bangkok oh bangkok
dalam byk2 tempat, bangkok jugak aku teringin nak gi. bulan 1 ni insyaallah. ada kena mengena ngan Butik Nara. tapi macam takut kan nak pegi bangkok, sbb dalam cerita Bridget Jones tu kan dia kena masuk lokap sbb ada drugs dlm beg dia. pastu dalam cerita Bangkok Dangerous pulak, kena copet masa kat market.
aiseh, ramai dgt org jahat ke kat Bangkok?
anyway, aku nak gi gak lah, macam bes pulak. time ni je nak pegi..kalau nnt family vacation kenalah pegi tempat yg family friendly pulak….definately Bangkok is not a family friendly place to go lah kan…
hmmm…
sesapa penah gi bangkok pls advise tempat mana saya patut pegi ok. eh tempat mana best shopping juga ya..
cuti raya haji, yg tak macam raya
hmm, apa nak jadi nih, tak rasa raya langsung kali ni. rasa macam duduk kat jepon. hehehe. itulah dia kalau beraya kat kl ni, mak bapak balik kg taknak ikut….so, raya ala kl lah jawabnya.
tapi masyuk gila tengok movie sampai erm, 7 movie kot. movie marathon, start dengan cerita New Moon, tgk kat wayang. tak puas hati tgk new moon sebab ceritanya yg terlebih romantik ..so, kitaorg gi beli 5 dvds, balik rumah layan sampai lebam hahhaa.saya rekomen korang tgk cerita Orphan, bes gila.
esok monday, back to work!
oh, btw, sesapa yang tengah cari aksesori/costum untuk Retro Look, kat kedai ni ada jual barang2 utk Party Look. kedai ni ada kat SS14 PJ, sebelah Watson. lupalah nama kedai ni…
oh, telah terjumpa satu online shop ni promote baju2 vintage. sesapa yg bertanya pasal baju vintage tu, blh lah tekan sini ya...online shop vintage dress/tops
gaya maxi dress , lagi??
ini maxi dress kegemaran ku. sebab panjangnya cukup panjang, dan berangin je pakai. yg ni yg beli kat bazzaar Curve.
kalau hari bekerja, aku akan pakai jaket atau blazer hitam. kasik nampak formal skit lah. lagipon sejuk nauu dlm ofis ni. Time pakai ni hari Sabtu..leisure day..
takdelah Stylo mana, tapi saya rasa bess kerana err.kerana ianya Maxi Dress. bila pakai dress instantly rasa cun. wahahahhaa . Apa yg penting apa kita rasa………..I feel good~~ . tak kesahlah apa org kata… ^_^
Jualan Tudung sudah bermula~~
Yeah YEah,
kami dah setup satu web khas di bawah BeautifulNara.com,
Butik.BeautifulNara.com —-> BUTIK NARA
Sila tekan sini utk terus tengok warna-warna ceria tudung yg mungkin anda berkenan dan kemudian terus order 10 helai! haha
Harap korang boleh bersabar, sbb memang tak fully setup lagi website ni, jadi kalau apa2 kekurangan tu …. akan kami baiki kemudian hari. Yolah korang pon asik tanya bila nak kuar gambar jualan tudung ni…..
kalau korang nak tanya sebelum membeli..boleh aja, email ke butiknara@gmail.com atau ke lorongsetia8@gmail.com.
OH, lupaa……..dulu aku kata harga RM35 ek ek??
harga sehelai tudung lycra lembut ala ariani bila pakai terus cantik..
cuma RM33
selamat menjamu mata~~
pegi gym 1st time
aku rasa, inilah kali pertama aku pegi gym utk exercise seumur hidup aku. hohoho. dulu2 penah masuk gym tapi hmmm….macam tak pernah workout. masuk saje je kot. entah cannot recall at all …
kitaorg pegi gym yg masuk per entry aja, rm7, murah aa. dah la lawa tempatnya. kat Kelana Jaya.
serius aku mmg kurang bersenam dan berpeluh. tu yg senang benar rasa letih, badan tak fit langsung. harap2 boleh pegi atleast seminggu sekali pon ok apa. kasik kuar peluh & jaga jantung. apa ingat muda2 takleh ada sakit ke?marilah kita bersenam kawan-kawan….
jualan tudung
maap lah korang ek, tergendala skit tudung ni. ingatkan boleh UP by today, insyaallah by isnin ek.
masalahnya bukan apa….nak letak amik gambar kasik terang skit , kasik korang nampak betol2 warnanya. kang takut korang tgk kaler lain, bila sampai kaler lain… haru biru kanng.
anyway, yg ada dlm gambar kat prebiu tu…semuanya ADA STOK ada org dah sms/email COP kaler, sesapa nak buat begitu blh lerr
menjawap soalan2 ditanya:
1- tudung scallop & corak takde lagi, ini mmg kat kedai pon takde. kena tggu bulan 12 katanya.
2- Selain tudung, hjg bln 12 insyaallah brooch korea pulak , & hopeefulllly maxi dress lawa2. aku dah cop 5 helai utk diri sendri kekekkee.

























