6

new website

dulu2 pernah follow website ni…but then lama tak bukak, alih2 bukak balik.

this young house

cute sangat rumah deorang ni~~ kalau kat malaysia ada rumah cute2 camni…

anyway, sangat amazing lah fulltime blogger, yang boleh buat duit ribu2 dari blogging online only. pastu siap kena boleh jadi journalist kat magazine/ditaja barang2 free/dapat barang dari peminat…

.

ramai jugak malaysian yg buat duit dari online. just by blogging.

aku reti cari client dari my prudential website aja. insya allah tgh dalam usaha nak tukar ke .com.

anyway….haritu ramai2 adik beradik pegi try makan kat Yellow Cab Pizza @ Kg Baru, KL.

bes weh, sedap gila pizzanya. besar + oishi + berbaloi setiap duit yg dibayar.

pegi la try weh, betul2 depan LRT Dang Wangi – guna old building jadi tempat makan pizza tepi jalan sambil tgk klcc dan kLtower. rasa mcm kat New York skit aaa….

4

alkisah lori sampah

korang sure pernah tgk lori sampah kan. kalau kat jepun, sapa2 yg tertengok lori sampah di pagi hari, deorang percaya tu bad luck utk sepanjang hari itu…eh ke tertengok lori najis. hmm…tak sure yg mana, hehe.

.

alkisah, ada suatu hari tu…tah berapa kali aku ter-follow lori sampah. ada satu kali ni, kat traffic light, no choice, berenti belakang lori sampah.

bau tu tak usah cakap la kan… tapi sebenarnya aku terkejut tgk satu senario. pekerja2 lori sampah ni rupanya akan robek plastik2 sampah yg kita dok isi ikan lah, isi perut ayam lah, nasi basi, sayur semalam…semua benda yg berbau tu, deorang akan carik plastik tu….cari tin2 /botol/ anything yg  boleh di recycle.

kesian sgt!

bayangkan lah…bukan depa guna glove pon. bare hand tu. sanggup tak korang pegang balik sampah yg dah busuk, tah2 dah berulat pon….ish ish…aku jadi kesian dan insaf tgk deorang ni. walhal jual tin kosong /botol tu bukanlah byk pon hasilnya…..

.

start dari hari tu, kat rumah ni aku sediakan satu bakul khas utk isi botol/tin dan isytiharkan satu rumah ;  marilah kita asingkan tin2 air dan botol2 kicap, boleh jual sendiri, atau pon sedekah aja kat tukang kutip sampah tu. sekurang2nya senang sket kerja deorang mengutip sampah kitaorang….

.

kalau kat jepun dulu, mmg kena asingkan sampah yg mmg betul sampah, tin/botol buang hari lain, combustible macam papers kena buang hari lain. dgn cara ni, senang aja sampah2 ni di-recycle ….

kalau sampah campur2, deorang tak kan angkat sampah kita tu, dan akan ada note kat sampah tu   “sila asingkan sampah yg boleh recycle”. kalau deorang tahu sampah sapa tu, siap kena hantar sampai depan pintu lagi. haha. bayangkan~~!

.

i wish we malaysian, lebih rajin dan prihatin tentang hal ni. kalau nak tunggu kerajaan buat mcam jepun – ada hari kutipan berbeza utk jenis sampah yg berbeza – mungkin akan amik masa 10tahun nak educate masyarakat. so, kita kena start sendiri, asingkan sampah & letak kat tempat recycle.

1

Zucca @ Menara PGRM cheras

semalam kitaorang bukak booth kat Menara PGRM Cheras.. the best part ialah kedai makan kat situ. haha. ada satu kedai ni, italian – Zucca. mula2 ingatkan malas nak try, tapi banner yg deorang letak – gambar seafood spagetti , perghhh,  tiba-tiba je aku tau2 kaki aku dah masuk dalam kedai. walhal dlm purse duit ada rm10 aja~~

.

adakah kerna perut ku lapar , ataupon sememangnya sedap??  (rasanya dua-dua) .

lasagna sedap, of course pernah rasa yg lagi sedap; tapi berselera sgt makan~~

lasagna sedap, of course pernah rasa yg lagi sedap; tapi berselera sgt makan~~

.

sup ni cuma RM2.90~! sedap pulak tu, i can tell it's homemade; bukan tin-made :P  garlic bread pulak crunchy tapi lembut. sangatlah comfort food utk perut kosong

sup ni cuma RM2.90~! sedap pulak tu, i can tell it's homemade; bukan tin-made :P garlic bread (RM3.90) pulak crunchy di luar tapi lembut di dlm. sangatlah comforting utk perut kosong

utk semua itu plus teh ais limau = RM23~~ . murah lah tu utk italian, betul tak?

kalau korang agak-agak tersesat ke sini, depan stadium badminton cheras, jemput-jemput lah cuba yer. fuuinki (suasana) kedai agak romantik & lots of personal touch, ala-ala macam cafe-cafe kecik kat Nihon (japan).

Tower 1, Menara PGRM Cheras

Tower 1, Menara PGRM Cheras

7

koleksi tudung baru

semalam pegi rumah siti lagi, amik tudung yg dah siap di jahit. memang puas hati, lawa seh tudung aku. hahhaa.

nanti aku aku blog lebih detail pasal tudung2 yg aku beli tu, ni nak tunjuk kain2 tudung yg dibeli , yg belum dijahit. if korang nak jahit tudung, korang boleh beli kain yg korang suka, kemudian hantar lah pada tukang jahit ..jangan hantar ke tukang jahit baju kurung aja , sebab jahit tudung ni memerlukan spesel skill….

upah jahit tudung antara RM12-25…. harga kain dalam RM20 utk sehelai tudung. so harga kos sehelai tuduung yg ala2 ariani/hajaba/etc yg kat luar deorang jual RM90~100, sebenarnya less than RM50. tapi yelah, mana pulak nak mencari kain sendiri kan.. kalau beli di ariani tu mmg byklah pilihannya…tunjuk & bayar aja :grin:, terus boleh sarung.

ini ada koleksi kain2 yg belum dijahit, cantik…..

sekarang ni kena beli tudung dulu, baru cari baju yg match..:wink:

ada pelbagai jenis pilihan

ada pelbagai jenis pilihan

i like this one~~

i like this one~~

catchy design, kalau pakai mesti ramai org tanya mana beli

catchy design, kalau pakai mesti ramai org tanya mana beli

grrrgrr kaler biru

grrrgrr kaler biru

cantik kan…..?? gerammmmnyaa zenbu hoshi~~~ (nak semua)

0

bila kita di atas…

kadang2 aku rasa hidup ni serba kekurangan, sentiasa aja mahu lebih. ada katil dgn tilam vono enak , aku komplen sebab usianya dah lama. ada nasi lauk ayam, aku makan tak abis. duit, selalu habis entah ke mana.

.

kadang2 rasa , apalah yang aku kejar dalam hidup ni. setiap hari, masa  habis mengejar duniawi. sering kalu aku takut, kalau aku alpa dan sesat jauh dari kebenaran. jauh dari tuhan. aku ingin belajar, belajar mencintai akhirat lebih dari aku cintakan dunia….

bila ku lihat keliling, bila lihat manusia yang serba sederhana, apatah lagi yang tak mencukupi, sayu dan pilu. ada pelbagai manusia dalam hidup ini, ada pelbagai takdir. ada yang meminta2, ada yang sekadar cukup makan, ada yang sekadar naik kancil, ada yang acap bertukar kereta.

sayu hati kalau ku lihat pakcik2 tua bertongkat jual tisu dari kedai ke kedai. tak ada anakkah untuk menjaga seorang ayah? kadang2 aku rasa cemburu, dengan rezeki orang yang lebih dari aku. tapi yang pasti,aku sering alpa.hidup sentiasa diburu waktu.seringkali  maghrib pon masih dalam kereta. subuh, lambat terjaga tunggu matahari terbit. kalaulah kata esok ajal aku….

kenapa monolog sebegini? hati tersentuh baca kisah ini….

tadi masa on the way balik Kelantan, dekat Kuala Lipis, jumpa sorang pakcik tua tengah jalan kaki sambil jinjing beg, lambat-lambat dia langkah. abang berhenti, turunkan tingkap dan tanya nak kemana. relaks je pakcik tu jawab, Kota Bharu. kitorg dah pandang sesama sendiri. biar betul jalan kaki nak gi KB. baru Kuala Lipis weh. Gua Musang pun jauh gila lagi.

abang ajak naik. dia naik, dan sesi soal jawab pun bermula haha cewah soal jawab takley blah. umur 65 tahun. datang KL cari anak perempuan yg dah 2 tahun tak jumpa/dgr khabar atas permintaan isteri yg dah sakit rindu anak. 3 minggu duduk KL duit habis. try carik kerja sbb nak duit beli tiket bas balik KB tapi takdapat. dia tumpang lori sampai Kuala Lipis semalam. start jalan lepas Subuh tadi, sampai lah kitorang jumpa dia dalam pukul 5++ petang. tak makan dari semalam. sedih gila oh. so kitorg berhenti kat Petronas Felda Kecau belikan dia air mineral/roti buat alas perut sebelum berhenti makan dekat Gua Musang Maghrib tu.


dari blog nonoe…

3

Prudential won the Reader’s Digest Gold Award

Prudential menang lagi! (baca ala-ala Tora datang lagi!!)

Prudential Assurance & Prudential Fund as in for Unit Trust investment won the GOLD award for Reader’s Digest Trusted Brands 2009.

macamana/siapa yg tentukan brand mana menang?

Reader’s Digest assigned its awards based on 7,000 responses to questionnaires and telephone interviews from across Asia. Consumers were asked to nominate their most Trusted Brand in 42 product categories. They were then asked to assign a score for each brand for the six core qualites:

  • Trustworthiness
  • Credibility of image
  • Quality
  • Value
  • How well each brand understands consumers’ needs,
  • Its ability to innovate

other than Prudential, GE & AIA also won the GOld award under insurance category. maksudnya, memang this 3 big company memang sgt dipercayai oleh pengguna, sebab tu kadang2 aku rasa terkilan kalau orang amik some lousy medical/life insurance especially those yg takde offer medical card. well…citarasa masing-masing.

boleh tengok results lain2 kategori – minyak masak ke/fashion baju budak2 /beras /etc

menarik gak …..check it out~~ RD Award Winnerl

anyway,i’m so proud to become part of the winning team~~:smile:

5

beli lagi yves rocher

aku rasa aku boleh setia hinga bila2 ngan brand Yves Rocher ni. memang suit ngan my skin, i feel soo pretty (kulit ku ) tiap kali guna set deorang.

bau pon sangat yummy!

sebenornya dah hampir sebulan gak terhabis skin supply , tak terbeli-beli pulak . arini, berjaya pegi beli , tapi tadi beli moisturizer deorang yg paling cikai. yg paling minima lah utk tempek kat muka, boleh guna siang / malam. begitu skali… kan kalau skin care yg mahal2 ni ..yg siang lain, malam pon lain.

saja lah tadi try yg all-for-one moisturizer ni sebab aku tau sgt perangai aku ni…kalau ada yg siang malam, yg siang tu mesti habis dulu dengan kadar kelajuan 3:1. yg aku beli dulu body shop kecik cenonet tu pon aku sedekah kan aja kat bibik indon yg jaga airil rayyan tu. baik kasi dia pakai…tunggu aku nak abiskan, alamat mungkin keras dulu krim dalam tu.

bau sangat yummy, & meresap ke dlm kulit dgn cekap

bau sangat yummy, & meresap ke dlm kulit dgn cekap

PURE CALMILLE

This ultra-fresh, non-oily cream gel, perfect for those summer days, meslts into your skin, to replenish it moisture, vitalty and sense of well-being!

serius- memang tak tipu !

Oosusume desuuu~~~ (highly recommended)

Related Posts with Thumbnails

Switch to our mobile site

WP SlimStat

Featuring Recent Posts WordPress Widget development by YD