packing endlessly~~
rasanya packing utk raya paling susah. sebab nyaa —- time raya nak pakai semua yang cun-cun, so kenalah bawak balik segala make up , rantai kaki rantai leher rantai tangan, cincin segala jenis, tudung pelbagai kaler…sebab yang ni nak matching ngan baju ni…yg tu nak match ngan baju tuu…..
pastu nak kena bawak balik baju untuk ‘sehe’ bak kata ore kelate which means, baju basahan. kena bawak banyak gak, sebab nanti ada banyyaaakk sangat laundry so entah bila boleh kering, so kena ada back up. kalau takde back up alamat ada orang go-komando lah :p
ingat lagi dulu masa kat umah nenek takde washing machine, kena basuh tangan beb! mmg tiap-tiap pagi, berkemban tepi perigi, basuh dlm 3 besen besar, setiap hari selama seminggu. perrhhh memang tercabut tangan aku. yang pasti memang kulit tangan kecut, sbb main air lama sangat.
tapi macam bes jugak aa, sebab rasa macam dalam citer P Ramlee, scene “basuh baju beramai-ramai tepi sungai , pastu tetiba sorang start menyanyi, diikuti nyanyian beramai-ramai masa korus”
hahhaha~~ tapi dalam realiti, takde scene nyanyi, cuma adegan campak-campak baju dan percikan air, pastu adegan bergaduh sebab masing2 malas nak sidai kain.
tapi air kat umah mok (panggilan manja utk nenek bagi ore kelate), sangat mujarab untuk melembutkan kulit. mandi takyah sabun, tapi kulit menjadi lembut dan gebu serta merta. hmmm, nampak sangat air paip kat KL Selangor ni banyak klorin!
banyak benda dah berubah kat kampung……nanka natsukashii~~~ rindu pulak suasana kampung macam 10tahun lepas masa aku kecik-kecik….
kelik kapong
balik kampung hohoho balik kampung..hati girang~~
seronok rasa nak balik nih, tapi ada byk benda kena settlekan dulu! cthnya pegi watson beli ubat gigi lah, soaps, sunblock (lama benar dah sinar UV maharajalela di muka ku) …
pastu kena pack . rumah ni pon kena kemas gak..change sheet, balik dari kelate sure penat so mau terbaring terus. kena balik dlm keadaan bilik yg kemas, and romantic. no semak-semak, kalau tak, nanti aku sure meradang and bad mood. haha
ohhh lagi satu baju peach aku enggak siap lagi. oh makcik tailor camnaaa niii…kataaaa siap mggu lepas, adakah dia mahu sabotaj aku ….baju org lain dia dah siapkan…nape baju aku aja?? huhuhu *_*
kitaorg ingat nak balik sabtu dlm kol 5ptg, so that boleh makan-makan on the way. and yg penting tak terik.
rasanya berapa juta manusia ore pantai timur yg balik ari sabtu tuh? horror pulak mengenangkan perjalanan 12jam last 2 year. gilaaak betul~~ nasib baik tak meletup (aku lah, bukan kereta) . hehehe
tudung anggerik pulak
harini entah mengapa ada banyak mood raya dlm diri. oh mungkin sbb arini ma mintak tlg hantar serundings, so dlm kereta bau serunding mencocok idong. alang2 kat SACC , singgah sebentar kononnya nak tengok-tengok aja. tapi sebenarnya mmg nak cari tudung pon, cuma aku senyap2 aja tak gitau haceben, simpan dalam hati aja hehehe.
i found a better tudung than arzue!
ok ok kompem kali ini akan ku paparkan di blog ini. esok pagi terus pakai, nnt amik gambar and terus update.
oh tapi mmg lately sangat banyak kan tudung2 yg bergaya, yg sudah ada jenama. selain dari jenama Jalan Tar dan jenama TudungBawal. macam yg aku beli tadi, namanya Anggerik. ayu gitu….
sabar nyah, esok aku amik gambar.
***UPDATED***
ok ini dia tudung anggerik / tudung hamidah. jenama anggerik, versi tudung hamidah.
yaah…itu dia utk tatapan umum. ish malu eden letak a lot of my pichas, sorang2 pulak tuh huhuhu. tudung arzue nya pichas coming!!
harga rm55 . @_@
rezeki ..murah rezeki
weekend ni asik makan aja. sabtu di Italiannes sekali ngan Aida, CHein & Norat dan pasangan masing2 (er..kecuali Cik AIda..dun wori kita ni muda lagi hehe) . rindu betul nak jumpa ramai2 geng 2nd RPKJ batch 18 kan? bila agaknya boleh kumpul semua org. eh kita ada 10 ke 11 org dakke?.
ahad pulak, ma abah buat makan2 kat lorongsetia8. yg datang , 43 org dewasa . haa kau…nasib baik muat umah mak aku. kawan najmi semuanya lelaki tulen bang..yg stok lama tak makan masakan mak, mmg kebulur aja…16 orang! wah~~ tapi kapasiti makan 16X1.5 orang!! huhhuhu..nasib baik lah cukup lauk pauk. memang kitaorg dah cuak sbb janji nya cuma 12 orang untuk jemputan najmi, alik2 16. alhamdulillah, rezeki bulan ramadhan, yang tak cukup pon menjadi cukup. syukur….
yg besnya, nonoe bawak geng anak2 dara gitu…bakal2 dentist , dlm 8 orang. so mmg happening gak aa sbb Encik Nazu yg baru balik dari Korea tu sedikit jakun dah lama tak tgk anak gadis melayu. haha.
seronoknya kumpul adik beradik camni~ tahun ni lengkap satu famili. nantikan gambar we all dgn tema kaler peach gituuuu~~~
ehehe.
ada budak patah elbow
huhu. ada sorang budak nakal kat umah ni telah jatuh dari kerusi dah tulang elbownya telah retak. tangannya kena bandage tapi…
tangannya nyer still boleh bergerak, boleh angkat toys, boleh cubit orang. sakit woo dia cubit. tak padan ngan kecik!
ouh btw itu cadar i beli kat korea you..custom made. reversible, tapi corak lain belakang tuh. belakang corak kecik2. harga mahal gak aa memula rasa cam menyesal gak beli tapi bila dah masukkan comforter cun pulak aku rasa. heh
tak basuh lagi semenjak err.. balik dari korea? mak aih…lamanya. dah almost 2bulan. pengotoq aih~~~huhu
siapakah yang menjaga anda?
apabila anak kita lahir, mereka mempunyai ibu dan bapa sebagai penjaga. Ibu bapa menjaga dengan penuh kasih sayang, memberi makanan, pakaian, perlindungan dan pendidikan. anak anda akan rasa sangat terjamin mempunyai anda sebagai penjaga mereka.
tapi adakah anda pernah terpikir, siapakah penjaga diri anda? atau lebih tepat, adakah anda mempunyai penjaga??
kenapa perlu penjaga?
1- jika katakan anda meninggal sebulan lepas, adakah bulan ini, isteri/suami & anak-anak anda, mempunyai tabungan cukup untuk membayar ansuran kereta, membeli makanan, perbelanjaan rumahtangga dan perbelanjaan harian & hutang-hutang.
2- Adakah cukup wang simpanan yg anda tinggalkan, sekurang2nya untuk setahun perbelanjaan?
3- Adakah hutang-hutang yang perlu dibayar itu sudah dibayar? Walaupon kita sudah tiada bukan bermakna hutang pon langsai begitu sahaja…
Sebenarnya, anda cuma perlu menabung 5-10% dari gaji anda, untuk mendapatkan penjaga yang setia, yang akan menjaga keluarga anda apabila anda tiada kelak.
Jika anda sayangkan keluarga, fikir-fikirkan lah tindakan yang patut anda ambil segera.
perlumbaan hebat
lama nyer aku enggak update, sihhh. dono why, 80% malas kot. 10% busy 8% slalunye byk idea tapi kaku bila depan PC, 2% sbb unsur-unsurpolitik malaysia yg tengah gila. hehe
korang tgk tak Amazing Race *Aida Nerina* . hmm, slama nih mmg sebut nama dia *aida* ke? sejak bila pulak jadi minah salleh. btw, she’s so skinny nampak cam jerankung semacam aja, tak ke? upss…jangan aku di-ISA kan udah.
aku pernah gak terpikir nak masuk Amazing Race tu. tapi macam err..tak sanggup plak tunjukkan pada dunia yg aku ni hot tempered. hahahha. buat malu aku aja deh. lagi pon, err..korang perasan tak semua participants dia sure the hot ones, artis lah, beauty queens lah, Model lah…sure ada yg Mix Pan Asian skit….kok setakat aku yg cun tapi bertudung ni jangan harap nak dpt join. takat pemilihan picisan kat KL ni pon aku rasa awal2 dah kene reject. haishh, duniawi betul…
lagi 15 minit nak abis sahur…………… baik aku jangan tidor…….or baik tido dulu bangun balik jap gi? hmmm…..







