dah sangat busy dgn Prudential + ButikNara….sudah enggak ada masa menjenguk BN..

BeautifulNara –> BangNara yg punya

Amazing Nara —> kadang2 encik suamiku, kadang2 aku update, kadang2 BangNara, kadang2 takde org update..hehe

ButikNara—> me & my sis in law. BTW, kalau ada email korang (order guna butik.beautifulnara.com belum dijawab emailnya….haraplah bersabar ya~~~ My SIL bercuti sampai semalam + dia pregnant somemore, so tunggu je ek email2 anda di reply ya~~~

.

Oh, mujurkan Encik Suamiku seorang yg saaannngaaatttlah penyabar. Well, opposite attracts kan?, selalu dia ingatkan aku suruh ‘chill’. relax laa sayang, chill la babe, ‘u can be right or u can be rich’.

yes darling, saya akan belajar utk sabar… sabar dgn karenah orang, sabar dgn TM yg dah masuk 3 mggu nak betulkan kabel yg putus …..

& utk anda2 yg order juga, sabarlah ya! kalau korang dah buat payment, order korang akan dipos pada hari isnin/rabu/jumaat sahaja. Kalau korang bayar pada hari isnin tengahari, akan lah di pos pada hari rabu…Sebab batch hari isnin cuma utk org yg bayar sampai ahad malam jer….

***Pastu kalau pos ekspres amik masa 1-3hari nak sampai, pos biasa guna stem tu maybe dlm seminggu. Sabar lah yer! kalau korang nak anak tudung tu cepat, haaaa cepat2 order. ……. kalau postage bila dah dipos amik masa lama mungkin posmen tu cuti ke, tu bukan kuasa kami ek……

(ni tahap hampir tak larat nak jawab email satu2 tanya bila parcel korang boleh sampai yaaa~~ @_@)

terima kasih encik posmen tlg uruskan parcel kami :)

terima kasih encik posmen tlg uruskan parcel kami :)

2

kepulangan yang dinanti

KakNa (my cousin) pegi umrah 2 minggu lepas, patutnya dia balik hari kamis lepas, tapi delayed sampai ke ahad ni.

sebabnya.

Dia pegi umrah bertiga dgn kawan baiknya, salah sorang kawan dia meninggal dunia di Yaman (transit nak balik Msia), meninggal dunia lepas amik air semayang utk smyg magrib…

kematian itu pasti.

yg tak pasti itu masa, tempat dan cara nya.

tapi kita boleh berdoa minta dipermudahkan urusan ajal kita…..

bertuahlah sungguh arwah, meninggal dunia dengan cara yg elok, dlm keadaan berwuduk..dalam masjid.

Hidup ini
tak berakhir dengan mati
ajal hanya perpindahan
daripada mimpi indah
menuju alam abadi

Dunia ini
sebuah persinggahan
titian dalam perjalanan
bukan pengakhiran
bukan destinasi

Hidup, sebuah perjalanan
Maut, sebuah perpindahan
Dunia, sebuah persinggahan
Akhirat, sebuah destinasi

titian ini singkat
namun
penentu pada pengakhiran hakiki

Buatlah pilihan
sebelum sampai ketentuan
maka tiada lagi pilihan

Nukilan dari blog Arena Puisi



… Continue Reading

3

warna warni kehidupan

aceh, sebenarnya warna warni anak tudung nara yg baru. hehehe

ada 5 warna baru ya~ Orkid//Gold//Magenta//Petronas//Ocean


Photobucket

Gold+ anak tudung syria hitam

Photobucket

gold akan menggantikan Oren ya~~

Photobucket

koleksi hijau akan ada --> hijau // petronas

Photobucket

dark purple dah discontinued, ganti dgn MAGENTA, ungu tetap ada

Photobucket

koleksi pink ada : Orkid//Striking Pink // Light Pink (not in this picture)

Photobucket

Ocean Blue, dekat sangat dengan warna Turqoise, so turqoise akan diganti dgn warna lain next week ya

***anak tudung nara sekarang menggunakan Kain Lycra berkualiti tinggi. harga maintain sama tau~~~ kalau mahu borong email kepada lorongsetia8[a]gmail.com. order biasa klik sini

… Continue Reading

12

Anak Tudung Syria (Baru)

anak-tudung-syria

Ini ANAK TUDUNG SYRIA batch baru tau, lain dengan yg duluuu tu. Yg dulu tu lagi nipis + kainnya tak cantik sgt.

Ciri2 anak tudung syria batch baru ini..

+ COtton tebal skit (compare yg dulu)

+warna cantik

+boleh muncung jika korang tetas kat belakang skit

+ RM8 (tidak termasuk pos) –> kalau beli ngan anak tdg nara, combine sekali harga posnya)

cth: beli anak tdg nara 3 helai —> RM35 termasuk pos + 1 syria RM8 shj.

+ panjangnya tidak sepanjang anak tudung nara – dlm 20-22cm

Syria Hitam (dlm gambar atas takde)

Syria Hitam (dlm gambar atas takde)

PLUM

PLUM

RM8 tau, sapa email tnya harga ni, tambah rm1 utk yg bertanya tu~ hahhaa … Continue Reading

13

Skirt Labuh Chiffon cute miut

*_* sorry ya darling, yg tertunggu-tunggu itu. (yer, awak ler tu :p )

ini dia, sudah puas aku posing sama skirt2 yg tak seberapa ini. Kat Jalan TAR harganya RM39 dong~ . kat sini cuma RM35 ya. pos tidak termasuk.. if beli sekali dgn anak tudung/lain2 kat ButikNara.com, akan dapat special price :)

ciri2 skirt;

+ chiffon

+labuuuuhhh, 110cm

+ jarang skit w/pon ada kain dalam as 2nd layer tapi cuma takat lutut. pakai depan suami ok je :)

+coraknya cantik bangat, bila pakai sangatlah feminine

+actually ianya ialah dress yg smoky kat dada tu, tapi boleh dipakai sebagai maxi skirt

+korang tgklah sendri ~~

Photobucket

Peacock-sold

Photobucket

Pink Saree - BOOKed! finish, akan restock kalau ada stock lah :p

Photobucket

Earth Tone - SOLD!

Photobucket

bubblegum

Photobucket

RedBlue - SOLD

Buat masa ni, ada 5 helai ni je~~ kalau sambutannya meriah, insyaallah akan ada lagi ya..

siapa cepat dia dapat lah ya…order melalui email ke lorongsetia8[a]gmail.com

OH! juga Selendang Signature ButikNara (chewah~~) juga sudah ada, sila klik ButikNara.com ya~~

Photobucket

Selendang Nara -Purple, ada pink/turqoise/brown/merah/hitam

… Continue Reading

7

guru, gigih sungguh usahamu

bukan, hari ni bukan hari guru.

tapi tadi aku ke sekolah untuk jumpa dengan cikgu yg nak amik takaful utk anak dia, aku gi sekolah rendah. wah, actually ini 1st time gak aa aku gi sekolah rendah, selalunya client cikgu-cikgi ku kat sekolah menengah. oh, pernah sekali pergi sekolah rendah tapi tu sekolah elit gila, so budak2 tak berlari-lari pakai stokin je.

berlari2 tanpa kasut...

berlari2 tanpa kasut...

baju putih dah jadi kelabu. bising tu takyah cakap aa kan. wah, hebat lah cikgu-cikgi boleh control budak2 beratus2, berlari sana sini, bergaduh…memekik toksah citer lah kan…

IMG01116-20100324-1608kalau aku mau pengsan…

kekeke

tapi yg sedih, ada sorang budak ni panggil aku ‘makcik’. Adeehhh~~~ gugur jantung den. tua  dah aku ni di mata budak2 sekolah rendah. bukan pangkat kakak dah…baru lah i sedar.huhuhu

makcik Naf...

makcik Naf...

DSC_1205

Ada org lain tulis kat blog dia jenama2 baju yg dia pakai, aku nak try ah~

Baju: beli kat opis, Mekna (secretary ofis) jual…

Seluar: beli ngan Mekna Gak, jenama chokia

Tudung: @ButikNara.com (belum keluar lagi kekeke)

Kasut : Vincci aja deh

Inner panjang tu: FOS

Anak Tudung Oren: ButikNara.com

Aksesori: Botol Air dapat free beli milo kot

hehehehe….gila siot jenama baju aku! hehehehe (why people nak kena gitau jenama mahal2 dia pakai eh? well…. hmmm.:roll:

… Continue Reading

Related Posts with Thumbnails
Pages ... 1 2 3 4

Switch to our mobile site

WP SlimStat

Featuring Recent Posts WordPress Widget development by YD