finally…
nazu, no-3 dalam kami 7 adik beradik, akhirnya akan pulang ke tanahair, for good, selepas ..err..6 tahun kat Seoul. Raya tahun ni lengkap semua orang, alhamdulillah~~
His flight sampai petang ni, beg sarat dengan brooch. haha.
this time insya allah, i’ll upload the pics of the brooch, sebab mmg kena amik for record jugak. ramai tokey brooch kat kl ni, cuma bergantung pada brooch korea / taiwan/ china. Brooch Korea memang sangat berbeza sebab kelip-mengerlip nyer sangat cantik. Worth buying walaupon harga memang sangat mahal. Alaaa, macam beli periuk Tefal vs periuk Siam . alah membeli menang memakai. chewah~~
anywayzz….i think we should take family pics this time. the only prob is.. no one in the family own a good camera. camera digital aku sudah kong. i think next time I aim for camera besar2 macam Zaza.. err.. Nikon something kan? hehehe….. daif sungguh.
anyway, esok Geng Joyfull berkumpul lagi , kali ni jadi Geng Italliannes (camne eja ? ).. tapi rasanya kita kekurangan lebih dari separuh ahli….
you’re like a rocket in my mind….
semalam, pergi tengok Estrella & Yuna perform. wah, syahdu sunggu~~ mmg bes gila Cik Yuna . superb. real talent. and sangat muda. i think she’s 25? hmm. maybe dia belajar main gitar umur 3 tahun, start tulis lagu umur 10tahun kot.
we bought Estrella album, Yuna’s coming soon. Her demo album sold out lamaa dah, dlm satu gig aja. She had to sing us another song sebab semua orang jerit ‘one more one more’. kalau boleh 10 more pon rasanya semua orang layaaann aja.
malam yang bes, walaupun kepala ku berdenyut-denyut, dan gusi juga sakit sebab gigi bongsu mahu tumbuh. adoi. hari ini pulak ada booth. dapatkah aku bertahan sakit kepala tengah-tengah panas ni. jangan pengsan sudah.huhu.
okeh! time to go~
airil rayyan (2)
airil rayyan dah besar! dah pandai ngensot2 macam ulat. hehe. pantas aja dia kejar benda-benda yg catch his eyes. airil paling suka kat paklang aka nizam, tah bahagian mana aku pon tatau. pantang nizam buat bunyi pellik-pelik skit, macam “PING~~” , mesti airil gelak besar.
bapak airil (dan abangnye aiman) ni die hard fan badminton. so skang ni, dapat dua jaguh, kenalah start dari sekarang untuk mendapatkan emas dlm Olympic, err…2020 kot.
Tak mustahil, ada bintang baru ker yg bakal muncul sebagai Juara Dunia/Olimpik yg berasal dari Sungai Buloh , Malaysia….Aiman ker atau Airil ker .. ha ha …Insyaallah …
-mama aiman tulis-
Betul tu…tak ada yang mustahil….ayah akan latih airil dan aiman untuk jadi juara badminton…….mama dimintak banyak bersabar semasa latihan nanti…pasal kitaorang selalu tinggalkan mama kat umah jer….kita orang nak jadi olimpik champ nie…hehehhehe – bapak aiman tulis-
reach higher
wah, lama gak aku tak update rupenya. adakah terlalu busy? ada skit lah, macam-macam gak lah. busy tgk Olympic.
hari ni rasa berdebar-debar sangat, dari pagi ni dah resah gelisah. sebabnya?? ada appointment with big fish! huhu. dah 8 bulan tu aku try set appmt, insya allah hari ni akhirnya penantian aku berakhir~
huhuhu, kenapa kalau jumpa orang with title, macam GM ke CEO ke, MD ke..kita rasa takut? rasa kecik. walhal dia orang ni GM CEO MD , expertise in their field aja. kalau bab insurans tu aku lagi terer. kompemlah dah aku jual insurans.
fuhh ^-^ tarik nafas~~ lepass~~~ tarrrriiikkkkk ~~~ lepasss~~~
oh btw she is an analyst, so i’m gonna play with lots of numbers. that’s how to tackle her, rasanya lah kan, iyo idak? kalau kita gi jumpa chemist, mungkin kena bawak drugs/ubat utk dia. betul ke aiai? hehehe.
[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=u_111IoMrj4&hl=en&fs=1]
this week
bila banyak sangat kerja nak di ‘kerja’kan, kena letak prioriti, kalau tak kerja takkan habis. so, prioriti arini ialah ‘curi 3jam’ untuk tengok DARK KNIGHT. yey ~ @_@
aritu dah beli dah tiket, sekali ada orang nak jumpa, kat klang pulak tu! nasib baik dapat terus kes tu, kalau tak makan tiket lah malam tu. hahahha. sedih betul tiket wayang burn camtuh aja. takpernah-pernah, mmg hari itu dalam sejarah betul.
lagi satu movie nak kena tgk, SEX & The CITy!! adoi~~ camna ni, kalau dulu kompem hari keluar aja mubi tu terus aku pegi tgk!! i cant declare myself as their fans anymore lah, malu~ *_* . tapi citer ni best kalau pegi tgk with the girls. tapi ……
lagi satu..aiai dah belikan bakul rotan yg aku bising2 nak tuh. huhu cantik beb. tapi satu dah diambil oleh mak aku. terus dia mintak. aiyah! terpaksalah beli bakul Ikea yg sale tuh hehehe. btw, byk gambar nak upload ni tapi satu benda yg bernama ‘SD card’ tu hilang tah memana aku letak.
hmmmm~~
080808
banyak ong yer arini. ramai nih yang kawin arini, all around the world. nak amik berkat no 8 ke? hmm…
anyway, it’s my birthday today. rasa macam semua yang aku akan lakukan harini, akan jadi ‘magic’. insya allah semua nya akan goes right. i have a good feeling.
alhamdulillah, 27 tahun hidup. terima kasih abah&ma yang melahirkan, keluarga yang sentiasa bahagia, nizam yg sentiasa mencintai, kawan-kawan yang sentiasa menceriakan hidup., rezeki yang melimpah, syukur tak terhingga.
aku selalu kompius, tahun lepas kompius ingatkan dah 27, walhal baru 26. tahun ni ingatkan 28. hahahha. doesnt matter lah mana-mana, yang penting muda jelita betul tak? waakakka
ingatkan harini nak cuti, tapi banyak benda nak kena settlekan. so marilah kita keluar bekerja. today gonna be the best day in my life. i love you all~~
btw,dengarkan lagu-lagu YUNA ni, sangat masyuk. sempoi aja , bertudung tapi dengar suara ala-la Love Psychedelico.
p/s to adikku Nazu yang jauh di perantauan: hepi belated besday, kitaorg semua kehabisan I-talk tak dapat call. baliklah cepat kami merindui mu~~ tingtong!
ikea catalog 2009
baru ingat nak gi shopping kat ikea, tapi nampak gayanya kena tunggu stok 2009 masuklah dulu. mata ku yang kuyu tadi dah besar balik (sila rujuk post sebelumnya)
i love their catalogs, selalunya kalau baru keluar, boleh tatap sehari suntuk. pastu berangan nak beli apa, nak hias camna, nak letak kat mana. haa~~~bila katalog ni delivered ek? tahun lepas deorang main campak aja kat dlm postbox semua rumah kat subang. harap tahun ni pon ada lagi.
kalau dah tak sabar nak tengok, sila klik di sini ~ IKEA 2009 catalog . Marilah mari, mari cuci mata.







