dugaan & cabaran
Cabaran mendewasakan kita.
dalam hidup perlu dugaan dan cabaran, barulah rasa macam ‘hidup’.
aku rasa, lama betul aku tak terima cabaran, selalu aja pada takuk lama. selalu set appointment ngan orang sebaya aku, orang yang aku kenal…orang yg aku comfortable with.
i have to move forward. to feel alive.
semalam , nizam ajak aku buat kerja gila, direct approach dekat satu sekolah elit kat damansara. sekolah elit yg mana masa pukul 1 budak2 keluar, mercs, bmw , harrier, akan berderet-deret beratur sampai buat 2 lane, pastu akan turun mak datin/datuk/tan sri atau at least mak-mak yang vogue rambut kaler blond ngan spek Dior.
memang keje gila. tegur mak-mak datin (direct approach) menonong macam tu.
talking about getting out of the comfort zone.
dan hari ini membuktikan, memang mencabar betul jumpa orang yang lebih tinggi duduknya dari kita.
as the result, aku rasa sedikit down sebab aku rasa aku belum tip-top menjawab soalan2 pasal insurans. semua soalan tu aku boleh jawab, tapi tak tau kenapa jawapan yang keluar dari mulut tak sama macam apa yg terngiang-ngiang dalam kepala aku. mungkin kerna aku rasa respect pada orang tu, menyebabkan aku membataskan diri untuk menegakkan pendapat daku. tapi……itulah cabaran, itulah kelemahan diri yang aku baru sedar.
i have to keep challenging myself. i have t0 get out of my comfort zone, set appoinment dengan orang yang aku takut nak jumpa.
kalau aku boleh langkau ketakutan ini, aku pasti boleh berjaya, insya allah.
mountain falls & sea divides
before the one who in his stride
takes a hard road day by day
sweeping obstacles away…
cendol sedap pulak..
tadi gi shah alam pastu balik tu dah gigil2 lapar tapi tak dan nak makan kat restaurant. leceh aa nak masuk parking nak amik order bla blaa…
so aku teringat depan tesco extra shah alam tu selalu dok nak singgah van jual cendol. mana tau ada jual rojak skali, bolehlah makan lapik perut.
sekali…ada yang lebih sedap dari rojak

laksa utara Jitrai Mai

bihun sup utara jitra mai pon adaa
sedap weh, marvelous! sampai tak sempat amik gambar, habis slurpslurppp![]()
sila tekan utk sambung baca … … Continue Reading
satay ikan kat pasar malam Jalan TAR
pada masa aku dan rombongan KakRos pegi jalan tar, masa nak balikkkk sangat2 dah, baru perasan ada motor jual ini..

sate ikan!
satu 10sen…ramai gila beratur! aku yg beratur dulu. pastu brother ni kasik kat orang lain dulu. cet. oh mungkin dia order dulu pastu pegi tempat lain pastu datangbalik. manaaa acii weh. air liur meleleh ajaa tgk sate2 ikan ni dibakar.

last-last aku memang tak dapat beli. sebab drebar dah sampai, Kak ROs (my mum) dah bising nak balik cepat . adoilah…memang kempunan sungguh. sampai la ni dok teringat-ringat ![]()
.
tapi makanan kat pasar malam hari sabtu jalan TAR memang mantap beb. kol 3 dah start…makan terus kat situ, takyah bawak balik, kalau kapasiti perut korang power lah.

kuah laksa berasap
gaya tudung awning dua lapis
sekarang ni famous dengan gaya tudung awning yang ada 2 lapis tu kan.

kain corak dijahit atas awning plain

atau pon, 2 lapis colour yang hampir sama
aku tak suka sangat, tapi my auntie suka …sebab dia kata takdelah kosong sangat, adalah corak sikit kalau beli tudung awning yang tak bercorak.
citarasa masing-masing
. ada banyak jual kat Jalan TAR. harga around RM25-30.

CEO datang melawat ofis
CEO baru Prudential nak datang ofis kitaorang!
wah , agak excited jugak lah. sebab we all ni kan agency….ada beratus-ratus agensi dalam malaysia ni. dia datang melawat branch by branch, setiap branch ada berpuluh-puluh agensi, only a few special yang dia akan masuk.
kelam kabut semua orang kemas agensi…hehehe.
nnt akan upload gambar later!! kang kantoi plak blogging ![]()
++updated++

ofis dah cun melecun

CEO with red tie, semerah logo prudential. aceehhh
kegembiraan hadir dengan pelbagai cara
semalam, i was so literally happy sebab ada satu claim kes yang pending selama 4 bulan, akhirnya lulus. kes kecik aja, dia warded semalaman coz nak clarify ada gastrik/tidak. bil hospital paid by his employee, cuma nak dapatkan elaun harian masuk wad.
bulan 2/2009 – warded sebab suspected Gastric
bulan 10/2007 – pegi klinik sebab sakit perut.
kes ni jadi isu , sebab pada bulan 10/2007, dia pegi klinik kerana sakit perut. katanya, itu cuma sakit perut biasa, tapi doktor klinik tulis ‘gastric?’. company insurans memang akan korek balik ya rekod lama-lama, JIKA client masuk insurans less than 6 months tapi nak claim untuk penyakit yang boleh re-occur.
so, prudential taknak bayar lah sebab masa dia enroll rupanya dia dah ada ‘gastric?’. mana-mana insurans company dalam dunia ni memang takkan cover existing illness. so, client ni dikatakan tidak jujur masa masuk insurans ; dia ada gastric tapi tak declare.
sebenarnya, sakit perut tu cuma sakit perut biasa…ala, biasalah nak MC. so, jenuhlah aku tulis surat cinta kat prudentialbsn, kata ini bukan gastric, cuma sakit biasa, amik report dari doktor yang sama 2 kali… tulis lagi surat cinta, kata yang ini bukan penyakit yang sama.
akhirnya selepas berbulan-bulan , akhirnya Prudential BSN takaful pon katalah ; Oklah kita bayar ajalah… sebab client is not aware of the illness.
yey! gembira sangat sampai melompat-lompat, siap peluk Nizam sebab happy sangat, macam menang kes kat court! ![]()
walhal, claim RM300 aja….
moral of the story ada 2;
1- kalau sakit perut biasa, dont tell the doctor that u have gastric. kes berat tu! sama macam migrain, kalau nak MC, jgn guna alasan migrain, cakap aja saya malas doc pls gimme MC.
2-carilah ejen yang sanggup fight utk anda. kekekkee. masuk bakul angkat sendiri daaa~~~~![]()
selendang yuna
ramai yang google tentang gaya selendang Yuna, masuk dalam blog ini. oklah mari kita cerita tentang fesyen tudung yuna.

Gaya Yuna memang cantik, sesuai dengan umur dia. bergaya up-to-date, tapi dengan bertudung. dari sumber-sumber yang boleh taktau boleh percaya/tidak , Yuna beli tudung dekat Forever 21. mana ada jual tudung kat situ?!! memang aa…situ ada banyak scarf, Yuna pakai buat selendang. sempoiii. taktau lah betul ke tak… tapi dari pattern dan jenis kain dari gambar yg Yuna post kat blog dia…. rasanya memang sah dia pi beli kat Forever 21.

tapi shawl yg kosong macam gambar atas tu , memang ada banyak di pasaran. OKlah… memang bukan semua yang Yuna pakai forever 21.. tapi kalau korang tengah cara selendang gaya yang checkers/plaid/vibrant colour … then forever 21 it is!


Okla tu… lebih kurang la kan?? ![]()
cantik gaya Yuna, just not my style anymore. zaman gaya funky/ street fashion camtu dah abis …
. insya allah more updates tentang gaya bertudung, makin ramai orang bertudung yang stylo-mylo, bes tuh kalau dapat kumpul gambar buat journal.
marilah ramai2 bergaya, pastu letak gambar tu kat sini jom. (pls upload the pic dalam facebook ya). if one day gambar korang aku post kat sini…. ok ke? hehe. sher, i have one of your pic i nak letak kat sini….
Sharing : website yg menarik
sure korang pon ada byk websites yang korang follow dan rasa sangat tertarik hari-hari mau bukak.
meh kita share.
aku suka ada a few yang best untuk hiburan & yang sangat informasi.
MoneyMoneyMoney – kalau nak tau pasal beli rumah, loan calculator, best loan rate, car rate, semua jenis lah pasal money. belajar pasal duit here.
Apartment Theraphy – my daily fav.

idea2 menjadikan home sweet home
Motivation is like showering, kena hari-hari. http://pravstalk.com/

born to live
Beautifulnara – Gosip Artis. Perlukan ini daily dose jugak, just to keep me updated, malas nak baca PancaIndera/tabloid. baca yg ni senang- terus stret to the point.

bNara
Charles&Keith hehe

bags!
Cerita seorang ibu – Model 80-an. kalau korang baca bloh Hanis Zulaikha, ini mak dia. cool kan mak boleh blogging?

