0

esok last..

aduh dah serangkap aku karang ayat tetiba hilang puuff. arhhh.

sangat tak sabar nak menghabiskan hari esok last day keje kilang as translator. dah tak sabar nak jadi agen insurans balik. rindu kat meja kat ofis…byk keje nak buat ….jgn ingat agen insurans takde keje yer…keje kitaorg bukan sekadar jumpa orang buat sales, tapi jugak as clerk, accountant, promoter, customer service, life saver, dan jugak CEO (sebab byk sign borang hehe)

but i enjoyed keje kilang for 2 weeks, seronok sebab 2hari beturut2 ada orang belanja makan ….:grin:

.

esok jumaat, (today if korang baca ni di siang hari jumaat)….. sabtu ahad cuti …yahuuuu~~!!

0

prudential no 1

we did work hard for the no 1 title! who i meant by ‘WE’ are…all of the staff, agency force, management & thank you to the clients who support prudential & prudential bsn takaful all the way.

.

insya allah, kami akan ‘jaga’ clients kami sebaik mungkin, so far got complaint kah? well, mungkin ada juga kan….tapi as far as we concern, kalau korang masuk hospital, kami akan bantu dari segi settle claims & pegi melawat etc etc….

.

we deserve it! it was not easy ...

.

actualllyy aa, ada cerita behind being no 1, cuma hmm…ok ke nak citer kat sini aa? wtheck, my personal blog jadi boleh tulis la kaN?:smile:

.

competitor terdekat ialah G-Eastern (u knowlah kan…), they are celebrating their 100th year in 2008, so we decided to give them the best gift ever! by being no 1, hehehe. selama ni mmg lah deorg no 1, tapi dgn perbezaan yang sangat sedikit , dlm emm 7-8 Million . so tahun lepas kitaorang telah dikerah kerja keras, utk mencapai target ni…lagipon lagi satu yg agak sentap ialah, kalau korang lalu depan menara prudential kat jln sultan ismail kl, ada 5 tiang monorel depan bangunan prudential tu, dan GE telah mengiklan kan tentang brand deorang kat situ for years! so as agen company competitor sure lah sakit mata kitaorang memandangnya, so, our CEO kata bila Prudential become No1, we gonna send them 5 buku. 1 book for each director. ” our steps to No1″ …….5 buku = 5 tiang. …

.

hehehe:grin:…. tapi kitaorang tak de main kotor ke apa ok….we work hard, and we deserve the No1 title….. :!:

.

but the hardest part is to keep going as no 1….right? :wink:

.

but now, high expectation of being no 1, i urge Prudential to upgrade the Customer Service ( we r hiring more ppl i think…) ….so guys, if ada problem with ur policy, call the agent, not the CS….

0

mary kay vs Yves Rocher

aku telah diajak ke satu bisnes opportunity at Jaya 33, tentang Mary Kay. pernah dengar tak brand ni?? aku ingatkan grand gila BOP dia, but then agak kebosanan lah jugak selama 2jam kat situ. seriously, aku rasa Avon punya BOP maybe lagi menarik , tak tau lah aku tak pernah pegi.

mary kay jaya 33

mary kay jaya 33

.

jadi aku google lah skit about Mary Kay ni…http://www.marykay.com.my/ tapi tak banyak info yg aku dapat. cuma from what i get from the BOP is, the joining fees is either 281 or 1500. masa dia sebut RM1500 tu, secara automatiknya biji mata aku membesar sambil meninggikan suara, 1500??

.

kakak tu kata, 1500 tu tak mahal. u ada kredit kad? u just pay using your kad. nanti u akan dapat balik duit tu bila u jual barang yang bernilai rm3000 ni.. (pay 1500, get products worth of 3000 if not mistaken)

.

perhhhhh………………..! mmg hebat cara sales deorang, belasah aja guna CC,  bila jual semua akan pulang  modal + untung.  ” u are making profit when you buy, not selling” – mmg cara RObert Kiyosaki betul.

.

adakah dia berharap aku boleh mengorbankan RM1500 setelah dengar talk yang agak celaru selama 2jam?

.

“ok if you tak mampu 1500, u boleh amik yg 281 ni, product ni mmg bagus…”

.

aku yakin, semua produk kecantikan jika digunakan secara berterusan, memang akan memuluskan kulit muka. gunalah Safi/Ponds/Syahirah yang murahan pon, kalau guna secara teratur mmg kulit mulus dan poros , kompem punyalah. tapi ye lah, kalau guna lagi mahal mmg lagi bergetah la kulit muka…

.

masalahnya, i’m not gonna pay 281 or 1500 (lagila) , for a brand i never heard of! & tak pernah try pulak tuh.. at least kasik lah sample….cakap2 aja tak main aaa~~:shock:

.

No doubt mmg bagus Mary Kay ni dari apa kata Mary Kay’s user, but i think i just stick to my Yves Rocher

.

bila aku letak katalog sebelah menyebelah, bila bukak website pon, aku lebih jatuh chenta dgn cara Yves Rocher. bak kata laki aku, lagi hot model Yves Rocher. hahahhaa:eek:

.

p/s : ini cuma pendapat aku ttg BOP Mary Kay, mungkin cara ni sangat sesuai utk sesiapa yg nak jadi Beauty Consultant. yang pasti, aku ni jadi consultant duit boleh laa…bukan beauty….

3

13/Feb Chego Korea Food

we went to KoreanRestoran  called Che Go @ Jusco Bukit Tinggi.  Wan kata:  CheGo = the best : in Korean. tapi aku rasa chego bunyi macam Cikgu… restoran cikgu. bila sebut restoran cikgu, bunyi macam kelakar sebabnya bapakku selalu sangat dikenali orang ramai dengan panggilan Cikgu, siap aku rasa nak tempah plate utk rumah – “Teratak Cikgu”. ok tak abah?:grin:

.

aku rasa kitaorg pegi makan kat situ ada beberapa sebab :

  1. Celebrate 13/Feb. dah 9 tahun since our very 1st dating. :shock:
  2. teringin sangat makan Kimuchi
  3. lapar gilo
  4. nak sngat gi Korea tapi takcukup duit lagi

lepas kawin ni, aku cuma ingat 2 tarikh aja, 13/Feb-1st date  & err..21/Aug 2005  (siot aku slalu kompius tarikh nikah):lol:. tarikh lain macam couple date, dan hapa-hapa lagi anniversary semuanya lupa. nasib baik nizam pon lupe…so tak kesahlah kan…

.

anyway, inilah gambar makanan korea yg memang sodap espcly the Kimuchi w/pon tak boleh lawan kalau gi makan kat Korea sanaaaa…………….(yolah mestilah tak sama kan…)

.

kimuchi ni ciput sangat dia kasik, sekali ngaaap aja abis :p tapi boleh refill...

kimuchi ni ciput sangat dia kasik, sekali ngaaap aja abis :p tapi boleh refill...

dapat 7 jenis side dish, 2 adalah kimuchi, jeruk betik, ikanbilis with kacang (mmg korean style ni)

dapat 7 jenis side dish, 2 adalah kimuchi, jeruk betik, ikanbilis with kacang (mmg korean style ni)

kimuchi soup- kureng sedap coz ada campur miso (japan soup), tak taulah mmg originally camtu or resepi ubahsuai

kimuchi soup- kureng sedap coz ada campur miso (japan soup), tak taulah mmg originally camtu or resepi ubahsuai

ikan on hotplate - this is a bit of japanese i think..lebih kurang macam saba yaki (ikan bakar)

ikan on hotplate - this is a bit of japanese i think..lebih kurang macam saba yaki (ikan bakar)

.

but overall, sedaaaappp & berkhasiat sebab tidak berminyak & banyak sayuran :)

:arrow:restoran CheGo ada di Jusco Aeon BUkit Tinggi & Sunway Pyramid…

after bayar bill, the waitress kasik rose to nizam, “please give to your girlfriend”

auww~~~ i look like a girlfriend to him kaa?? i took that as a compliment hahhaha

2

tgif

i never used that word to express my feeling, tapi kali ni, syukuurrr esok jumaat! habislah 5hari dari 10 hari my translation job. saban hari aku bangun nak pegi keje, mmg dlm kepala hanya fikir $$$$., money-oriented betul keje ni, langsung takde motivasi utk diri sendri..

.

tapi, can u believe that i hardly can remember benda2 itu! diode, semiconductor, PNP NPN transistor, circuit..rasanya kalau suruh aku sambung circuit based on diagram, memang aku nangis kat situ jugak~~

cara guna osiloskop yang aku memang fail

cara guna osiloskop yang aku memang fail

.

kerja translation ni actually sangat membuka mata & minda aku, yang aku ni memang dilahirkan bbukan utk jadi engineer. macam mana tah aku boleh berjaya survive belajar 5tahun pasal electric ni ,but  to think back, memang aku banyak hafal , dari faham. dlm klas practical pon, mmg aku tiru paper kawan2 (not all laa…half of it)….huhuhu.

.:???:

hmm, takpelah, yang penting sekarang aku di jalan yg benar, eh betul….

.

tapi if aku boleh turn back time, i still want to go to japan, tapi nak belajar pertanian, boleh tak? bajak sawah tepi Kaikan Okayama tu~~~:razz:

8

2minggu jadi minah kilang balik

sibuk dok jadi minah bunga, tapi 2minggu ni aku pegang tittle minah kilang jap. back to kilang, can u believe that?? hahha.

.

actually ni cuma temporary job, 2minggu translation job in Klang, i tot keje ni dah tak jadi sebab masa apply tu bulan 11 / 12 tahun lepas, pastu senyap tanpa berita but then tetiba jadi pulak after delayed / ura-ura nak cancel…

.

anyway…

dengan bahasa jepon versi electrical&electronics yg agak  berkarat, so far bolehlah nak translate….coz well,  belajar pasal soldering, and basic………………so agaklah senang jugaklah…………….:idea:

.

lain kali lah citer pasal kilang, mari citer pasal tudung , huhu.

.

pada minggu lepas sahaja, saya telah membeli err…1..2…6 helai tudung yg ada owning keras tu. i know, dulu aku mmg tak suka, rasa cam tak sesuai aja dgn muka ku ini, tetapi akhirnya selepas pencarian selama setahun., ada jugak design tudung ber-owning yg menjadikan muka ku comel …ihiks:wink:

.

contoh 1

owning nye nipis, jadi bila pakai jadi sangat kemas.

owning nye nipis, jadi bila pakai jadi sangat kemas.

.

bukan i sorang je pakai OK, mcna pon kata 'cun!' :)

bukan i sorang je pakai OK, mcna pon kata 'cun!' :)

.

If i sorang try, pastu rasa tudung owning ni OK, mungkin tudung tu sesuai for me only, but then McNa the PA, Naiza, KakNas, My cousins, My auntie ….my mum, my sis-in-law pon kata cantik dan masing2 borong sampai 4 helai average……..maka saya bukanlah bertepuk sebelah tangan…:cool:

.

harganya pulak sangatlah murah RM13, tu yang pakai beli tak hengatttt tuuu….

.

i bought kaler purple, oren (mcm dlm gambar previous post), pink (again), beige, kelabu bunga2, polka dot.

.

nnt i update sumore lah abt the tudung-owning-nipis-yang-cun-kan-muka-si-pemakainya.:grin:

6

beli bunga lagi..

kalau dah addicted tu, takde penawar, layan ajalah dadah …oppss bunga-bungaan tuh. hehehe

bunga kaler kuning, apakah nama bunga ni, siapa dapat teka memang pandai...

bunga kaler kuning, apakah nama bunga ni, siapa dapat teka memang pandai...harga RM3 only..

i oso buy Petunia, comel je bunga ni….

petunia tahan panas...bila dah tumbuh besar jadi camnilah...

perhh..korang mesti imagine garden aku cun gila kan?? hahahhaa…..belom lagi tapi working for it!! nak amik gambar tapi tak sempat pulak…

.

actually setiap kali pergi nursery, disebabkan takut sakat rambang mata, memang rambang pon, sebab tau lah, kat sana pokok2 dibelai diusap dicium oleh gardener yg pro, jadinya pokok2 tu semuanya tumbuh besar/sihat/berbunga.tapi kalau kita bawak balik umah, boleh ke berbunga camtuh? betul tak………………..?? jawapannya….err..boleh kot,  kalau kita ikut cakap tukang jual tu….baca selawat skit masa tanam (petua abah), insya allah tangan yg panas ..akan turn to green finger.

.

oh berbalik pada rambang mata, tiap kali beli pokok bunga, aku akan budget kan RM20 below aja….beli lah within budget, sebab kalau terlebih beli….main belasah je beli nanti mana nak tanam betul tak? so i took it slow….kasiklah pokok2 tu tumbuh membiak sendiri…..

.

macam yg beli pokok kuning tu -rm3 sepokok, petunia rm4 X 3 pokok, plus baja taik ayam RM4 = rm19.

.

oklah..asik citer bunga jer, dah jadi minah bunga aku ni….hehehhee

4

bunga sudah mekar

lately aku ada satu hobi baru yang agak addictive. iaitu, gardening…berkebun…err..(bahasa jepun apa ek, sensei ~~oshiete….!)

.

serius mmg addictive, sebab tak sabar nak tunggu pokok-pokok itu berbunga . so aktiviti berkebun ni jadi aktiviti hujung minggu pagi , lagi satu yg bagus nya ialah memeluhkan badan. if not aku akan tidur ajalah satu pagi dan petang………..at least sihat la jugak bila pegang cangkul ….

.

pagi ni,  baru perasan ada satu rumput (pokok bunga tapi jenis rumput, tataula apa namanya)..telah pon berbunga!! huwaaaa~~ sangat lah happy , ureshiiii~~~ tak sangka betul…cantik pulak tu….banyak pulak tu….

.

tak  percaya?

ohana saku...ippai saitekuree ..grow prettier little flowers :)

ohana saku...ippai saitekuree ..grow prettier little flowers :)

.

cantik woo my garden , err i mean kalau semua yg aku tanam tu tumbuh seperti yg aku imagine….well, my imagination actually based on Beautiful Home & Garden ‘s magazine…..so…ehehhehe, agak melampau jugaklah kot…..

.

will update more abt my garden, bila dah berbunga cantik….hehhehee

Related Posts with Thumbnails
Pages ... 1 2

Switch to our mobile site

WP SlimStat

Featuring Recent Posts WordPress Widget development by YD