bukak puasa hari ni aku masak
peh, ayat macam jarang masak je ek? haha. memang pon. sebab Kak Ros (my mum) memang superb cook , dan rajin masak, dan sangat sedap menjilat jari so biasanya aku akan tolong aje.
tolong masak tapi tak kira aku yang masak sebab resepi utama tetap dari Kak Ros, ikut arahan dia satu persatu so kiranya dialah masak kan.
2 hari lepas ada kawan adik aku baru balik dari korea habis belajar, touchdown KL aja, mak aku kasi makan sahur daging goreng.
daging goreng aja, tapi terbaiikkk punya. dia siap puji ‘tak penah rasa daging goreng sedap macam ni’
tapi memang cousin aku puji daging goreng Kak Ros tak leh lawan, memang superb.
sapa nak rasa daging goreng KakRos, jemputlah datang rumah yer..
btw, hari ni aku buat ayam panggang. sodap weh~
busybusy day
hari ni banyak betul tempat nak singgah..
kena pegi subang, jumpa client jap – singgah kedai printing usya kalau ada POSKAD raya, – jumpa client lain kat shah alam mintak sign – jumpa client kat Jalan Duta hantar policy- pegi ofis nak submit borang ada org amik takaful – singgah SATO jap hantar serunding Kak Ros yang orang pesan sambil-sambil jumpa seorang bapa baru dapat anak sulung dia nak amik medical card utk anak…
pastu ada 3 5 quotation/proposal kena email..
feww, sempatkah aku buat semua? insya allah hari ni gonna be a smooth productive day.
i lap my job
![]()

ADIDAS 3 untuk hari-hari aktif di tengah panas matahari supaya sentiasa segar & tidak berpeluh ketiak
tudung murah pon cantik jugak
aku ada beli satu baju ni kat Blook…mula-mula ingat nak amik kaler rich purple ni..

- rich purple…
tapi since aku rasa, banyak dah baju aku yg kaler purple (3 helai ajo), so aku try lah kaler yang selalunya aku tak pandang pon….silver ceroi.

murah aje baju tu, rm32 aje sebab ade sales..50% off. sungguh seronok dapat baju murah yang cantik tapi nampak mahal. haha.
tudung tu, kebetulan aku beli sehari sebelum tu…..order online, tiba-tiba matching plak~~
tapi, 2hari lepas tu … aku pegi usya-usya tudung , sekali terasa tudung murah yang jual kat booth dalam mall ni match pulak ngan baju silver ceroi ni..Rm15 aje, tapi yang penting cantik. bukan harga, betul tak?

- awning tudung ni tebal sikit, bukan macam awning ariani nipis

boleh, matching ke? hehe, belasah ajolah.
tapi satu perkara yg aku belajar dari tudung murah yg awning tebal ni…TAKLEH IRON! aku tergatal tangan iron tudung ni, jadi cair awning ni. tapi tak teruk sangat la….cuma sebenarnya takleh iron sebab awning murahan boleh cair bila kena panasa
Ramadan ke-3
Ramadan adalah tempoh terbaik untuk anger management. korang nampak je aku ok, tapi actually aku ni pemarah gak orangnya. huhuhu
tambah lagi satu azam, saya mahu control marah saya.
insyaallah, 2hari pertama ni so far so good….
|
44. Doa Menghilangkan Marah
|
![]() |
|
Ertinya:Ya Allah! Ampunilah dosaku dan hilangkan marah hatiku dan selamatkanlah aku dari syaitan.
|
salam ramadan
dah 2kali terawikh baru aku nak wish selamat berpuasa. haish, outdated sket. hehe.
actually memang perangai aku camtu, kalau ramai-ramai sebok dok wish selamat hari raya ke, selamat berpuasa ke, aku memang malas nak amik pot. tunggu reda skit, haa baru lah spotlight utk aku wish korang semua, tehehe.
selamat berpuasa, semoga Ramadan tahun ini lebih baik dari tahun lepas, marilah kita mengejar pahala berlipat ganda, insya allah.

Bila aku evaluate diri sendiri, rasanya Ramadan tahun lepas kureeeng berkesan dalam diri aku sendri, sebab kureeengg perubahan. heheh. jadi tahun ni, aku nak list down beberapa perkara, utk peringatan diri sendri sambil-sambil ajak korang semua lah .
1- tidak buat sebarang appoinment pada malam hari, pegi terawih walaupon 8rakaat.
2- berazam untuk gantikan perkataan seperti ‘damn/alamak/aisehman/oh no/etc’ kepada masyaallah/subhanallah/astarafirullahalazim/ya rabbi etc.
3-dengar radio IKIM lebih dari hitz/hot fm.
4-sentiasa berdoa kepada allah, mengadu dan bersyukur.
5 – kurangkan bercakap perkara-perkara lara masa dlm kereta, lebihkan mendengar hal agama di radio IKIM.
Insya allah, aku rasa list kat atas tu agak mudah as a start. marilah mari, kita sama-sama jadikan ramadan ini yang terbaik….




