4

gambar2 time raya

ni gambar raya masa kat kelantan. aku pon baru tgk….upload sket kat sini utkpeminat BeautifulNara hahhaa.macamlah ramai sangat yg minat BeautifulNara… takdelah, gambar2 ni utk Yah kat Australia & utk masa2 depan aku /family nak tgk. kalau tak letak kat sini…lama2 mesti dah tak bukak folder raya 2009 ni.

tak cukup satu hidang, biasanya 3 hidang utk 30 org..

Bang Nara bersalaman ngan Ayah Ham (pakcik)

Bang Nara bersalaman ngan Ayah Ham (pakcik)

kasih anak & ibu

kasih anak & ibu

adik-adikku, dari kiri :adik no-5, no-7, no-4 & no-6

adik-adikku, dari kiri :adik no-5, no-7, no-4 & no-6

cucu potong rambut atuk

cucu potong rambut atuk

penuh sampul poket Bang Nara..sampul kosong ke berisi tuu??

penuh sampul poket Bang Nara..sampul kosong ke berisi tuu??

tahun ni takde gambar ramai2 depan rumah macam tahun lepas, sebab semua orang terlupa! AKu tak balik je, mesti takde gambar raya ramai2. apa tanda tu??? itu tandanya aku ni memang bukan sekadar Manager Beautiful Nara, aku mmg manager utk family aku sekali, mmg berbakat sekali!  kekeke~~~ huhuhu.

gambar raya 2008 Keluarga Besar Cikgu Mat & Mak Bidah

gambara raya 2008 Keluarga Besar Cikgu Mat & Mak Bidah

0

each day is too short

kadang-kadang rasa tak menang tangan nak buat semua yg terfikir. banyak sungguh yg aku nak capai-pasal blog, kerjaya insurans aku, dreams aku yg nak share ngan lebih ramai orang, projek terbaru under brand BeautifulNara, belum lagi termasuk daily chores.

waduh waduh, aku rasa aku perlu gunakan masa masa travel dalam kereta. selalunya pergi balik, secara purata 2jam dalam kereta. kadang2 terbuang macam tu je, selalunya aku tidur haha. nak baca buku dalam kereta takboleh weh pening kepala.

aku pikir aku kena belajar guna laptop dalam kereta lah. update/edit pics/create post dalam kereta. sapa kata buat blog senang? byk masa kena spend depan computer, blogger yg berjaya macam Redmummy sacrifice masa tidur utk blogging. sapa sanggup hari2 tidur kol 2 insyaallah boleh buat duit$$ melalui blog…Beautiful Nara author tidur kol baper? hmm…sekrang jam menunjukkan jam 1236 pagi….jeng jeng jeng…kol baper nak tidor agaknya malam ni??

apa2 pon semua orang ada masa 24jam sama aja. Org2 yg berjaya selalunya tidur sikit, Tun Mahathir tidur 4 jam aje kalau tak silap aku. Tapi aku mmg takleh! Kena lengkap at least 8jam…kalau tak nnt bad mood asik nak marah aje. haha

mari me-maksimumkan penggunaan hari ini…..

0

Undilah BN, ups i mean Beautiful Nara!!

hahhaa. Beautiful Nara telah dicalonkan dalam 2kategori utk asia pacific blogger award.

  1. best entertaiment blog
  2. most influential blog

huhuhu, menjadi tulang belakang BeautifulNara, aku rasa macam agak errmm…CUAK dengan tittle yg diberi. Kena kerja lebih keras to make those tittle betul2 diimejkan oleh BeautifulNara. gila skema ayat daku…

ouh so people, jika anda rasa BeautifulNara layak utk menerima anugerah itu, silalah luangkan 30 saat masa anda untuk menekan link di bawah & UNDI …

terima kasih~~!! (gaya Amy Search)

nuffnang awards

12

Inpirasi Hijab#1: Skirt

Haa, ini dia post pertama yang official pasal inspirasi untuk muslimah bertudung. lebih kepada malaysian yang bertudung lah sebab blog ni kan dlm bahasa melayu. actually aku dok dapat idea untuk post gambar2 inspirasi gaya bertudung ni sebab ramai yang google pasal gaya bertudung, dan aku memang suka fashion, cuma rasanya aku pon kurang berfesyen ni semenjak balik malaysia.

sebab utama aku kurang berfesyen  ialah aku rasa gaya fesyen bertudung kita (melayu) agak terhad. kita dok pakai baju kurung, baju kurung moden, seluar + tshirt, seluar + shirt long sleeve. aku personally asik dok pakai gaya yang sama, so ghairah nak berfesyen jadi kureng sket lah.

sampailah aku jumpa gaya-gaya bertudung dari muslimah reverted baru masuk islam, gadis arab yang daring bergaya…cantik & stylo~~ masya allah memang depa pandai bergaya walaupon bertudung.

so, untuk menyokong usaha aku nak stylo-mylo , korang pon kena sesama lah join the group OK~~. kita start slow & steady lah, memula kita carik gambar inspirasi dulu. kena ada idea dulu…baru lahir gaya sendiri. cewah :p

ok, so 1st inspiration, basic wardrobe for muslimah is a long skirt.

Long skirt memang sangatlah sesuai untuk muslimah bertudung cuma kita malaysian jarang gayakan betul tak?

Selesa weh memakai skirt …. aku memang suka, senang nak bergerak & tak panas. Senang digayakan dengan TUNIC/Long sleeve shirt/Cardigan/blazer/vest, cuba kita tengok sket gambar amik idea nak pakai esok ni..

skirt + Jacket with contrast color+ tudung corak=for work

skirt + Jacket with contrast color+ tudung corak=for work

skirt yang extra-ordinary + ordinary shirt

skirt yang extra-ordinary + ordinary shirt

… Continue Reading

0

gaya berhari raya

masa pegi masjid Shah Alam, aku jumpa seorang minah arab ni pakai baju all white. dia pakai skirt labuh + long sleeve white + white vest + tudung putih + white socks. dia semayang terus pakai tu aja, cantik pada mata aku.

flowy skirt white color, sungguh suci murni di pagi aidilfitri

flowy skirt white color, sungguh suci murni di pagi aidilfitri

pastu bila aku tgk website HijabsHigh.com, ada jugak orang lain yang pakai macam tu.

semuanya putih..the coat sangatlah menawan, white coat~ xramai nak beli tau sbb cepat kotor..

semuanya putih with greenish hijab..the coat sangatlah menawan, white coat~ xramai nak beli tau sbb cepat kotor..

aku rasa tahun depan nak buat tema putih ni lah untuk semayang raya….ouh, untuk Raya Aidiladha ni OK gak kan…skirt putih + baju putih + tudung putih + colourful brooch

2

Pagi 1 Syawal

Dah 4 Syawal pon, camna raya korang? Tahun ni turn beraya kat rumah parents MrNippon so kat Shah ALam lah. Pagi tu kitaorang gi beraya kat Masjid Shah Alam, bersama-sama dengan pendatang asing hehe. Meriah baju deorang pagi raya ni,merelip-relip.

meriah semayang kat masjid....

Semayang kat Masjid Shah ALam, memang penuh~~ segala bangsa ada, Melayu, mualaf, Bangla, Indon, Kemboja…

selipar jepun murah pon kena curi, ish ish ish..

selipar jepun murah pon kena curi, ish ish ish..

Aku pakai baju dari Butik Rimba, yang sama macam Jojo Struys pakai masa shooting cuma aku amik kaler hijau. Terjumpalah jugak sorang yg pakai baju tu cuma kaler lain….cepat2 aku lari kekeke

kaler kuning cair bunga hijau..

kaler kuning cair bunga oren daun hijau..

baju ni aku rasa macam sexy sket lah sebab kain chiffon pastu takde lining, so cam biasa aku mmg selesa pakai baju kat dalam (inner) PLUS pagi raya cari kain dalam tak jumpa pulakk…..so aku pakai tights. I think baju ni sebab bukan tailor-made, agak sexy …..huhuhu, so aku labuhkan tudung so that cover skit. malu i if too sexy.. :roll:

muka suppin ( no make up) pagi raya...

muka suppin ( no make up) pagi raya...

selamat bekerja semua! cun tak new layout, gigih aku menukarnya tau~~~ seblum video projek alpha BeautifulNara keluar, aku ada banyak kerja lagi nak cun kan blog ini…just incase lah kan, tetiba glemer pulak blog ni……hehehehe.

selamat hari raya semua!!

0

Selamat Hari Raya Aidilfitri

kadraya complete

6

bergaya macam minah arab

Utk hari raya ni, apo kata kita try sesuatu yang berbeza dalam pemakaian tudung. Kalau korang ingat entry aku pasal gaya bertudung Oversea, setiap kali tgk Kakak-Cantik-Baju-Oren-Tudung-Gaya-Turban ni, sure  korang (aku pon) nak jadi stylo cam dia ni.

Rasanya Kakak Cantik Baju Oren ni lilit tudung dengan gaya Turban. tapi masih lagi belum jumpa cara dia tu….

Tapi aku jumpa gaya Arab yang sempoi gak aa utk dicuba, boleh try untuk raya. Kalau bosan2 gaya ala-malaysia lilit selendang / tudung bawal, try lah yg ni.
Gaya ni guna sehelai tudung sahaja, senang jugak lah.

Yang ni guna 2 helai selendang, gaya LAYERING.

Gaya ke-3 : macam gaya ke-2 tapi guna sehelai tudung saja.

Selamat Mencuba! sapa try boleh hantar gambar ok~~~ i oso want to try :)

p/s: walaupon gaya tudung ni macam ni, sila pastikan ada layering terutamanya di bahagian dada utk menutup aurat sepenuhnya…..

Related Posts with Thumbnails
Pages ... 1 2 3

Switch to our mobile site

WP SlimStat

Featuring Recent Posts WordPress Widget development by YD