Nihon Tabi 3: Gap Okayama
Nihon Tabi 2 : the little things
lupa plak nak translate. Nihon – Japan, Tabi – Trip. Nihon Tabi – Japan Trip.
Jepun ni mmg tiptop lah utk `Service`….
harini 2nd day, shopping day!! hehehe. pegi balik kat Gap tempat keje lama, sekali ada sales beg la pulak. huhu. pastu terjumpa NYX kat sini……

suka jumbo pencil NYX. 900 yen - RM 35 ....murah gak aa. NYX takde kat msia, tapi selalu tgk minah2 kat Youtube pakai NYX
jya , bersambung lagi ek!
Nihon Tabi 1: Spring ????
Konnichiwa~~~~Cuaca agak panas kat sini. tapi malam sejuk masih lagi sejuk. Rasa macam mimpi pulak dah sampai… huhu.
banyak benda dah berubah kat Okayama….Bangunan tempat turun naik belajar dulu, dah ada lift! haha. Nesha, dah ada Female Toilet everyone. Dulu ada satu je toilet utk ladies, buruk pulak tu! now dah cantik sgt….. Bangunan pon dah berubah jadi cantik..
….. aaa, bersambung lagi lah. tadaa! … Continue Reading
packing…
mual & pening kepala…semua benda aku nak bawak. huhuhu.
tamak haloba.
beg pon besar , boleh masuk airil rayyan dlm ni…
oh, btw…ada 2 warna baru anak tudung nara.
gambar2 maxi dress + Jacket
tengah2 dok packing, barulah aku sedar yg aku takde Seluar/Pants/Jeans yg SELESA nak dipakai utk trip ke jepon ni. Samada seluar tu slack yg pakai gi keje, Jeans yg dah ketat kat pinggang sakit perut aku pakai, Pants yg longgar sbb dah stretch. aiseh…
So, TERPAKSALAH aku bawak dress2 itu….ngehngeh
Easy breezy tapi dlm mmg kena pakai leggings aa kalau tak ketaQ weh…
gaya2 maxi dress dipakai dgn jaket…
counting down to japan
tinggal harini dan esok aja! WOHOO
visa dah selamat siap, 3 kali aku kena gi Japan Embassy. haish. OMIYAGE (=souvenir) dah beli.
yg belum ialah packing. eh, ada lagi benda belum beli…utk pakai ngan dress tu. hhuuuu, mmg suka last min . kekeke
anyway, kepada semua orang yg mahu order Anak Tudung Nara, silalah buat payment selewatnya hari esok, selasa pada pukul 5 ptg ya. Utk di pos selewatnya hari Rabu. Siapa byr harini sebelum kol 1, akan dipos hari ni jugak.
Kalau bayar pada hari Selasa malam – Khamis, akan dipos pada hari Jumaat. Akan ku mintak tolong partner ku utk pos kat korang ya.
Pastu meh aku nak jwb soalan2 berkenaan pos ya;
1. Semua anak tudung akan dipos secepat mungkin. Biasanya sehari lepas korang bayar.
2. Lepas dah pos, akan diberitahu (ada gak aku terlupa), so korang boleh cek kat website Pos Malaysia utk track postage korang tu. Biasanya 2 hari dah sampai, kalau dekat. Tapi kalau jadi macam kes raya cina tu, mmg delay lah. Sebab depa cuti lama.
3. Kalau korang order, tapi aku tak reply dlm masa sehari, cuba EMAIL balik tanpa menggunakan order form. Ada email yg tak sampai langsung, ada yg masuk spam box.
4. If lepas order, korang nak tukar kaler, pls highlight (guna font warna merah ke….) atau better bukak satu email lain dgn tajuk – tukar warna. Sebab kadang2 tersilap gak…yelah, sekali sehari yg email adalah dalam 10 org..time pick sampai 20 org. Pengsan weh….
So harap semua org bekerjasama & bertimbang rasa jugak ek….jgnlah marah2 kalau lambat sampai, marah abang posmen ek. hehehe
belonnya terlepas..
semalam aku ada appoinment kat Mont Kiara. biasalah area situ ramai sangat GAIJIN ( = org asing).
ada seorang budak comel ni…alahaiiii comelnyaaaa. rambut blonde, mata biru laut! indahnyaaa ciptaan tuhan. 
tetiba masa dia berjalan2 tu…angin tiup kencang, belon yg dia pegang tu terlepas! pastu adalah sorang pakcik Korean ni, tolong kejarkan belon tu.
jauh gak tu belon tu terbang…nasiblah ko comel, mmg org sanggup buat apa saja. hehehee
Tapi lepas dapat balik belon tu…dia tak mau dah belon tu….
huhuhu…
… Continue Reading
Gaya anak tudung 2 lapis
Dalila pakai gaya macam ni. cantik sangat!!
cuma anak tudung yg striking pink tu , bukan BUTIKNARA punya, sebab tu ada nampak jahitan tu ek. if anak tudung nara, insyaallah takde nampak jahitan, sebb kami buat 2 lapis utk bhgn yg nampak tu….
Dalila sarung sekali 2 lah. Ada org tanya, Farah Adeeba buat camtu ke? hmmm. samaada dia sarung sekali 2 atau 3, ataupon mmg dah jahit sekali….
boleh je buat.
cuma, kami tak buat . nnt jadi mahal, pastu takleh nak pakai satu2…rugi gak kan..
Lagi satu, ada org tanya, kenapa bila dia pakai, nampak ciputt je kat dahi?
kalau saya, masa pakai tu, saya lorotkan anak tudung sampai ke leher dulu. pastu baru sarungkan ke kepala. So rambut masuk semua dlm anak tudung, pastu….boleh pakai anak tudung ikut keselesaan.
Sama ada nak tutup sampai kening ke…nak tutup dahi je ke….





















